Suatu hari Ja'afar telah dipanggil oleh khalifah.
Apabila tiba di tempat khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah
dengan emas. Tetapi beliau enggan menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa
sahaja yang beliau suka.
Ja'afar berkata, "Jika tuan ridha, kurniakan
kepada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan
lagi kerana itu mengganggu ibadatku," khalifah bersetuju. Seorang bertanya,
"Siapakah yang lebih baik di antara kedua orang ini: orang kaya yang
bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir
yang rida?"
Ja'afar menjawab, "Orang fakir yang rida itulah
yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa ingatkan harta bendanya tetapi
fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang
bertaubat dan memasuki Islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli ibadat.
Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan