Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pemerintah Islam di
zaman Bani Umaiyah. Suatu hari wakil dari setiap jajahan telah menghadap
baginda untuk melapurkan keadaan di jajahan masing-masing.
Jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya dan diarahkan berucap terlebih dahulu. Setelah melihat wakil itu seorang budak, Khalifah Umar bertanya: "Wahai budak, biarlah orang-orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu. "Mendengar teguran Khalifah itu wakil yang masih budak ini lantas menjawab: "Ya Amirul Mukminin, manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara, yaitu hati dan lidahnya. Apabila Allah s.w.t. telah mengaruniakan kepada seseorang itu lidah yang patah dan hati yang arif, orang itu lebih berhak bersuara. Jika di pandang dari segi umur, ketahuilah hai Amirul Mukminin! Ada orang yang lebih berhak untuk duduk di atas takhta Paduka Tuan itu." Khalifah amat terkejut mendengar jawaban itu. Ternyata kata-katanya itu benar sekali, hingga baginda sadar atas keterlanjurannya: "Benar katamu wahai wakil yang terhormat. Cakaplah bagaimana keadaan negerimu sekarang?"
Ya Amirul Mukminin, yang kami hormati, kami adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan, bukannya kecelakaan. Kami menghadap Tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami yang tidak aman, sebaliknya kami telah memperoleh apa yang telah kami mohonkan di bawah naungan Tuanku yang adil." Khalifah Umar r.a. merasa heran melihat betapa fasih dan bijaknya budak itu berucap, lalu baginda bertanya: "Berapa umurmu wahai wakil yang bijaksana.?" Jawab budak itu: "Sepuluh tahun Tuanku."

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang
boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi
Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya
kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan
berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan
nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi
Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang
diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi
Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang
penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi
salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia
keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya
dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi
Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan
dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium
kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali
lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta
cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan
Nabi Musa. "Wahai saudara ! Apa agama kamu?". "Aku agama
Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata
pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh
kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa
mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal
lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi
babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada
Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka
menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan
wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan
kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu
bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud
: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami,
maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam
neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak
yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah
ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan
ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun
perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga
mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil
hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang
mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun
kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua
ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan
bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada
kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat
yang terbaik di sisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan