Pernah satu
hari aku (Imam Junaid semoga Allah menyucikan rohnya) masuk ke dalam bilik Imam
Sari as-Saqati (semoga Allah menyucikan rohnya) dan melihat bahawa beliau
sedang menangis.
Lalu aku pun
bertanya kepada ayah saudaraku itu, “Kenapakah kamu menangis?”.
Jawab
beliau, “Semalam, ada seorang budak
perempuan datang kepadaku dan berkata, “Wahai ayah, malam ini adalah malam yang
panas dan aku akan menggantungkan bekas air disini”.
Setelah itu aku pun menjadi amat mengantuk lalu tertidur dan aku
bermimpi datang seorang hamba perempuan yang amat indah yang turun daripada
langit.
Aku pun bertanya, “Siapakah yang memiliki kamu?”. Jawab hamba tersebut,
“Aku adalah milik orang yang tidak meminum air sejuk di dalam bekas (merujuk
kepada bekas budak perempuan tadi), lalu hamba tersebut mengambil bekas itu
lalu memecahkannya”.
Imam Junaid (semoga
Allah menyucikan rohnya) berkata, “Aku terlihat kesan-kesan bekas yang pecah
itu, tetapi beliau tetap sahaja membiarkannya disitu ataupun menyentuhnya
sehinggakan kesan itu diselaputi oleh debu”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan