Suatu hari, sewaktu Sarri As Saqathi
sedang memberi syarahan, khalifah pun datang dengan segala kebesarannya. Pada
masa itu Sarri sedang berkata, 'Makhluk yang paling dimuliakan Allah ialah
manusia, namun begitu manusia banyak melakukan dosa'. Khalifah kembali ke
istananya.
Pada malam itu, khalifah tidak dapat
tidur kerana terkenangkan balasan Allah di akhirat kelak. Esoknya, baginda
buang pakaian kerajaan dan memakai pakaian Darwisy.
Baginda terus berjumpa Sarri dan berkata
bahawa syarahan beliau itu telah mempengaruhinya dan menyebabkan baginda ingin
membuangkan segala hal keduniaan dan ingin memencilkan diri untuk menuju jalan
Allah. Baginda meminta Sarri menunjukkan jalan itu.
Sarri memberitahu baginda bahawa ada 2 jalan menuju Allah itu. Pertama
ialah apa yang diperintahkan oleh Quran seperti sembahyang 5 waktu sehari
semalam, memberi zakat, membaca Quran dan lain² perintah agama. Jalan yg kedua
ialah jalan yang lebih dekat iaitu membuangkan hal² keduniaan dan menghabiskan
masa beribadat kepada Allah, tidak meminta kepada makhluk dan tidak menerima
daripada mereka, terima pemberian Allah dan meinta kepada Dia sahaja. Setelah
mendengar itu, khalifah pun terus pergi ke hutan belantara. Ibunya menangis dan
merungut yang Sarri lah yang menyebabkan anaknya menjadi Darwisy dan sekarang
tidak diketahui di mana dia. Sarri berkata, janganlah risau, dia akan kembali
tidak lama lagi.
Setelah khalifah menjadi Darwisy itu
kembali ke tempat Sarri, dia pun menjemput ibu dan anak isterinya khalifah itu
bertemu dengannya. Melihatkan keadaan khalifah yang telah jadi Darwisy itu,
mereka semuanya menangis dan memujuknya supaya menjadi khalifah semula.
Khalifah itu pun cuba hendak lari kerana enggan menurut kata mereka. Isterinya
meminta supaya dibawa anaknya seorang bersamanya. Khalifah itu pun menanggalkan
pakaian indah anaknya itu dan memakaikan pakaian kasar Darwisy. Apabila ibu
kanak² itu melihat pakaian yang buruk itu, maka disambarnya anaknya kembali dan
terus mereka kembali ke istana dengan meninggalkan khalifah yang telah jadi
Darwisy itu kembali ke hutan belantara.
Beberapa hari kemudian, ada orang memberi
khabar kepada Sarri menyatakan bahawa khalifah itu akan meninggalkan dunia ini
tidak lama lagi dan dia meminta Sirri bertemu dengannya. Sirri sampai ke tempat
perkuburan di mana dilihatnya Khalifah itu terbaring di atas tanah. Sarri terus
duduk dan meletakkan kepala khalifah itu diribanya. Khalifah itu berkata, 'Tuan
terlambat sedikit'. Setelah menyebut nama Allah, baginda pun mati. Semasa Sarri pulang ke desanya untuk mengambil alat-alat untuk mengebumikan baginda itu, di tengah jalan bertemulah dia dengan orang ramai yang membawa alat-alat yang diperluinya. Mereka berkata bahawa mereka telah terdengar suara ketuhanan yang menyuruh mereka membawa alat² itu menyembahyangkan baginda sebagai hamba kecintaan Allah yang baru sahaja meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan