Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

KATA KATA KEROHANIAN SYEIKH SARRI AS SAQATHI

1 Imam Junaid al-Baghdadi pernah mendengar beliau berkata (semoga Allah menyucikan roh mereka berdua), "Hendaklah kamu mengetahui jalan terpilih serta teringkas untuk ke Syurga". Aku(Imam Junaid al-Baghdadi) bertanya, "Apakah itu?". Maka jawab beliau;

Maksudnya: “Janganlah kamu meminta dari seseorang akan sesuatu, dan jangan kamu mengambil dari seseorang akan sesuatu, dan jangan ada bersama kamu walau sesuatu, dan berikan apa sahaja yang ada di sisi kamu”.

2. Ingat Allah dan buangkan dunia. Itulah jalan kerohanian. Hiduplah di dunia ini untuk bekal ke akhirat. Ketahuilah bahawa orang cinta kepada Allah itu tidak tamak kepada dunia.


3 Berkata ‘Ali ibn al-Hussein ibn Harb, “Aku telah diutuskan oleh ayahku kepada as-Sarri membawa ubat batuk”.
Maka beliau berkata kepadaku, “Berapakah harganya?”. Aku pun menjawab, “Aku tidak diberitahu oleh ayahku akan harganya”. Maka beliau pun berkata, “Sampaikan dariku salam kepadanya dan katakan “Kami telah mengajarkan manusia sejak 50 tahun dahulu agar mereka tidak mencari makan melalui agama mereka, tetapi sekarang kami melihat bahawa kita semua mencari makan melalui agama kita”.


4 Beliau pernah berkata;

Maksudnya: “Berhati-hatilah kamu apabila mendapat pujian yang tinggi, tetapi ke’aiban kamu tertutup”.


5 Perkataan beliau mengenai Tawakkal;

Maksudnya: “Tawakkal adalah membuang rasa kekuatan dan keupayaan”.


6 Beliau berkata;

Maksudnya: “Empat perkara yang akan mengangkat seseorang hamba; Ilmu, Adab, melawan hawa nafsu, dan juga amanah”.


7 Seseorang pernah datang dan bertanya kepada beliau akan kelebihan orang yang sentiasa berlapar dengan orang yang sentiasa kenyang, maka jawab beliau; Maksudnya: “Sesungguhnya dengan kelaparan itu akan mewariskan mereka hikmah, sebaliknya dengan kekenyangan itu akan mewariskan kesedihan”.


8 Beliau berkata;
Maksudnya: “Jadikanlah diri kamu faqir dihadapan Allah, maka kamu akan menjadi kaya dan tidak bergantung kepada selainNya”.


9 Beliau berkata, sebaik-baik perkara ada lima iaitu;
Menangis kerana dosa.
Memperelokkan ke’aiban diri.
Taat kepada Allah.
Mengeluarkan nafsu yang meliputi hati.
Dan kamu tidak menjadikan nafsu itu sebagai tungangan kamu.


10 Pernah beliau berpesan kepada anak saudaranya dan juga muridnya iaitu Imam Junaid al-Baghdadi (semoga Allah menyucikan roh mereka berdua);
Maksudnya: “Aku teringin sekali mati di tempat selain Baghdad”.

Lalu, Imam Junaid pun bertanya, “Kenapa?”. Maka jawab beliau, “Aku amat takut bahawa tanah di Baghdad ini tidak akan menerima ku lalu mengeluarkan ku daripada kuburku”.


11. Orang yang kenal Allah itu akan membuang dunia. Bersahabat dengan dunia itu, merosakkan kerohanian.

12. Tempoh beribadah itu ialah sebaik-baiknya di masa muda, dan hendaklah jauhkan diri dari jiran-jiran yang kaya dan orang alim yang menjual ayat² Allah untuk mendapatkan wang

13. Apabila doktor itu sendiri sakit, kepada siapa kita hendak berubat? Apabila Khidr terhuyung hayang dalam perjalanan, kepada siapa kita harapkan bimbingan?



Tiada ulasan: