Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

SIRRUL ASRAR : BAB 24 MIMPI-MIMPI


Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena
hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi
ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan
kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh
Allah dengan firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar
kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika
dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath, ayat 27).
Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang
masih dikuasai oleh musuh-musuh baginda, tahun sesudah
baginda bermimpi. Contoh lain ialah mimpi Nabi Yusuf a.s:
“Tatkala Yusuf berkata kepada bapanya, ‘Wahai bapaku,
sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari
serta bulan – aku lihat – bersujud kepadaku”. (Surah
Yusuf, ayat 4).
Nabi s.a.w bersabda,
“ Tidak ada nabi yang datang selepas aku tetapi boleh
datang pembukaan-pembukaan yang lain. Orang yang
beriman akan melihat pembukaan itu dalam mimpi mereka
atau pembukaan itu akan ditunjukkan kepada mereka
menerusi mimpi”.
“Bagi mereka pembukaan tentang khabar baik dalam
dunia ini dan di akhirat”. (Surah Yunus, ayat 64).
Mimpi datangnya dari Allah tetapi kadang-kadang ada juga yang
datang dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi sesungguhnya
dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat
mengambil bentukku” .
Syaitan juga tidak dapat mengambil bentuk mereka yang
mengikut iman, jalan kebenaran, makrifat, kebenaran dan
cahaya Nabi s.a.w. Orang arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di
atas dengan mengatakan syaitan bukan sahaja tidak dapat
mengambil bentuk Nabi s.a.w malah syaitan juga tidak dapat
berpura-pura mengakui seseorang atau sesuatu yang ada sifat
kemurahan dan kebaikan atau kasih sayang dan lemah lembut
dan beriman. Sesungguhnya Nabi-nabi, wali-wali, malaikat,
Masjidil haram, matahari, bulan, awan putih, Quran yang suci,
merupakan kewujudan yang ke dalamnya syaitan tidak boleh
masuk juga tidak dapat mengambil bentuk mereka. Ini kerana
syaitan adalah tempat dan keadaan yang menzahirkan
kekerasan, hukuman dan kesengsaraan. Ia hanya boleh
menggambarkan kekeliruan dan keraguan. Bila seseorang sudah
memiliki di dalam dirinya kenyataan nama Allah, ‘Pembimbing
Mutlak Kepada Kebenaran’, bagaimana sifat yang membawa
kekacauan itu boleh menyata dalam dirinya? Sifat-sifat yang
bertentangan satu sama lain tidak boleh bertukar tempat, seperti
air dengan api. Kemurkaan tidak dapat mengambil tempat
kemurahan, juga tidak boleh api menyerupai air. Mereka
menolak sesama mereka, mereka berjauhan, mereka kepunyaan
ruang yang berlainan. Allah Pisahkan kebenaran daripada
kepalsuan:
“Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan…
dengan misalan dan ibarat…”. (Surah ar-Ra’d, ayat 17).
Tetapi syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu
manusia, membawa mereka menjadi sesat. Ini hanya boleh
dilakukan dengan izin Allah. Allah mempunyai banyak sifat-sifat
yang kelihatan bertentangan satu sama lain. Misalnya sifat-Nya
Yang Gagah dan Keras kelihatan berlawanan dengan sifat-Nya
Yang Indah dan Lemah-lembut. Syaitan dilaknati hanya boleh
berpura-pura mengambil watak kemarahan dan keperkasaan
kerana ia secara kejadian asalnya adalah bentuk menyatakan
kekerasan Allah. Allah memiliki kedua-dua sifat, Pembimbing
Mutlak kepada kebenaran dan juga Pembawa kepada kesesatan.
Syaitan tidak boleh menjelma dengan watak sifat yang
mengandungi nilai pembimbingan. Jika syaitan berpura-pura
menjelmakan sebarang sifat Allah, ia lakukannya dengan
kehendak dan izin Allah, bagi membimbing orang yang beriman
kepada kebaikan dengan menentang kejahatan, membawanya
kepada kebenaran dengan cara menentang kepalsuan. Dalam
kenyataannya syaitan tidak ada sebarang kuasa untuk merampas
iman daripada seseorang yang beriman; ia hanya boleh
mengambilnya jika orang yang beriman itu sendiri
mencampakkan imannya.
Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya:
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang
yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah
dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah!
Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. (Surah Yusuf,
ayat 108).
Dalam ayat ini ‘orang yang mengikuti daku’ adalah manusia
sempurna, guru kerohanian yang sebenar yang akan datang
selepas Nabi Muhamamd s.a.w, yang akan mewarisi ilmu batin
baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada
hampir dengan Allah. Manusia yang demikian digambarkan
sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’. (Surah al-Kahfi,
ayat 17).
Ada dua jenis mimpi; subjektif (memberi pandangan atau
perasaan sendiri) dan objektif (bermatlamat), masing-masing
dibahagi kepada dua jenis.
Jenis pertama mimpi subjektif ialah bayangan atau gambaran
suasana kerohanian yang tinggi dan hasil daripada keharmonian,
dan kelihatan dalam gambar seperti matahari, bulan, bintang,
pemandangan padang pasir putih bermandikan cahaya, taman
syurga, mahligai, roh yang cantik dalam bentuk malaikat dan
lain-lain. Ini semua adalah sifat-sifat hati yang murni.
Jenis kedua mimpi subjektif mengandungi gambaran yang
berkaitan dengan suasana seseorang yang bebas daripada
keresahan, yang mengenal diri dan menemui ketenteraman
fikirannya. Gambaran-gambaran ini adalah kelazatan yang dia
akan temui dalam syurga, bau-bauan dan suara di dalam syurga.
Dia akan bermimpikan beberapa jenis haiwan dan burung yang
menyerupai yang paling cantik yang jenisnya ada dalam dunia.
Haiwan yang dilihat di dalam mimpi itu adalah haiwan syurga.
Misalnya, unta adalah haiwan syurga. Kuda dihantar sebagai
haiwan yang membawa tentera suci di dalam peperangan
menentang orang-orang kafir di sekelilingnya dan di dalamnya.
Lembu jantan kepada Nabi Adam a.s bagi menenggala tanah
untuk ditanam gandum. K ambing biri-biri datangnya dari madu
syurga, unta diciptakan dari cahaya syurga, kuda daripada
selasih manis di dalam syurga, biri-biri daripada kunyit syurga.
Baghal menggambarkan suasana terendah seseorang yang
menemui hati dan fikiran yang tenang. Bila dia mimpikan baghal
itu tandanya dia cuai dan malas di dalam melakukan ibadat
sebab hawa nafsu badannya menahan, dan usaha kerohaniannya
tidak memberi hasil. Kemudian dia harus bertaubat dan teruskan
melakukan kebajikan supaya dia akan mendapat hasil.
Keldai diciptakan dari batu syurga dan diberikan untuk
berkhidmat kepada Nabi Adam a.s dan keturunannya. Keldai
adalah lambang jasad dan keperluan kebendaannya, ego dan
pentingkan diri sendiri. Jasad adalah haiwan yang membawa
beban, membawa roh. Jika seseorang menjadi hamba kepada
jasad dia adalah umpama orang yang memikul keldai di atas
bahunya, tetapi manusia sebenar menunggangi keldai jasad
kebendaannya. Jadi, keldai melambangkan cara atau alat dia
mengarahkan urusan akhiratnya di dalam dunia ini.
Berkata-kata dengan jejaka tampan dengan wajah yang berseri-
seri adalah tanda kenyataan Ilahi sampai kepada seseorang itu
kerana mereka yang sudah memperolehi makrifat kepada
kenyataan Ilahi di dalam syurga akan muncul di dalam rupa yang
cantik. Nabi s.a.w menggambarkan orang demikian sebagai
berkeadaan serba-kena, serba-elok, lemah lembut dan
mempunyai mata kehitaman yang indah. Baginda bahkan
mengatakan, “Aku lihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Kerana Allah tidak menyerupai sesuatu, hadis ini dimengertikan
sebagai kenyataan sifat-sifat Allah Yang Maha Indah
digambarkan di dalam cermin roh yang suci. Gambaran ini
dinamakan bayi bagi hati. Rupa kebendaan, badan, adalah
cermin kepada kebijaksanaan ketuhanan yang mengajarkan dan
membentuk kita. Gambaran ini juga adalah perhubungan di
antara hamba dengan Tuhan. Saidina Ali r.a berkata,
“Jika aku tidak dibentuk oleh Tuhanku aku tidak akan mengenal-
Nya”.
Bagi pembentukan kerohanian, seseorang itu memerlukan
petunjuk, bimbingan dan teladan daripada pembimbing yang
masih hidup. Guru-guru yang menjadi pembimbing adalah nab-
nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah yang mewarisi
kebijaksanaan nabi-nabi. Melalui pengajaran mereka hati dan diri
seseorang diterangi cahaya, menerangi perjalanan mereka. Murid
menemui roh yang diilhamkan di dalam dirinya melalui mereka
yang menjadi guru kerohanian tersebut.
“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy.
Dia kirimkan roh (dari perintah-Nya) kepada sesiapa yang
Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya buat Dia ancam
dengan hari pertemuan”. (Surah Mukmin, ayat 15).
Untuk keselamatan hati kamu mestilah mendapatkan guru yang
mengilhamkan kamu dengan roh itu.
Imam al-Ghazali berkata,
“ Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang melihat Allah
dalam mimpinya sebagai gambaran yang indah. Gambaran
itu adalah symbol menurut peringkat kerohanian
seseorang. Apa yang dilihat tentu sekali bukan Z at Yang
Maha Suci yang tidak serupa dengan sesuatu. Begitu juga
Nabi s.a.w tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang
asli, kecuali mereka yang menjadi w aris kepada hikmah
kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan
yang mengikuti baginda secara keseluruhan. Yang lain,
bila mereka mimpikan Rasulullah s.a.w, mimpikan simbol
menurut kemampuan dan suasana mereka, tetapi mereka
tidak sebenarnya melihat baginda”.
Kata qil (kata orang bijak pandai),
“Dibolehkan melihat Allah di dalam mimpi sebagai cahaya atau
rupa manusia”.
Dia menyatakan Diri-Nya dalam bentuk sifat-sifat-Nya. Kepada
Nabi Musa a.s Dia kelihatan sebagai api pada pokok jujube yang
terbakar. Itu adalah penzahiran tentang Kalam Suci yang Nabi
Musa a.s dengan sebagai Belukar Terbakar, mengatakan,
“Wahai Musa, apakah di tangan kamu?’ (Surah Ta Ha, ayat
15).
Apa yang kelihatan kepada Musa a.s sebagai api adalah cahaya
Ilahi. Dia melihatnya sebagai api menurut peringkat dan
hasratnya, kerana dia sedang mencari api. Bagi manusia,
peringkat kewujudan terendah pada dirinya ialah tumbuh-
tumbuhan, kemudian haiwan. Apakah yang ganjil jika manusia
yang telah menyucikan dirinya daripada tahap-tahap rendah itu
sehingga menjadi manusia sempurna, melihat kenyataan Tuhan
dizahirkan sebagai Belukar Terbakar. Bagi manusia sempurna
yang lain Allah menzahirkan Kalam-Nya sebagai perkataan
mereka sendiri, keluar daripada mulut mereka. Bayazid al-
Bustami berkata, “Zatku adalah Yang Maha Mulia. Betapa
besarnya kemuliaan daku” . Kalam Suci keluar daripada mulut
Junaid al-Baghdadi, “Tiada yang lain kecuali Allah di dalam
jubahku” . Terdapat rahsia-rahsia besar di dalam peringkat
seperti ini yang dicapai oleh manusia sempurna. Terlalu sukar
untuk menerangkannya dan terlalu panjang untuk
menghuraikannya. Ia hanya berkaitan dengan mereka yang
menghabiskan hayatnya mengejar ilmu batin.
Untuk menjadi penerima penzahiran Ilahi dan untuk berhubung
dengan roh Nabi s.a.w, seseorang mesti diajar dan dididik dan
dibawa ke peringkat kerohanian tersebut. Orang yang baharu
memasuki perjalanan kerohanian tidak boleh berharap dapat
berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya. Di antara guru yang suci
yang hampir dengan Allah dan Rasul-Nya ada hubungan yang
mengatasi zahiriah. Jika Nabi s.a.w masih hidup seseorang boleh
mengambil ilmu secara langsung daripada baginda dan tidak
perlulah kepada perantaraan. Tetapi oleh kerana baginda sudah
wafat dan berpindah kepada alam baqa, baginda berpisah
dengan keadaan keduniaan dan kebendaan. Jadi, seseorang tidak
dapat berhubung secara langsung dengan baginda. Hal yang
sama juga terjadi pada guru yang benar. Bila mereka meninggal
dunia orang ramai tidak boleh lagi belajar dengan mereka.
Kamu akan faham jika kamu mempunyai pengertian yang
mendalam, jika kamu mencari bukan untuk menjadi luar
biasa. Mencari untuk memperolehi kefahaman ini dengan
renungan mendalam, agar kamu melepasi kegelapan ego diri
kamu dengan cahaya yang dinyalakan. Kamu perlu cahaya untuk
melihat, untuk mengerti. Kamu tidak boleh melihat di dalam
kegelapan. Cahaya itu hanya jatuh pada tempat yang sesuai,
yang teratur dan suci, tempat yang mulia. Orang yang baharu,
dengan dirinya sendiri, tidak dapat meletakkan dirinya dalam
kesesuaian dan sebab itu memerlukan guru.
Guru yang masih hidup mestilah ada hubungan dengan Nabi
s.a.w – iaitu jika dia benar-benar pewaris suasana Nabi s.a.w.
Dalam perjalanannya dia menerima bimbingan daripada Nabi
s.a.w dan diajarkan untuk menjadi hamba Allah yang sabar.
Dengan bantuan ini dia menjadi alat bagi penerusan jalan batin.
Selebihnya adalah rahsia. Hanya orang yang layak mengalaminya
akan mengalaminya.
“Bagi Allah jualah kemuliaan dan bagi Rasul-Nya dan bagi
orang mukmin”. (Surah Munafiquun, ayat 8).
Suasana yang mulia ini adalah rahsia.
Latihan kerohanian bukanlah perkara mudah. Roh kebendaan
berada di dalam tubuh dan dilatih dengannya. Tempat roh
kerohanian di dalam hati. Tempat roh sultan adalah pusat hati.
Tempat roh kudus (roh suci) adalah rahsia. Rahsia itu adalah
jalan yang menghubungkan yang hak dengan orang yang
beriman. Ia adalah juru bahasa, menterjemahkan yang hak
kepada si pencari, kerana rahsia itu kepunyaan Allah, adalah
hampir dengan-Nya dan amanah-Nya.
Ada juga mimpi akibat kelakuan buruk. Ia menunjukkan sifat-
sifat ego yang menguasai atau kesedaran terhadap kesalahan
tetapi dia tidak mampu menghentikannya.
Malah dalam suasana yang lebih baik bila seseorang diingatkan
oleh Allah tentang kesalahan dan dosanya dia mimpikan haiwan
liar seperti harimau dan singa, serigala dan beruang, anjing dan
babi jantan, dan haiwan-haiwan kecil – musang, arnab, kucing
ular, kala jengking dan haiwan yang memakan daging dan juga
haiwan berbisa, haiwan yang merosakkan.,
Untuk menyatakan sebahagian kecil kejahatan yang ditunjukkan
oleh gambaran-gambaran itu: Harimau adalah simbol; ujub dan
besar diri serta takabur yang sampai kepada peringkat angkuh
dengan Allah:
“Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan tidak
mahu terima dia, maka tidak akan dibuka pintu-pintu
langit dan tidak akan mereka masuk syurga sehingga unta
boleh masuk ke lubang jarum”. (Surah al-A’raaf, ayat 40).
Hukuman yang sama juga bagi mereka yang angkuh dengan
sesama manusia.
Serigala adalah simbol kasihkan diri yang melampau dan
inginkan pujian. Beruang melambangkan kemarahan dan
keberangan dan kezaliman ke atas orang yang dia kuasai.
Serigala melambangkan kerakusan tanpa memperdulikan haram
dan halal, bersih atau kotor. Anjing melambangkan kasihkan
dunia dan huru harinya. Babi melambangkan kedinginan, cita-
cita tinggi, berendam dan hawa nafsu yang kuat. Musang
menunjukkan penipuan, pembohongan, menipu dalam urusan
dunia. Arnab menunjukkan kelakuan yang sama, kecuali
dilakukan secara tidak sedar dan dalam kelalaian. Harimau
bintang – usaha yang digunakan tanpa pertimbangan dan
menyakitkan hati, juga ingin menjadi terkenal. Kucing –
kebakhilan dan memutar belit. Ular – berbohong, mengata-
ngata, membuat tuduhan palsu dan menyakitkan orang lain
dengan perkataannya. Kala jengking – kritik yang tidak sihat,
mempersendakan orang dan tidak menerima mereka. Tebuan –
bahasa kesat yang menyakitkan hati orang.
Jika seseorang bermimpi berlawan dengan salah satu daripada
haiwan tersebut tetapi tidak dapat mengalahkannya dia perlu
memperkuatkan lagi usaha, ibadat dan ingatan secara sedar,
sehingga sekali pukul binatang itu dapat dihapuskan. Jika
bermimpi membunuh binatang itu bermakna dia telah berhenti
melakukan kesalahan dan menyakitkan hati orang lain. Allah
berfirman:
“ Dia akan hapuskan daripada mereka kejahatan dan Dia
akan perbaiki keadaan mereka”. (Surah Muhammad, ayat
2).
Jika dia bermimpi salah satu daripada binatang itu berubah
menjadi manusia itu tandanya suasananya yang salah dahulu
telah diperbetulkannya dan taubatnya diterima, kerana tanda
sebenar taubat diterima ialah ketidak-upayaan melakukan
kesalahan yang sama.
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan
mengerjakan akal salih, maka mereka itu Allah tukarkan
kejahatan mereka dengan kebaikan…” (Surah al-Furqaan,
ayat 70).
Bila seseorang diselamatkan daripada kejahatan dan kesalahan
dia mesti menjaganya sungguh-sungguh, jangan berasa sudah
selamat, kerana hawa nafsu dan ego mendapat kembali
kekuatannya melalui ingatan yang sedikit terhadap keingkaran,
bangkangan dan kejahatan, dan membawa seseorang kembali
kepada cara lama. Suasana roh yang sejahtera dengan mudah
akan hilang. Tujuan Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya
menahan diri daripada yang haram adalah mengwujudkan
amaran yang berterusan untuk menjaga seseorang agar sentiasa
berwaspada.
Ego jahat yang memerintah kadang-kadang kelihatan dalam
mimpi sebagai orang kafir; diri yang mengkritik diri sendiri boleh
kelihatan sebagai orang Yahudi; diri yang berperangsang
kadang-kadang kelihatan sebagai orang Kristian.

Tiada ulasan: