Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

SYAH BIN SYUJA AL KIRMANI PANDANG ALLAH KETIKA TIDUR


Selama 40 tahun Al-Kirmani tidak tidur. Apabila dia rasa mengantuk dia ambil garam dan dibubuhnya ke dalam matanya. Pada suatu hari, dia tertidur. Dalam tidur itu, terlihat olehnya Allah.

Dia berkata, 'Ouh Tuhanku! Aku cariMu selama ini tanpa tidur tetapi Engkau datang dalam tidurku'. Suara ketuhanan itu berkata, 'Inilah hasil dari engkau berjaga selama 40 tahun itu'.

Semenjak itu dia ingin tidur dan berharap mendapat pandangan itu lagi. Dia sangat suka tidur.

Bahkan katanya, jika seluruh dunia ini kepunyaannya, hendak rasanya menukarnya dengan tidur sebentar agar dapat 'memandang' Allah. Dia selalu menyanyi begini, 
"Kita ini ibarat daging yang dipanggang kepada besi pemanggang. Sekejap dipusing ke sebelah sana dan sekejap lagi ke sebelah sini untuk dipanggang'.

Tiada ulasan: