Catatan Popular

Isnin, 27 Januari 2020

Azdah Binti Haris Menyertai Peperangan dan Memperolehi Kemenangan.


Dia adalah seorang mujahidah yang menyertai peperangan dan menang. Ketika penduduk Maisan berkumpul untuk memerangi kaum Muslimin, mereka dihalang oleh sahabat Rasullulah saw , Mughirah bin Syu'bah dengan pasukan seadanya. Mereka menghadapi musuh tanpa persiapan yang cukup. 

Menyaksikan keadaan kaum muslimin yang terdesak, Azdah bin Haris segera berkata kepada sahabat wanita yang lain,: "Sesungguhnya suami-suami kita sedang menghadapi musuh sedangkan kita hanya di belakang. Aku tidak tenteram jika mereka menyerang. Kita tidak mempunyai sesiapa yang akan melindungi kita. Aku khuwatir kerana jumlah musuh terlalu ramai sehinggakan mereka dapat mengalahkan kaum muslimin. 


Seandainya kita keluar tentu kita akan merasa terancam. Orang Musyrik akan menyangka kita adalah pasukan bantuan yang membantu kaum muslimin. Musuh pasti berasa gementar melihat kedatangan kita. Bukankah perang itu tipudaya?" 


Para sahabat wanita yang lain bersetuju dengan pendapatnya. Azdah segera membuat bendera yang dikoyakkan daripada tudungnya dan wanita yang lain juga membuat bendera yang sama daripada tudung mereka. Sambil berjalan beriringan , mereka mengangkat bendera tinggi-tinggi dengan berkata :"Wahai penolong islam yang jumlahnya berbaris-baris menyerahlah dan fikirkanlah nescaya kami memaafkan atau mereka akan mengalahkan mereka semua." 


Mereka pun sampai di tengah-tengah pasuakan kaum muslimin dan orang musyrik pun memerangi mereka. Ketika orang Musyrik melihat bendera-bendera datang mereka menyangka bahawa mereka adalah sejumlah pasukan yang datang memberi bantuan kepada kaum muslimin. Mereka pun berasa gementar melihatnya, sehinggakan kaum muslimin melawan mereka dan membunuh beberapa orang antara mereka . 
"Dia Seorang mujahidah yang menyertai peperangan dan mendapat kemenangan" 


Tiada ulasan: