Kisah ini berlaku ketika Nabi
Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia
menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai.
Angkatan
tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.
Sebelum berangkat, Nabi Muhamad
SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera
tersebut.
Namun, belum genap lima belas
hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari
jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan
mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.
Ketika itu, Qais ra telah
membeli tiga ekor unta daripada orang-orangnya sendiri untuk dijadikan hidangan
tentera mereka setiap hari. Mereka tidak lagi kebuluran tetapi ini bermakna
alat pengangkutan mereka akan berkurangan hari demi hari.
Memikirkan akibat itu, Abu
Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta diberhentikan dengan serta
merta.
“Wahai sahabatku sekalian,
kumpulkan semua buah tamar yang ada pada kalian. Kita perlu menjimatkan makanan
kita untuk hidup,” ujar Abu Ubaidah.
Para sahabatnya yang lain tanpa
berlengah mengumpulkan tamar yang tinggal di dalam satu bekas. Kemudiannya buah
tamar ini dicatukan kepada sebiji untuk seorang. Bagaimana mereka dapat hidup
hanya dengan sebiji buah tamar?
Walaupun cuba berdikit-dikit
dengan makanan yang ada, akhirnya tamar sebiji seorang itu pun habis. Mereka
sudah hampir kebuluran. Demi menyambung nyawa, mereka terpaksa memakan
daun-daun kayu. Untuk mengurangkan rasa kasar dan keras daun kayu itu, mereka
menyiramnya dengan air terlebih dahulu sebelum dimakan.
Allah Yang Maha Mengasihani
merasa belas melihat hamba-hambanya yang sedang menderita. Apatah lagi, mereka
itu sedang berjihad ke jalan-Nya.
Ditakdirkan, seekor ikan yang
amat besar telah terdampar di tepi pantai. Ikan besar itu bernama ‘Ambar’.
Seumur hidup mereka, tidak pernah melihat ikan itu dan terdetik rasa hairan di
hati masing-masing, dari mana datangnya ikan sebesar itu.
Mulai detik itu, ‘Ambar’
dijadikan hidangan dan makanan mereka selama lapan belas hari. Tiada lagi
kelaparan malahan ikan itu seolah-olah tidak luak dan cukup pula untuk
dijadikan bekalan dalam perjalanan mereka pulang ke Madinah.
Setibanya di Madinah, cerita
itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda berkata,
“Ikan itu adalah bekalan yang
dikurniakan Allah untuk kamu semua. Ingatlah, penderitaan yang paling pahit
disediakan kepada para nabi, kemudian kepada orang yang kedudukannya rendah
sedikit daripada nabi dan kemudian kepada mereka yang paling baik di kalangan
kaum Muslimin lainnya.”
PENGAJARAN
KISAH.:
kesusahan dan kepayahan biasanya melanda kehidupan di
dunia ini dan khasnya kepada mereka yang hampir dengan allah swt.oleh kerana
itu,nabi saw bersabda "kesusahan paling banyak di kenakan kepada para
nabi,kemudian para afdal,dan kemudian orang yang selepas mereka."
dugaan untuk seseorang adalah bersesuaian dengan
keadaan agamanya dan selepas setiap kesusahan datanglah pertolongan daripada
allah swt semata-mata kerana kemurahan dan kurniaanNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan