Walaupun Imam Malik tidak suka hidup bermewah ,namun beliau
menjaga makan,minum serta keperluan pakaian diri dan keluarganya. Beliau suka
memakai pakaian yang bermutu yang datang dari Aden,Khurusan dan Mesir. Beliau
juga suka memakai bau-bauan yang bagus.
Apabila ditanya beliau menjawab,"Nikmat yang dikurniakan Tuhan itu perlu dipamerkan dalam kehidupan kita."
Beliau pernah menegur mereka yang kaya tetapi memakai pakaian yang buruk dan koyak rabak serta sanggup kelihatan seperti orang miskin adalah bersifat kedekut.
"Apabila menghadiri majlis ilmu kita perlu memakai pakaian
yang cantik dan bersih sebagai penghormatan kepada hadis Rasullulah
saw,"nasihat Imam Malik kepada anak-anak muridnya.
Sekiranya ada diantara yang mengadu tidak mampu membeli pakaian baru kerana miskin , Imam Malik dengan murah hati menggunakan duitnya sendiri bagi membelikan mereka baju baru.
"Tuan sentiasa berpakaian cantik apabila menghadiri majlis ilmu. Bagaimana pula keadaan tuan apabila berada dirumah?"tanya salah seorang anak muridnya.
"Dirumah saya memakai pakaian biasa sahaja . Tetapi apabila
ada tetamu yang datang mahu bertanyakan mengenai hadis Rasullulah saw, saya
akan mandi dan berpakaian cantik sebelum menemui mereka. Sekiranya tetamu
datang sekadar berkunjung atau bertanya ilmu fikah, saya keluar mendapatkannya
dengan berpakaian apa yang sedang saya pakai,"jawab Imam Malik. Beliau
lakukan itu kerana rasa hormatnya kepada hadis Rasullulah saw.
Beliau sering berkata, sesiapa yang dikurniakan nikmat perlu menampakkan nikmat Allah itu ke atas dirinya.
"Bagaimana pula dengan makanan tuan?"tanya anak muridnya lagi.
"Saya paling suka memakan daging. Buah yang paling saya suka
adalah pisang,"jawab Imam Malik .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan