Catatan Popular

Selasa, 16 September 2014

KISAH SUFI KLASIK (20) : RABIATUL ADAWIYAH DICULIK

Rabiah diculik ketika dia masih kecil lagi. Waktu itu, bumi Basrah dilanda kemarau
yang berpanjangan sehingga tanaman-tanaman dan tumbuh-tumbuhan langsung tidak menjadi. Air yang menjadi sumber hidup yang terpenting juga telah mengering. Kemarau yang dahsyat ini telah menyebabkan perubahan pada akhlak dalam kalangan penduduk Basrah.. masyaAllah..keadaan menjadi kacau bilau.
Sekiranya dahulu kota Basrah kaya dengan kasih saying dan saling
menghormati, tetapi kini lebih mementingkan diri sendiri. Ada seorang saudagar
yang sanggup bersikap kejam menaikkan harga barangan kerana baginya di waktu kesempitan inilah peluangnya untuk mengaut keuntungan akan bertambah.
Di samping itu, gejala penculikan pula semakin berleluasa. Ada seorang
ketua sindiket yang telah mengarahkan anak buahnya supaya melakukan penculikan kanak-kanak untuk dijual sebagai hamba di luar Basrah. Kebetulan pada suatu hari Rabiah sedang berjalan di satu lorong yang sunyi, tiba-tiba kepalanya dipukul dengan kuat sehingga menyebabkan Rabiah tidak sedarkan diri.
Penculik Rabiah dimarahi oleh tuannya kerana telah menculik Rabiah yang
kurus kering dan tidak akan mendatangkan keuntungan. Mereka saling menyalahi
antara satu sama lain sementara Rabiah hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Mereka menjadi hairan kerana Rabiah masih mampu tersenyum walaupun telah
diculik lalu menanyakan kehairanan mereka kepada anak kecil itu. “ Mengapa kamu tersenyum wahai budak?”
sergah penculik itu tatkala melihat Rabiah tersenyum sewaktu lelongan sedang
dijalankan. Kemudian jawab wali Allah itu, “ Saya bahagia sekali”. “ Apakah menjadi hamba akan membuat kamu
bahagia?” suara penculik itu sedikit lembut. Jawab Rabiah dengan tenang, “ Ini adalah ujian dari Allah dan saya
reda. Saya yakin ini adalah caranya Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada
saya..”
Kata-kata Rabiah tadi telah membuat penculik itu sedar bahwa anak kecil
itu bukan sebarang budak lalu memohon maaf. “
Maafkan saya, bukan saya bermaksud untuk melakukan perkara terkutuk ini. Namun apakan daya, ini sahaja caranya yang saya tahu untuk mencari sesuap makanan.” Rabiah berkata, “bukankah rahmat Allah itu meliputi sekalian alam. Apakah hanya dengan melakukan kerja ini kamu beroleh rezeki? Sedarkah kamu ulat dalam batu juga mampu hidup hanya dengan izin Allah. Inikan pula kamu yang diberi akal oleh Allah bagi berusaha dan membuat pilihan. Pilihan itu di tangan kita samada untuk memilih bagi mendapatkan keredhaan Allah atau sebaliknya..”
        “Apakah masih ada ruang untuk orang sepertiku bertaubat? Layakkah kasih sayang Allah keatas diriku.?”

Pernahkah kamu melihat seluruh tanah daratan dan isinya?”
“ Tidak”
“ Pernah kamu melihat seluruh lautan dan isinya?”
“ Tidak juga”
“ Sekiranya kamu mahu, mampukah kamu menghitung jumlahnya?”
“ Tidak mungkin”
“ Maka ketahuilah olehmu bahawa keampunan kepada hambaNya melebihi segala yang ada di muka bumi dan isinya serta segala yang di lautan dan isinya.”
Sebelum berpisah, penculik tersebut meminta supaya Rabiah mendoakannya agar dapat berubah.

Tiada ulasan: