Catatan Popular

Sabtu, 27 Mei 2017

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 10 (NOVEL HAKIKAT)

Perjalanan hakikat ini melawan arus dan mendaki bukit yang curam. Mencari punca sungai dan bukannya mengikuti arus sungai itu. Belajar mengenal erti kesesatan dan kembali ke pangkal jalan. Mana mungkin orang yang belum pernah merasa mati boleh mengenal erti kehidupan. Begitulah dengan apa yang diceritakan dalam quran yang tentang orang kafir didalam kesesatan sedangkan quran itu dibaca oleh orang islam dan bukannya orang kafir, lalu apakah yang dimaksudkan dan ditujukan? Maka fikirkan kembali.

Pelajarilah ilmu hakikat, baru ada pengisian didalam menjalankan syariat Allah agar kedua-dua ilmu Allah itu complement each other dan diri menjadi lebih matang dan hormat menghormati. Lagi satu, benda-benda macam ini tidak boleh dibawa main main.

Apakah kita ini daripada tiada kemudian diadakan? Apakah hanya sia-sia saja?

Firman Allahu Ta’ala ini yang berbunyi..

Afa hasibhtum annama kholaqnaakum ‘abasha, wa annakum ilaina la turjau’un

"Maka apakah patut kamu mengira Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan di kembalikan kepada Kami.."

Ayat tersebut cukup menerangkan kepada kita bahawa kita ini bukan dijadikan hanya sia-sia, sudah tentu ada tujuan dan maksudnya, apakah maksudnya dan tujuannya? Sudah tentu untuk memperkenalkan diriNya.

Sepert firman Allahu Ta’ala yang berbunyi, "Aku suka untuk memperkenalkan diriKu.."

Siapakah yang bertanggungjawab mengenalnya? Sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab mengenalnya, tapi bagaimana? Bolehkah kita mengenalinya?

Man arofa nafsahu faqod arofa robbahu..

"Barangsiapa kenal dirinya maka kenallah ia akan Tuhannya.."

Al insanul sirruhu wa ana sirruhu

"Manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya.."

Sesungguhnya kita semua ini adalah rahsia keWujudan Allah, dan bagi untuk menyatakan kewujudannya maka terlebih dahulu di tajallikan dirinya kepada Nur Muhammad yakni sifat bagi Zat.

Tentang Hakikat Muhammad ini pernah juga aku mendengar guruku bercerita lebih kurang 20 tahun yang lalu. Apa yang aku ingat macam ini, Kemudian di tajallikan pula ke alam Ruh seterusnya sampailah ke alam insan (Manusia). Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh makhluk yang bernama insan (Insan Kamil) untuk mengenali penciptaNya, tetapi..ada tapinya..apakah makhluk yang bernama insan ini benar-benar boleh mengenal penciptaNya? Apakah boleh sampai kepada Tuhannya? Tapi bagaimana?

Kenapa di dalam al-Quran, Allah menyebutkan 'mati' dahulu kemudian 'hidup' semula? Bukankah kita ini hidup dahulu barulah mati. Bukankah ia terbalik? Pernahkah kalian terfikir?

"Tinggi sangat man. Aku tidak boleh capai apa yang kau terangkan ini.." kata Hj Dolah.
"Pak Cik tak boleh nak capai eh? Pak Cik taknak tanya saya ke?" kata boy.
"Engkau faham ke boy?" Tanya Hj Dolah.
"Kalau Pak Cik saja tak boleh nak capai, apalagi saya yang jahil ni. Betul-betul jem kepala otak saya nak fikir apa yang Man terangkan tu.." kata boy.
"Kau faham ke tidak mat?" tanya Hj Dolah.
"Man terusin aja bicaranya.." sahut Ahmad ringkas.
"Pak Cik jangan tanya budak ni, dia ni apa-apa benda dia boleh faham. Saya peliklah dengan budak ni.." kata boy.

Selepas saja boy berkata macam tu, kucing yang berada bersama Ahmad pun mengerang dan memalingkan mukanya kepada boy. Seolah-olah kucing itu tak suka boy berkata sedemikian.

Man Gila pun sambung lagi ceritanya..


"Kenal diri sebenar diri, bukan diri yang............(bersambung)

Tiada ulasan: