Catatan Popular

Sabtu, 27 Mei 2017

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 8 (NOVEL HAKIKAT)


Man Gila pun memulakan ceritanya..

Sebenarnya pembelajaran ni bukannya formal tapi lebih kepada kerana inginkan ilmu untuk mengenal diri dan mengenal Allah. Aku pernah membaca tafsir Al-Quran seperti membaca buku dan Al-Quran itu seperti berkata-kata denganku. Cuba kalian lihat mengapa dalam Al Quran sesetengah ayatnya Allah membahasakan dirinya 'Aku', di masa lainnya dinyatakan dirinya 'Kami' seolah-olah ramai, kadang-kadang digunakan 'Dia' seolah-olah orang lain yang menyatakan. Sedangkan itu kalamNya?

Hj Dolah hanya membisu tidak tahu langsung tentang perkara itu begitu juga boy. Hj Dolah dan boy mengalihkan pandangannya sambil mengukir senyuman kepada Ahmad. Seolah-olah mereka berdua mahu dengar apa yang akan dikeluarkan daripada mulut Ahmad sendiri mengenai soalan Man Gila yang ditujukan kepada mereka bertiga.

"Loohhh, kenapa kalian semua pandang saya?" tanya Ahmad.
"Kamu mesti tahu punya.." sahut Hj Dolah dengan muka ingin tahu.
"Apa yang tahunya Pak Haji?" tanya Ahmad kembali.
"Tentang soalan Man Gila.." kata Hj Dolah.
"Soalan yang mana satu?" tanya Ahmad lagi

Hj Dolah: Mengapa kadangkala dia bahasakan 'Aku' pada sebahagian ayat?

Ahmad: Ketika masih duduk dalam 'Zat'..

Hj Dolah: 'Kami' pula?

Ahmad : Kala segalanya sudah 'jadi'..jadi Muhammad, seisi alam dan sekalian makhluk kemudiannya terpercik darinya...tika Zat, Sifat, Asma' dan Afa'al menyatu!

Hj Dolah: 'Dia' pula?

Ahmad: Sesudah fana dan 'hilang' melebur dari Sifat, Asma' dan Afa'al..

Hj Dolah: Kadang-kadang digunakan namaNya dalam sesetengah ayat. Macam mana tu?

Ahmad: Asal jangan kita sekadar bersandarkan kepada 'nama' sudahlah. Itu bukan diri yang hakiki!

..............Hj Dolah memandang boy sambil menggaru-garu hidung. Kucing yang tadinya baring atas peha Man Gila, kini kucing itu berjalan perlahan mendekatkan diribkepada Ahmad yang sedang bersila itu.

"Ooohhhh macam tu. Baru aku tahu.." sahut boy.
"Apa yang kau tahu?" tanya Man Gila.
"Sebenarnya aku tak faham. Heee.." jujur boy sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

"Dibahasakan 'Aku' ketika diri Zat itu masih belum menyatu dengan Sifat, dinyatakan 'Kami' seperti lebih dari satu kerana Zat sudah bersatu dengan Sifat beserta Asma' dan Afa'al sementara 'Dia' pula apabila Zat itu kembali menjadi Nur.." kata Ahmad ringkas dan padat.

"Aku punya satu cerita. Kejadian ini berlaku di kampungku 2 tahun yang lepas dimana waktu itu aku pergi keluar kota seorang diri pada sore hari.." kata Ahmad yang ingin berkongsi ceritanya.

"Lepastu?" Hj Dolah bersuara.

Di ibu kota itu terdapat rame (ramai) warga untuk membeli barang keperluan semisal (misalnya) barang pakaian atau apa-apa. Ketika itu aku berdiri sambil memegang sebuah beg di tangan. Tiba-tiba melintas seorang anak gadis sang perawan manis berjalan sambil memegang bakul di kiri kanan tangannya. Bakul bertulisan "Allah" disebelah kiri dan "Muhammad" di sebelah kanan.

"Aduhai Embak! Sepatutnya Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri!" tegur aku.

"Allah tiada bertempat dik, kiri kanan depan belakang, utara, selatan, timur dan barat kepunyaanNya! Ini hanya huruf! Menyembah huruf syirik!" jawab gadis itu lalu menghilang di celah-celah orang banyak.

"Ketika itu aku tersenyum keseorangan.." kata Ahmad.

"Aku pun tersenyum jugak lepas kau habis cerita walaupun tak panjang mana.." kata boy.

"Bolehkah aku sambung lagi?" tanya Man Gila kepada mereka bertiga.
"Iyyaa man. Silakan silakan di nyambung lagi ceritanya.." pinta Ahmad dengan nada sopan.

Ilmu sememangnya amat-amat luas. Jika mahu menulis menggunakan tinta sebanyak 7 lautan, belum tentu cukup. Menunjukkan ilmu itu luas. Jika kalian memperolehi ilmu seluas 7 petala langit dan 7 petala bumi didalam dada, belum tentu kalian dapat masuk syurga. Kerana apa?

Kerana amal kalian dan juga kerana rahmatNya. Syurga bukannya percuma abang oii. Tepuk dada tanya sama iman, berapa banyak kalikah amalan kalian perolehi selama hidup didunia ini. Apakah amalan kalian boleh di hitung hanya menggunakan jari saja?

Tiada ulasan: