Catatan Popular

Sabtu, 27 Mei 2017

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 6 (NOVEL HAKIKAT)

Man Gila: "Walaupun Pak Haji sudah khatam 11 kali, benarkah jawapan-jawapan yang Pak Haji berikan itu? Dari jawapan yang Pak Haji sebutkan Aliff dulu baru Ba, ayat al-Quran ada 6236 ayat dan tafsiran Aliff Lam Mim ini?"

*Hj Dolah terdiam*

(Sambungan bahagian 5. Penulis hanya dapat ringkaskan ceritanya)

**

"Kenapa diam pak? Bapak kata udah khatam 11 kali. Atau bapak baru nak mula mengaji?" sahut mat dengan nada bergurau.

Hj Dolah: "Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Mati kutu saya dibuatnya.."

Mat: "Sebenarnya pak, kandungan didalam al-Quran itu ada 6666 ayat.."

Hj Dolah: "6666 ayat? Bukankah ada 6236 ayat???"

Mat: "Coba bapak perhatikan yaa. 6666 tolak 6236 jadi berapa?"

Hj Dolah: "430.."

Mat: "Bener jawapannya 430. Jadi ke manakah hilangnya 430 ini?"

Hj Dolah buat muka pelik seraya berkata, "Entahhhlahh.."

Man Gila: "Apa yang korang peningkan ni? Kenapa ada yang kata 6666 dan kenapa ada yang kata 6236? Mehh sini aku peningkan kepala korang semua. Perhatikan.

6666 tolak 6236 = 430

4+3+0= 7

7 hilang ke mana?

Di tujuh petala langit? atau 7 petala bumi? atau 7 warna pelangi? atau 7 kali tawaf? atau 7 kali samak? atau 7 hari dalam seminggu? 7 martabat nafsu? 7 benua? 7 lautan? 7 syurga atau neraka???

Hj Dolah dan boy buat muka paling pelik sekali dekat dunia ni. Mat hanya tersengih apabila melihat raut wajah Hj Dolah dan boy yang agak memeningkan itu.

Mat: "Ayat Al-Quran 6666 itu tersimpul di dalam surah Al-Fatihah keseluruhan.."

Hj Dolah: "Wahh. Begitu banyak boleh tersimpul di dalam Al-Fatihah? Biar betul kau mat?"

Mat: "Al-Fatihah tersimpul di dalam Bismillah dan Bismillah tersimpul di dalam huruf "BA". Kan udah ku tanya tadi mana dulu. Aliff ke Ba?"

Hj Dolah: "Aku masih lagi tak faham.."

Mat: "Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun ke dalam Surah Al-Fatihah, dan Surah Al-Fatihah itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Noktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.

Selanjutnya huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, iaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahawa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.

Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong. LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada. La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat difahami maka tanyakanlah kepada ahlinya.."

*Hj Dolah ternganga*

Mat: "Kenapa mulutnya dibuka pak?"

Hj Dolah: "Pening kepala aku.."

Mat: "Pening yaa pak? Haha. Saya jelasin lagi sekali biar kepala bapak tambah pusing..

"Dan Kami telah berikan kepada engkau (Muhammad), 7 ayat dari Masani (yang dibaca berulang-ulang) dan Al-Quran yang Agung (Surah Al-Hijr: 87)

Adalah 7 ayat yang hilang itu pergi kepada surah Al-Fatihah, surah pembuka kitab, pembuka yang jelas dan ghaib. Ummul Kitab yang zahir dan batin (Lauh Mahfudz). Segala Shuhuf yang 100, Kitab yang 4 tersimpul didalam Al-Quran. Al-Quran tersimpul didalam Al-Fatihah, Al-Fatihah tersimpul dalam kalimah Basmalah, Basmalah ini tersimpul didalam huruf "Ba" kata singkat "Bas" yang ertinya telah sudah sempurna Al-Quran itu. Awal Al-Quran huruf "ba", akhirnya huruf "sin". Huruf "ba"tersimpul dalam titiknya (Nokthah) yang mengikut ahli sufi satu titik tujuan iaitu Allah.

Ringkasnya Shuhuf dan Kitab = Al-Quran = Al-Fatihah = LailahaillAllah = Allah = Hu = tak berhuruf dan bersuara = ghaib mutlak = Esa

Mat:.................
..........
alif di atas 'aa',
alif di bawah 'ie'
alif di depan 'u'

A, i, u

Hj Dolah: "Apa maksudnya?"

Mat: "Maksudnya...
A- ada engkau
I- ingat akan
U- ujudnya Aku

Hj Dolah: "Yang pasal Aliff Lam Mim pulak???"

Mat: "Al-Quran ada 10 cara tafsirannya, yang ada ini hanya syari'at je sebagai contoh tafsiran Aliff Lam Mim, kalau nak terjemahkan alamak satu bulan belum tentu habis.."

Man Gila: "Apakah maksud, apakah makna dan apakah ertinya huruf Alif Lam Mim, sehingga tercatat pada permulaan surah? Sudah pasti menyimpan maksud besar yang tersirat disebaliknya, apakah maksud itu?

Barang siapa yang mengetahui tiga huruf itu, seumpama mereka sudah mengetahui seluruh 6666 ayat didalam Al-Quran. Barang siapa yang mengetahui tiga huruf itu, seluruh alam termasuk 7 petala bumi dan 7 petala langit itu, seumpama telah dan sedang bersujud dibawah tapak kaki kita! Akan hancur segala isi bumi dan akan lebur segala isi langit.

Bilamana kita tahu erti huruf Aliff Lam Mim, lidah kita akan jadi kelu untuk meneruskan bacaan isi Al-Quran, kerana sudah terkandung seluruh 6666 ayat itu didalam lipatan lidahnya!

Sesungguhnya semua ini adalah rahsiaNya. Perbaiki diri kamu dahulu. Menjadi akhlak yang mulia barulah khaliq akan berkehendak pada sesiapa yang dikehendakinya. Syariat, tarikat, hakikat dan makrifatullah bila amalan kamu setinggi gunung dan ilmu kamu sedalam-dalam lautan barulah kamu akan mengerti. Pada masa itu kamu mungkin tidak mahu hidup di dunia ini lagi.."

..........(bersambung)


Tiada ulasan: