Agak lama juga penulis sepikan diri. Sebenarnya bukan
sepikan diri, cuma sibuk dengan hal-hal dunia sehingga tidak sempat ingin
menyambungkan Rahsia Cerita Kita kepada bab seterusnya. Tidak lupa juga, ucapan
terima kasih penulis ucapkan kepada para pembaca yang setia menunggu sehingga
ke hari ini. Jari ini gatal sikit ingin menaip je kerjanya. Finally, siap juga
artikel ini. Walau apa-apapun silakan membaca semoga terhibur. Ceritanya masih
lagi didalam pondok Man Gila.
**
"Apakah kalian pernah tinggalkan solat?" tanya Man Gila memalingkan wajahnya satu persatu di antara mereka bertiga.
"Alhamdulillah. Saya tidak pernah tinggalkan solat buat masa ini.." kata Ahmad dengan wajah senyumnya.
"Saya juga.." sahut Hj Dolah.
Man Gila berkata "Kalau boleh jangan tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. Nabi sendiri solat. Bukankah kita diciptakan didunia ini untuk beribadah kepadaNya? Jangan bazirkan masa muda didunia dengan hal-hal yang tiada manfaat untuk masa penghakiman agung nanti.."
Boy tersentak sekejap. Dia menundukkan pandangannya ke bawah. Rasa malu juga ada. Dia tahu dia tidak pernah solat. Dia cuma tahu hanya menghabiskan masanya untuk hal duniawi sahaja. Mungkin Man Gila berkata sedemikian supaya boy boleh berfikir dengan akalnya.
"Janganlah tunduk pandanganmu ke bawah. Apakah engkau malu depan kami semua? Sesungguhnya malulah engkau dihadapan Tuhan kelak.." ucap Man Gila.
Lagi sekali ayat pedas menusuk kedalam kalbu boy. Man Gila seolah-olah mengetahui isi hati boy yang sedang keadaan malu di hadapan Ahmad dan Hj Dolah. Boy hanya berkata "In sha Allah, akan di usahakan.." dengan nada perlahan.
"Bolehkah aku tahu berapakah usiamu?" tanya Ahmad yang ingin menukarkan topik.
"40 tahun.." jawab Man Gila.
"Apakah engkau mempunyai sang isteri?" tanya Ahmad dengan raut wajahnya ingin tahu.
Man Gila hanya gelengkan kepala.
"Lalu apakah aktivitimu sehari-harian didalam pondok ini?"
"Biarlah hal itu aku dan Tuhanku yang tahu. Tidak penting bagi kamu untuk mengetahuinya.." jawab Man Gila ringkas.
Kini giliran Hj Dolah pula ingin menanyakan sesuatu. Hal yang ingin ditanyakan itu adalah hal yang 'misteri' terhadap siapakah Man Gila sebenarnya. Mungkin inilah masa yang tepat baginya.
"Boleh tak kamu kongsikan perjalanan kamu kepada kami.." tanya Hj Dolah nadanya seperti nada pancing.
"Jika aku ceritakan perjalananku, sungguh engkau, engkau dan engkau tidak akan dapat menggambarkan dengan akal fikiran yang engkau miliki itu.." sahut Man Gila.
"Ceritakanlah apa-apa menurutmu yang ada faedah kepada kami.." boy menyelit.
"Benarkah kalian mahu dengar?" tanya Man Gila.
Semua menganggukkan kepala.
"Aku ceritakan yang ringan-ringan saja. Untuk menyelam cerita yang agak fantasi ini, dengarlah kalian dengan mata hati dan bukan sekadar menggunakan akal fikiran kerana akal fikiran ini tidak mampu pergi kepadaNya tetapi hati ini tidak ada batasan dan mampu meluncur laju menghadap Sang Pencipta.." kata Man Gila kepada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan