Kisahnya bermula saat perang Tabuk, ada beberapa orang
yang tidak menyertainya dan salah seorang adalah Ka'ab, beliau telah menyertai
hampir semua peperangan bersama Rasulullah kecuali Perang Badar.
Faktornya dia lalai, lalai kerana dunia, dan beliau
tidak punya satu keuzuran pun pada saat itu. Saat kaum muslim persiapkan diri
untuk pergi berperang,beliau melengah lengahkan sehinggalah tentera islam
bertolak, beliau sudah terlambat untuk mengejar mereka.
Bilamana dia tertinggal,dia tengok yang ada dalam Kota
ketika itu hanyalah para wanita,anak anak ,orang yang uzur dan orang orang
munafik, lalu mulalah rasa penyesalan dalam jiwanya.
Setelah beberapa waktu berlalu, Rasulullah pun pulang
ke Madinah, ketika itu ramai orang munafik beri alasan alasan palsu untuk
menyelamatkan diri mereka,dan Rasulullah menerima alasan mereka, sehingga
tibalah giliran Ka'ab, beliau mendekati Rasulullah dan Rasulullah senyum dan
bertanya perihal ketidakhadirannya, lalu Ka'ab menjawab, bahawa kalau bukan
berada dia hadapan Rasulullah, dia akan mereka reka alasan ketidakhadirannya
untuk menyelamatkan diri, akan tetapi dia bimbang dibenci Allah, lalu Ka'ab
menceritakan hal yang sebenarnya, lantas Rasulullah bersabda "pergilah kau
sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”
Bila beliau berlalu, ramai orang menyuruhnya kembali
kepada nabi dan beri alasan palsu sebagaimana yang lain, lalu Ka'ab bertanya
kepada mereka "Adakah orang lain yang serupa dengannku?"
Orang orang pun menjawab ada iaitu Murarah bin Rabi’ah
dan Hilal bin Umayah dan mereka berdua menerima nasib yang serupa. Tidak lama
kemudian, Rasulullah melarang masyarakat bergaul dengan mereka bertiga,
sehinggalah tiada siapa bercakap dengan mereka.
Dua rakan Ka'ab menangisi nasib mereka di rumah
manakala Ka'ab masih kuat untuk ke masjid dan cuba beri salam pada Nabi , bila
ia terpandang nabi, maka nabi cepat cepat berpaling,dan begitulah tindakan
masyarakat kepadanya.
Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu, datang ujian
Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke sana
dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja. Namun Ka'ab
langsung membakar surat tersebut.
Selepas 40 hari dipinggirkan, datang utusan nabi untuk
memerintahkan Ka'ab dan dua rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab
bertambah sedih lalu bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan
atau sekadar menjauhkan diri, maka jawab sang utusan, hanya menjauhkan diri.
Isteri Hilal memohon dari Rasululah agar beliau
dibenarkan melayani Hilal kerana beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan. Ada
Keluarga Ka'ab yang menyuruh Ka'ab untuk menyuruh isterinya melakukan yang sama
namun beliau enggan.
Maka teruslah beliau dipinggirkan sehingga genap 50
hari, 50 malam, usai beliau solat subuh, seorang rakannya berteriak "Wahai
Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"
Betapa gembiranya Ka'ab sehingga beliau menghadiahi
pakaian yang beliau hanya pakaian itu dia miliki. Selepas pinjam pakaian dengan
kawannya, Ka'ab pergi menemui rasulullah , beliau kemudian bertanya samada
pengampunan itu dari nabi atau dari Allah, maka jawab rasulullah, ia dari
Allah.
Beliau
membaca ayat pengampunan nya dengan menitiskan air mata “Dan terhadap
tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi
telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun
telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada
tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah
menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah
Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan