OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL
MUTTOLIB AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA
DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)
Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya
kemegahan itu memilik akan segala hati yang dituntut [akan hati itu] akan taat
[kepada] NYA seperti kaya itu memilik akan harta benda yang banyak.
Dan keduanya sebab bagi menunaikan akan keinginan dan menyampaikan kepada
tujuan.
Dan bahawasanya kasih [dan suka] akan kemegahan itu [adalah salah] satu
[daripada] kelakuan yang dicela yang [menjadi] sebab bagi [seseorang jatuh
kepada] kebinasaan.
[Untuk membuktikan apa yang diberitakan ini maka] telah berfirman Allah
Taala,
ertinya, “bermula negeri akhirat itu Kami jadikan dia bagi mereka yang
tiada berkehendak mereka itu akan ketinggian di atas [muka] bumi dan tiada
[berkehendak mereka itu] akan kebinasaan”.[Surah Al Qasas
Ayat 83]
Menghimpunkan Allah Taala pada ini ayat akan mengkehendaki ketinggian dan
mengkehendaki kebinasaan.
Dan menerangkan IA akan bahawasanya negeri akhirat itu [disediakan] bagi
mereka yang sunyi hatinya [dan tiada di dalamnya] daripada kedua-dua kehendak
itu.
Dan masuk di dalam ketinggian itu [ialah] kemegahan.
Dan berfirman IA [lagi],ertinya, “barangsiapa [yang] ada ia
mengkehendaki dengan [sesuatu] amalnya [itu] akan [ke]hidup[an] [di] dunia dan
perhiasannya nescaya kami sempurnakan kepada mereka itu akan balasan segala
amal mereka itu di dalam dunia dan mereka itu tiada dikurangkan akan sesuatu di
dalamnya (15) Bermula mereka itu yang tiada ada bagi mereka itu pada akhirat
melainkan api neraka dan batal oleh barang yang memperbuat mereka itu maka
tiada ada pahala di akhirat dan batal barang byang mengerjakan mereka itu di
dalam dunia daripada segala kebajikan (16)”.[Surah Hud Ayat 15-16]
Bermula ini ayat melengkapi juga akan kasih akan kemegahan kerana
bahawasanya kemegahan itu sebesar-besar kesedapan daripada segala kesedapan
hidup dunia dan sebanyak-banyak perhiasan daripada segala perhiasannya.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya kemegahan itu tiada dicela akan dia
semata-mata semacam dengan harta tiada dicela semata-mata.
Bahkan ada juga kemegahan yang dipuji dan berhajat kepadanya oleh manusia
seperti berhajat ia kepada sedikit daripada harta.
Maka tiap-tiap kemegahan yang dikehendaki akan dia kerana menyampaikan
kepada yang dipuji maka iaitu dipuji seperti kemegahan seseorang di sisi raja
yang menolak ia dengan dia akan zalim dan yang dapat ia dengan dia memberi
nasihat akan raja itu.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya ubat bagi kasih akan kemegahan itu bersusun
daripada ilmu dan amal.
Adapun ilmu maka mengetahui ia akan segala kebinasaan yang bersegera di
dalam dunia seperti dengki atasnya oleh manusia.
Dan menyakiti mereka itu akan dia.
Dan susah ia pada memelihara kemegahannya daripada hilang kerana tiap-tiap
yang mempunyai kemegahan itu sentiasa ia di dalam ketakutan daripada hilang
akan kemegahannya dengan berubah hati manusia dan Allah Taala muqallibal qulub.
Dan mengetahui ia akan bahawasanya jika adalah kemegahan sampai sujud
baginya manusia tiada berkekalan ia kerana ia akan mati.
Demikian juga sekelian yang sujud kepadanya.
Maka betapa suka ia dengan kemegahan dunia yang binasa yang mensebabkan
hilang kemegahan akhirat yang berkekalan.
Dan adapun amal mk mengerjakan engkau akan barang yang harus yang
menggugurkan pangkat engkau pada sisi manusia.
Seperti barang yang diceritakan bahawasanya seorang raja menziarahi ia akan
seorang yang sangat zahid.
Maka tatkala mengetahui orang zahid itu akan kedatangan raja maka menyuruh
ia dengan menghidang makanan.
Maka memakan ia dengan bersangatan loba dan membesarkan ia akan suapan
supaya hilang zahidnya dari dalam hati raja itu.
Maka tatkala melihat akan yang demikian oleh raja itu maka berpaling ia.
Maka berkata orang zahid itu, ertinya, “segala puji bagi Allah Taala
yang memalingkan ia akan dikau daripada aku”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan