OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL
MUTTOLIB AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA
DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)
Ketahui oleh mu bahawasanya taubat itu permulaan jalan bagi sekelian yang
menjalani akan jalan akhirat dan anak kunci bagi tuah sekelian murid.
Dan bahawasanya taubat itu wajib ia dengan bersegera daripada segala dosa
sekalipun dosa kecil.
Dan melambatkan taubta itu satu dosa yang lain pula sekalipun
berpuluh-puluh tahun.
Bersalahan bagi muktazilah yang berkata mereka itu dengan berbilang-bilang
dosa melambatkan taubat itu dengan sebab panjang masa tetapi berlebih kurang
besarnya dengan berlebih kurang panjang masa melambatkan itu.
Dan berhajat ia kepada taubat daripada maksiat melambatkan itu seperti
wajib ia taubat daripada maksiat yang pertama.
Kemudian jika mengetahui ia akan segala dosanya atas tafsil nescaya wajib
atasnya taubat daripada semuanya dengan satu-satu.
Dan tiada memada oleh satu taubat sahaja bagi segala dosa itu.
Dan jika tiada teringat ia akan tafsil segala dosanya maka hendaklah ia
berkata, “jika ada bagi aku dosa yang tiada akan ketahui akan dia maka aku
taubat daripadanya kepada Allah Taala”.
Dan bahawasanya diri taubat itu satu ibadah yang dijanjikan akan pahala
kerananya.
Adapun hilang seksa kemudian daripada taubat maka iaitu diserahkan kepada
Allah Taala.
Telah berfirman Allah Taala,ertinya, “bahawasanya
Allah Taala kasih Ia akan sekelian yang banyak [ber]taubat”.[Surah Al
Baqarah Ayat 222]
Dan firman Nya,ertinya, “dan
taubat oleh kamu kepada Allah Taala sekelian amu hai sekelian yang beriman”.[Surah
An Nur Ayat 31]
Hadith
75. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “orang yang taubat daripada dosa
[sama] seperti mereka yang tiada berdosa”.
Hadith
76. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam [lagi],
ertinya, “hai yang mana-mana manusia,
[ber]taubat[lah] oleh kamu kepada Allah Taala, maka bahawasanya aku [ber]taubat
kepada Nya pada satu hatu seratus kali [taubat]”.
Hadith
77. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam],
ertinya, “bahawasanya Allah Taala yang
maha mulia lagi yang maha besar menerima Ia akan taubat hamba selama [mana
hamba itu] belum sampai ruhnya kepada halkumnya”.
Hadith
78. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam],
ertinya, “barangsiapa taubat ia sebelum
naik matahari daripada tempat lenyapnya nescaya menerima Allah Taala akan
taubatnya”.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya makna taubat pada lughah [ialah] kembali
dan pulang.
Dan pada syarak barangyang berhimpun padanya tiga rukun,
1. Pertama, menyesal atas mengerjakan maksiat kerana Allah Taala.
Maka tiada sah taubat mereka yang tiada menyesal atau menyesal ia tiada
kerana Allah Taala seperti menyesal ia kerana bala yang turun atasnya
disebabkan maksiat itu.
2. Dan yang kedua, meninggalkan akan maksiat yang taubat ia daripada.
Maka tiada sah taubat mereka yang meninggalkan ia akan maksiat yang [telah]
taubat ia daripadanya.
3. Dan yang ketiga, mencita-cita atas ketiadaan kembali ia kepada umpama
maksiat yang taubat ia daripadanya.
Maka tiada sah taubat mereka yang tiada mencita-cita atas ketiadaan kembali
kepada umpama maksiatnya itu.
Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardhu dan tiada bergantung dengan
manusia.
Adapun jika ada dosanya itu meninggalkan umpama fardhu sembahyang maka
wajib pula atasnya mengqadha segala fardhu yang luput itu.
Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta
orang maka disyaratkan memulangkan ia akan harta itu atau gantinya kepada
empunyanya atau minta halal ia daripadanya dengan tafsil pada mazhab kita [Asy]
Syafie.
Bersalahan pada mazhab Imam Malik, memada minta halal dengan ijmal dan ada
padanya keluasan.
Maka jika tiada kuasa ia memulangkannya dan tiada menghalalkan oleh
empunyanya maka hendaklah bersungguh-sungguhn ia pada mengikhlaskan taubatnya
dan memohonkan kepada Allah Taala mudah-mudahan menjadikan ia akan yang empunya
harta itu redha pada hari kiamat.
Dan setengah daripada syarat itu ketiadaan sampai ruh kepada halkum dan
ketiadaan naik matahari dari sebelah barat.
Seperti yang tersebut pada dua hadith yang lalu.
Dan apabila sempurna segala syarat dan rukun taubat itu nescaya sah ia dan
tak dapat tiada daripada diterima akan dia.
Kerana firman Allah Taala,
ertinya, “dan Allah Taala jua yang menerima Ia akan taubat daripada
hamba Nya”.
Dan bermula doa dengan menerima taubat seperti,
ertinya, “hai Allah terima oleh mu akan taubat ku”.
Dan adalah ia kerana ketiadaan diyakinkan akan cukup segala syarat itu.
Inilah perkataan Abu Al Hasan Al Asy’ari.
Dan berkata Imam Al Haramain dan Al Qadhi, “bahawasanya diterima taubat
itu dengan zan jua”.
Dan bermula khilaf ini pada taubat orang Islam.
Adapun taubat kafir dengan masuk Isalm maka diterima akan dia dengan putus
dengan dalil yang putus dengan ittifaq ulama kerana firman Allah Taala,
ertinya, “berkata oleh mu bagi mereka
yang kafir, jika berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam nescaya
diampuni bagi mereka itu akan barang yang terdahulu daripada segala dosa mereka
itu”.
[Surah
Al Anfal Ayat 38]
Dan Ketahui oleh mu bahawasanya yang menegah daripada taubat itu isror
ertinya tetap mengerjakan maksiat.
Dan adalah sebab bagi isror itu lima perkara,
1. Yang pertama, bahawasanya seksa yang dijanjikan itu bertangguh.
Dan tabiat manusia itu bermudah-mudah ia dengan barang yang tiada tunai
maka ubatnya bahawa berfikir ia.
Supaya mengetahui ia akan bahawasanya tiap-tiap barang yang akan datang itu
hampir ia.
Dan yang jauh itu barang yang tiada seperti yang telah lalu.
Dan bahawasanya mati itu lebih hampirkan ia kepada seseorang daripada tali
sepatunya.
Dan tiada mengetahui ia adakah hari ini akhir umurnya.
Kemudian berfikir ia betapa penat ia bekerja seperti kerja sawah kerana
takut ketiadaaan makanan pada tahun hadapan.
Maka seperti menanggung ia akan penat bekerja kerana hendak melepaskan
lapar tahun di muka seperti itu menyegar akan ia akan tubuh kerana melepaskan
seksa pada masa yang akan datang.
Kerana lapar itu pun bertangguh juga dan seksa api neraka lebih pedih
daripada lapar itu.
2. Yang kedua, sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan.
Dan ubatnya bahawa berfikir ia bahawasanya jika doktor yang kafir menyebut
baginya akan air sejuk penting bagi penyakitnya dan memberi mudharat oeh air
sejuk itu akan dia nescaya meninggalkan ia akan air sejuk itu sekalipun
bersangatan ingin ia kepadanya maka hendaklah mengetahui ia akan bahawasanya
Allah Taala dan Rasul Nya lebih benar daripada doktor itu.
Dan seksa api neraka lebih pedih daripada mudharat kasakitan yang
disebabkan [oleh] air sejuk itu.
Dan menetapkan ia di dalam hatinya akan bahawasanya apabila sukar atasnya
meninggalkan kesedapan dan keinginan pada masa yang sedikit maka betapa tiada
sukar atasnya menanggung akan seksa api neraka dan atas luput nikmat syurga?
3. Yang ketiga, menangguh ia akan taubut itu sehari lepas sehari.
Dan berkata ia selagi akan taubat oleh aku pada masa yang akan datang.
Dan taubat itu di dalam kekuasan aku.
Dan ubatnya bahawa fikir ia dan mengetahui ia akan bahawasanya umurnya
tiada di dalam kekuasaannya.
Dan boleh jadi mati ia dengan terkejut sebelum ia taubat.
Tambahan lagi jika sukar atasnya meninggalkan keinginannya pada masa
sekarang nescaya pada masa yang aakn datang lebih sukar ia.
Dan jika adalah menanti akan hari yang mudah atasnya pada hari itu melawan
nafsunya maka iaitu hari yang belum dijadikan akan dia.
Adalah bandingannya seperti seorang yang mengkehendaki ia mencabut pohon
kayu dan lemah ia daripadanya kerana kuat akarnya.
Maka menangguhkan ia kepada tahun yang akan datang.
Dan mengetahui ia akan bahawasanya pokok kayu itu bertambah besar dan
bertambah kuat akarnya dan ia bertambah tuan dan [bertambah] lemah dan yang
demikian itu sehabis-habis jahil.
4. Yang keempat, bahawa menjanjikan ia akan dirinya dengan kemurahan Allah
Taala dan maafnya dan ini sehabis-habis bodoh.
Kerana harap ia akan kelepasan pada ketika tiada menjalani ia akan
jalannya.
Dan yang demikian itu tiada biasa seperti seperti tiada biasa berlayar
perahu pada daratan.
Hadith
79. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “bermula orang yang berakal
[itu ialah] mereka yang menghisab ia dan menghinakan ia dan mengerasi ia akan
dirinya (ertinya menjadikan ia akan dirinya mengikut perintah tuhan Nya) dan
beramal ia bagi barang yang kemudian daripada mati, dan bermula orang yang
lemah yang taksir ia pada segala pekerjaan mereka yang memperikutkan ia akan
dirinya akan keinginan (maka tiada menegah ia akan dia daripada yang
diharamkan) dan mencita-cita ia atas Allah Taala akan segala angan-angan”.
Maak serta taksirnya pada mengerjakan taat dan serta mengikutnya akan
keinginan tiada ia bersedia dan tiada ia taubat.
Bahkan mencita-cita ia atas Allah Taala akan ampunnya dan maafnya dan akan
masuk syurga serta mengekalkan ia atas maksiat dan meninggalkan ia akan taubat.
Dan berkata Said Ibnu Jubai rahimahullah Taala, “bermula kelalaian dengan Allah bahawa berpanjangan oleh seseorang
laki-laki dengan mengerjakan maksiait dan mencita-cita ia atas Allah Taala akan
ampun [Nya]”.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya dosa kecil itu jadi besar ia dengan
beberapa sebab,
1. Yang pertama, bahawa membilang kecil ia akan dia dan menghinakan ia akan
dia.
Maka tiada perduli ia akan dia dan tiada dukacita ia dengan sebabnya.
2. Yang kedua, sukacita ia dengan dia dan bermegah-megah ia dengan dia.
3. Yang ketiga, bahawa bermuda-mudah ia dengan menutupi Allah Taala atasnya
dan menyangka ia akan bahawasnya kerana mulianya pada sisi Allah Taala dan
tiada mengetahui ia akan bahawasanya ia dimurkai Allah Taala.
4. Dan yang keempat, bahawa mengerjakan ia akan dia dengan terang-terangan
dan menzahirkan ia akan dia dan menyebut ia akan dia kemudian daripada
mengerjakan ia akan dia.
Hadith
80. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi
wasallam,
ertinya, “tiap-tiap umat aku dimaafkan
daripada (tiada dosa bagi mereka itu) melainkan yang berterang-terangan dengan
maksiat (tiada dimaafkan daripada mereka itu) adn setengah daripada menzahirkan
dan menerangkan maksiat itu bahawa mengerjakan oleh [se]seorang pada malam akan
[sesuatu] pekerjaan yang jahat kemudian masuk ia pada masa pagi-pagi pada
ketika menutupi Allah Taala akan dia maka berkata ia, aku [telah] kerjakan
semalam begian-begian, dan sesungguhnya telah bermalam ia menutui akan dia oleh
tuhannya dan berpagi-pagi ia membuka ia akan penutup Allah Taala daripadanya
dengan memasyhurkan dosanya”.
5. Yang kelima, bahawa keluar dosa kecil itu daripada orang yang alim yang
diikuti akan dia.
Maka yang demikian itu dosa besar ia kerana bahawasanya berkekalan ia
kemudian daripada matinya.
Hadith
81. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “barangsiapa berjalan ia
pada Islam akan jalan jahat nescaya adalah atasnya dosanya dan dosa mereka yang
mengerjakan akan dia kemudiannya daripada ketiadaannya kurang daripada
segala dosa mereka itu oleh sesuatu”.
Dikehendaki dengan berjalan itu menyerupai ia dengan perbuatan atau dengan
perkataan atau menolong ia atasnya atau diiukti akan dia atasnya.
Dan firman Allah Taala,
ertinya, “menulis oleh Kami akan
barangyang mendahulukan oleh mereka itu daripada segala amal kebaikan dan
kejahatan dan segala bekas mereka itu”.
[Surah
Yasin Ayat 12]
Dikehendaki dengan segala bekas itu barang yang menghubungi ia daripada
segala amal kemudian daripada selesai pekerjaan dan yang mengerjakan.
Tatkala adalah yang membangkitkan atas taubat itu takut akan Allah yang keluar ia daripada pengenalan nescaya memperiringkan oleh hamba akan menyatakan takut maka hamba berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan