OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL
MUTTOLIB AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA
DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)
Ketahui oleh mu bahawasanya riya itu menuntut pangkat di dalam hati manusia
dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan.
Atau mengekehendaki oleh [se]seorang dengan ibadahnya akan manfaat dunia
seperti harta dan puji.
Dan bahawasanya riya itu [adalah] kelakuan yang dicela [dalam Islam dan]
yang haram [hukumnya] dengan ijmak ulama [dan] dinamakan dia [oleh ulama
dengan] syirik yang kecil.
Telah berfirman Allah Taala,ertinya,
“maka bermula wadi (lembah) yang di dalam api neraka jahannam itu bagi
sekelian yang sembahyang (4). Yang lalai oleh mereka itu daripada sembahyang
mereka itu dan mengeluarkan mereka itu akan dia daripada waktunya (5). lagi
yang riya mereka itu pada sembahyangnya dan lainnya”.
[Surah
Al Maun Ayat 4-6]
Hadith
72. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “bahawasanya yang lebih ditakuti
daripada segala barang yang aku takuti atas kamu [ialah] syirik yang kecil, dan
[makna lain bagi syirik kecil itu] iaitu riya, berfirman Allah Taala pada hari
kiamat bagi sekelian yang riya apabila membalas Allah Taala akan manusia dengan
segala amal mereka itu, pergi oleh kamu kepada mereka yang ada kamu mengerjakan
ibadah kerana mereka itu di dalam dunia, tilik oleh kamu adakah mendapat kamu
pada sisi mereka itu akan balasan[nya]”.
Ertinya, tiada kuasa mereka itu membalas amal ibadah kamu.
Maka tiada faedah bagi riya itu bahkan kamu rugi dengan penat sahaja tiada
mendapat pahala.
Hadith
73. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam lagi], ertinya, “bahawasanya Allah Taala mengharamkan ia akan syurga atas
tiap-tiap orang yang riya”.
Dokehendaki [dengan makna] mengharamkan itu [ialah] menegahkan dan tiada memberi
Ia akan dia [masuk syurga].
Hadith
74. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam lagi],ertinya, “bermula bau syurga itu [dapat] dicium
akan dia daripada perjalanan lima ratus tahun dan tiada [dapat] mencium akan
dia oleh mereka yang menuntut dunia dengan amal akhirat”.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya riya itu enam macam.
1. Pertama, riya dengan tubuh badan seperti menzahirkan ia akan kurus dan
pucat badannya supaya disangka [orang] akan dia [letih dan penat] mengerjakan
ibadah pada malam [hari] dan puasa [ia] pada siang hari.
2. Dan kedua, riya dengan kelakuan seperti menundukkan kepala dan
memejamkan mata supaya disangka [orang] akan dia [sedang] memikirkan kelakuan
[yang akan berlaku pada hari] akhirat.
3. dan ketiga, riya dengan pakaian seperti memakai ia akan kain yang
kasar-kasar dan yang bertampung-tampung supaya disangka [orang] akan dia
daripada ahli tasawwuf.
4. Dan yang keempat, riya dengan perkataan, seperti riya orang yang
berpidato dan memberi nasihat dengan [Al] Quran dan [Al] Hadith dan perkataan
salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.
Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikrullah di hadapan orang lain.
5. Dan yang kelima, riya dengan pekerjaan seperti memanjangkan berdiri dan
rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.
6. Dan yang keenam, riya dengan [sebab betapa] banyak[nya] murid dan
[betapa] banyak[nya] berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekelian yang demikian itu haram [hukumnya] bahkan [ber]dosa besar.
Adapun menuntut pangkat pada hati manusia dengan pekerjaan yang bukan
ibadah maka tiada ia haram seperti mereka [menuntut] kemegahan dengan memakai
pakaian yang bagus-bagus dan dengan [kepandaian dalam] ilmu hisab dan ilmu
kebomohan.
Bahkan adalah ia harus selama [mana] tiada ada padanya tipu dan takabbur
dan umpamanya.
Dan bahawasanya riya yang lebih besar,
1. [Pertamanya ialah] riya [yang dilakukan oleh orang-orang] munafik dengan
menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.
Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.
2. Dan yang kedua [ialah] riya dengan ibadah wajib seperti mereka yang
sembahyang Zohor ia di hadapan orang lain dan jika ia bersunyi seorang diri
nescaya tiada ia sembahyang.
3. Dan yang ketiga iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya ia dengan
fardhu bahkan riya ia dengan ibadah yang sunat.
Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan
ibadah yang sunat itu.
Dan ketahui oleh mu bahawasanya ubat bagi riya itu menolak akan segala
sebabnya.
Iaitu tiga perkara,
1. Pertama, kasih akan dipuji.
2. Dan kedua, takut dicela.
3. Dan ketiga, loba akan umpama harta.
Adapun kasih akan dipuji maka seperti mereka yang menerkam ia akan musuh
[yang] banyak [bilangannya] di dalam [sesuatu] peperangan supaya dikatakan
[orang] akan dia orang yang berani.
Dan ubatnya [ialah] barang yang terdahulu pada ubat bagi kasih akan
kemegahan dan iaitu bahawa mengetahui ia akan bahawa puji itu kesempurnaan yang
dihimpunkan sahaja.
Tiada ada kesempurnaan yang sebenar maka tiada ada faedah baginya bahkan
rugi sema-mata.
Dan lagi ubatnya bahawa mengetahui ia akan cerca Allah Taala pada hari
kiamat dan seksanya.
Diriwayatkan bahawasanya orang yang riya itu diseru akan dia pada hari
kiamat dengan empat nama,ertinya, “hai orang yang riya, hai orang yang
sesat, hai [orang] yang jahat, hai [orang] yang rugi, pergi oleh mu ambil oleh
mu akan pahala engkau daripada mereka yang beramal engkau kerananya, maka tiada
ada pahala bagi engkau di sisi Kami”.
Ambil mengetahui ia akan seksa Allah Taala dan cerca Nya kerana [masih
mengamalkan] riya itu nescaya mudah[lah] atasnya meninggalkan riya [itu] kerana
[antara sebab-sebab riya itu ialah] suka dipuji manusia itu.
Seperti mereka yang mengetahui ia akan ada racun di dalam air madu maka
mudah atasnya meninggalkan air madu itu.
Bersalahan mereka yang tiada mengetahui ia akan racun yang [ada] di
dalamnya maka tertipu ia dan minum ia akan dia maka binasa ia.
Tambahan lagi menetapkan ia di dalam hatinya akan bahawasanya sangat besar
ruginya dengan membeli puji manusia dengan cela dan seksa Allah Taala.
Dan akan bahawasanya [mencari] suka manusia [kepadanya] itu [adalah] tujuan
yang tiada bisa di dapati.
Dan barangsiapa menuntut kesukaan manusia dengan murka Allah Taala nescaya
menjadikan Allah Taala akan mereka itu murka baginya.
Adapun sebab riya yang kedua maka iaitu takut dicela [oleh] manusia.
Maka ubatnya bahawa menetapkan ia di dalam hatinya akan bahawasanya cela
mereka itu tiada memberi mudharat ia akan dia jika ada ia yang dipuji pada sisi
Allah Taala.
dan menetapkan ia di dalam hatinya akan bahawasanya tiada mengerjakan ia
akan riya yang sebab bagi murka Allah Taala kerana takut akan cela makhluk yang
tiada memberi mudharat.
Dan memadakan dia oleh bahawasanya manusia jika mengetahui mereka itu akan
qasad riya yang di dalamnya hatinya nescaya benci mereka itu akan dia.
Dan bahawasanya riyaknya itu tak dapat tiada nyata ia bagi manusia samada
segera atau lambat maka murka mereka itu dan mencela mereka itu akan dia.
Dan jika ada ia mengerjakan ibadah dengan ikhlas nescaya Allah Taala
zahirkan ikhlasnya itu bagi manusia maka kasih mereka itu akan dia seperti
kasih Allah Taala akan dia.
Maka mendapat ia akan dua puji, [pertama] puji Allah Taala dan [kedua] puji
makhluk.
Adapun sebab yang ketiga bagi riya itu maka iaitu tamak.
Dan ubatnya bahawa mengetahui ia akan bahawasanya barang yang tamak ia akan
dia seperti harta benda [dan] pekerjaan [adalah] yang diwahamkan sahaja.
Tiada tentu mendapat ia akan dia sekalipun riya ia.
Dan luput redha Allah Taala dengan sebab riyaknya itu pekerjaan yang tetap
yang diyakinkan.
Dan bahawasanya mereka yang tamak pada makhluk tiada sunyi ia daripada
kehinaan.
Dan barangsiapa meninggalkan akan tamak pada makhluk nescaya memberi akan
dia oleh Allah Taala daripada sisi Nya.
Maka apabila menghadirkan ia di dalam hatinya akan nikmat syurga dan
mengetahui ia akan bahawasanya luput ia dengan sebab riya nescaya berpaling
oleh hatinya daripada makhluk dan melimpah atasnya oleh cahaya ikhlas dan
membantu akan dia oleh Allah Taala dengan taufik Nya.
Dan ketahui oleh mu akan bahawasanya setengah daripada ubat yang menegah
daripada datang riya itu bahawa engkau sembunyikan ibadah engkau seperti
menyembunyikan engkau akan kejahatan engkau.
Dan bahawasanya harus menzahirkan akan ibadah supaya mengikut akan dia oleh
manusia [awam] dan supaya menggemarkan ia akan mereka itu.
Dengan syarat bahawa ada ia ikhlas dan jauh daripadanya oleh riya.
Demikian lagi harus menyembunyikan maksiat dan dosa tetapi dengan syarat
bahawa adalah tujuannya supaya jangan diiktikadkan akan dia fasik.
Adapun jika menyembunyi ia akan maksiatnya supaya dikatakan akan dia orang
yang soleh maka tiada harus ia.
Dan adapun meninggalkan taat kerana takut akan riya maka tiada diharuskan
akan dia.
Bahkan adalah ia [ter]masuk di dalam riya [juga].
Berkata Al Fudhail rahimahullahu Taala,ertinya, “bermula riya itu
meninggalkan akan amal ibadah kerana takut akan datang riya”.
Bahkan hendaklah mengerjakan ia akan ibadah dan bersungguh-sungguh ia pada
menolak akan riya itu.
Dan jika jatuh juga [ke dalam] riya itu maka hendaklah ia taubat
daripadanya dengan bersegera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan