OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL
MUTTOLIB AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA
DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)
MAKNA UJUB
Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya
[makna] ujub itu [ialah] membilang [dan menganggap] besar [dan hebat] ia akan
dirinya atau [menganggap hebat akan salah] satu kelakuan daripada segala
kelakuannya seperti ilmunya dan ibadahnya.
Dan tiada takut ia akan hilangnya dan lupa ia akan bahawa semuanya
pemberian Allah Taala baginya.
Maka jika melihat ia akan nikmat Allah Taala atasnya dengan ilmu dan amal
dan lainnya dan takut ia akan hilangnya dan sukacita ia dengan nikmat Allah
Taala atasnya kerana nikmat itu datang daripada Allah Taala maka tiada ada ia
ujub.
Dan ujub itu sebab bagi takabbur.
Dan perbezaan antara keduanya bahawasanya takabbur itu melazimkan ia akan
mereka yang takabbur ia atasnya.
Dan ujub itu ketentuan dengan seorang diri.
Dan bahawasanya ujub itu kelakuan hati yang dicela pada syarak.
Tambahan lagi membinasakan ia akan pahala ibadah.
Telah berfirman Allah Taala, ertinya, “sebut
oleh mu hai Rasulullah akan hari memerangi kamu akan puak hawazin pada lembah
yang dinamakan dengan Hunain (di antara Mekkah dan At Taif) ketika menyukakan
akan kamu oleh banyak bilang-bilangan kamu maka tiada mengkayakan oleh banyak
kamu itu daripada kamu akan sesuatu”, ertinya, tiada menolak ia daripada
kamu akan sesuatu daripada pekerjaan seteru kamu “dan sempit pada perasan
kamu oleh bumi serta luasnya kemudian lari kamu membelakangkan akan seteru”.[Surah
At Taubah Ayat 25]
Hadith
71. Dan bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “bermula
tiga perkara membinasakan ia akan yang mengerjakannya, pertama, kikir yang
diikuti, dan kedua, keinginan nafsu yang dituruti, dan ketiga, menyukakan dan
membilang baik oleh [se]seorang akan dirinya”.
Dan berkata Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu, ertinya, “bermula binasa itu
ada ia pada dua kelakuan, pertama, putus asa daripada rahmat Allah Taala, kedua
menyukakan akan [se]seorang oleh dirinya”.
Hanyasanya menghimpun Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu akan dua kelakuan ini
kerana bahawasanya orang yang putus asa tiada menuntut ia akan kebajikan kerana
tiada harap ia akan dia.
Dan orang yang ujub itu tiada menuntut ia akan dia kerana sangkanya telah
mendapat ia akan dia.
Dan ditanya Siti Aisyah radhiyallahu anha, “bila masanya ada [se]seorang
itu mengerjakan kejahatan? Maka menjawab ia, apabila menyangka ia akan dirinya
berbuat kebaikan”.
Dan [suatu kali] memandang seorang laki-laki kepada Bisyr Ibnu Mansur
rahimahullah Taala [maka] pada ketika [itu juga mulalah] memanjangkan ia akan
sembahyang[nya] dan mengelokkan ia akan ibadah[nya], maka tatkala selesai ia
daripada sembahyangnya berkata ia bagi laki-laki itu, “jangan menipu akan
daku oleh barang yang engkau lihat daripada aku kerana iblis mengerjakan ibadah
ia dan sembahyang ia beribu-ribu tahun kemudian jadi ia kepada barang yang jadi
kepadanya”.
Ertinya, jadi ia kafir wal’iyazubillah.
Ketahui oleh mu bahawasanya sebab ujub itu jahil dan bahawasanya ubatnya
ilmu.
Maka jika ada ujub itu dengan sebab pekerjaan yang tiada ada ia dengan
usahanya seperti cantik rupanya dan elok suaranya maka tiada patut ia ujub
dengan dirinya kerana bukan terjadi pekerjaan itu dengan tenaganya.
Bahkan sayugianya ujub ia dengan tuhan yang memberi ia akan dia baginya
dengan semata-mata limpah kurnianya.
Dan sayugia bahawa berfikir [ia] pada [akan] hilang umpama cantiknya itu
dengan sebab penyakit istimewa[nya seperti] penyakit (penyakit cacar).
Dan jika adalah ujub itu dengan sebab pekerjaan yang diusahakannya seperti
ilmu dan ibadah maka sayugia bahawa berfikir ia pada pekerjaan itu, dengan
sebab apa[kah] mudah ia baginya [melakukannya]?
Dan bahawasanya tiada mudah ia baginya [untuk mencai ilmu dan melakukan
ibadah] melainkan dengan anggota[nya] dan akal[nya].
Dan bahawasanya segala anggotanya dan [segala] akalnya [itu] dan lainnya
semuanya [itu adalah] makhluk bagi Allah Taala [yang] menjadikan akan dia oleh
Allah Taala dengan semata-mata limpah kurnia[ daripada]nya.
Demikian juga ilmu dan ibadah dan segala pekerjaan kita itu semuanya Allah
Taala yang menjadikannya.
Seperti firman Nya,ertinya, “dan
Allah Taala menjadikan ia akan kamu dan akan barang yang mengerjakan oleh kamu
akan dia”.[Surah As Soffat Ayat 96]
Dan firman Nya, ertinya, “dan
tiada mengkehendaki oleh kamu akan sesuatu melainkan bahawa mengkehendaki akan
dia oleh Allah Taala”.[Surah Al Insan Ayat 30]
Maka sayugia bagi yang berakal bahawa adalah ujubnya [itu] selama-lama[nya
adalah sebabnya] dengan limpah kurnia Allah Taala dan kemurahan Nya.
Kerana mengurniakan Ia baginya akan ilmu dan akal dan memberi pertunjuk Ia
baginya kepada ibadah edngan tiada ada terdahulu baginya sebab dan usaha dan
ikhtiar.
Dan menegah Allah Taala akan setengah [daripada] manusia daripada [mudah
mendapatkan] ilmu dan [mempunyai] akal dan [mendapat] petunjuk [hanya] dengan
semata-mata keadilan Nya dan hendaklah takut ia akan mencabut Allah Taala akan
segala nikmat yang tersebut [itu] daripadanya dan boleh jadi bahawa ada
pemberian itu istidraj atasnya.
Seperti firman Allah Taala, ertinya,
“membuka oleh Allah Taala atas mereka itu akan bermacam-macam daripada
segala nikmat atas jalan istidraj hingga apabila sukacita mereka itu dengan
segala nikmat yang diberikan akan mereka itu menyeksa Allah Taala akan mereka
itu dengan terkejut”.[Surah Al An’am Ayat 44]
Dan firman Nya, ertinya, “selagi
Kami ambil mereka sedikit-sedikit daripada pihak [yang] tiada mengetahui mereka
itu akan dia”.[Surah Al A’raf Ayat 182]
Makna istidraj itu menghampirkan kepada seksa Allah Taala dengan diberi
tangguh sedikit-sedikit seperti mereka yang hendak menangkap ikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan