Dalam kesejukan malam itu.. aku mendengar... cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia.
Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa
sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat
seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita
tentang pahlawan Islam ini...
Salahuddin Al-Ayubi
Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman
daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Suatu Masa Dulu…..
"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan
musuh?" Kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa
serius dan tidak pernah ketawa.
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa
Palestin..tapi.. mengapa Salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung
mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa.
Betapa hebatnya Salahuddin apabila berjaya menyatukan umat Islam yang berpecah
belah. Segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa, dan keturunan semuanya
ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji Islam yang diketuai Salahuddin. Malah,
Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah
waljamaah untuk berjuang atas nama Islam.
Hebatnya Kau Salahuddin.
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya
air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu
berkata, “Aku hampir mati kehausan”.
Beliau kemudian meminum air yang dibawakan
kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Penyabarnya kau Salahuddin.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama
perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau
sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Beliau
sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan
kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam, Richard the Lion, Raja England , musuh Salahuddin sedang sakit
didalam khemah tentera Kristian. Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang
kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.
Siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.
Salahuddin Al-Ayubi. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk
merawat musuhnya sendiri.
Subhanallah.
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the Lion
untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the Lion yang
berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus
kearah sebiji batu besar, batu itu terbelah.
Apabila tiba giliran Salahuddin. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain
sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh
dan hinggap dimata pedang. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang
Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak
tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain
untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata
yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor
peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak
mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat.
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
Tiada lagi pertempuran berlaku
*******
Ketua tenteta Kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi
didepan Baitul Maqdis.
“Adakah kamu orang Islam akan memperlakukan kami seperti mana kami
memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di Jerusalem
‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata
disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang
Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang Kristian memeluk Islam akibat
keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-Ayubbi.
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak
bersalah semasa orang Kristian menawan Baitul maqdis. Bersesuaian dengan
tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan.
Hari itu, Langit begitu Cerah.
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi
langit.
Para tentera tersenyum girang.
Pada Jumaat, 27 Rejab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj
Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin. Ramai orang yang terdiri dari
ulama, Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang
merayakan gembira kemenangan iniSele pas menunggu hampir 90 tahun kini
sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis.
ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa Hebatnya
hari itu hanya Allah yang tahu. Kemenangan Seluruh Umat
Islam. Kemenangan Atas Kemenangan27 Safar, 589H (enam tahun kemudian)
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin.
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk di
sebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan. “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut, Salahuddin terus membuka
matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia
berkata.
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika
beliau wafat.
Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun
dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya
tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk
menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.
Empat puluh tahun kemudian, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya
memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan
menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani
berdepan dengan Salahuddin yang telah mati.
Tidak cukup dengan itu,
Pada tahun Masehi 1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib, General
Perancis, Goro telah datang ke kubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur
pembela Islam ini sambil berkata
”Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat Islam ini. Maha Suci Allah , telah
mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam.
Semuga kIsah ini dapat dihidupkan kembali bagi umat Islam yang sedang huru-hara
pada masa ini diserata pelusuk negeri termasuk Syria, Mesir, Tunisia, Libya,
Myanmar, dan lain-lain tempat dibumi Allah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan