Catatan Popular

Isnin, 27 Julai 2020

Maimunah As-Sauda Si Hitam yang gila


Namanya Maimunah tapi orang memberikan julukan Maimunah As-Sauda yang ertinya Maimunah Si Hitam.

Masyarakat sekeliling hanya mengenalnya sebagai perempuan tak betul atau gila kerana dia kelihatan sangat selekeh . Bajunya berupa jubah buruk diperbuat daripada kain kasar dan bertampal-tampal. Maimunah sentiasa mengasingkan dirinya dengan mengembala kambing di padang berhampiran tanah perkuburan

Tak sesiapa pun yang mengambil tahu terhadapnya, akan tetapi disebalik keselekehannya itu tersembunyi hati yang tulus dan bersih serta tidak pernah lupa mengingati Allah. Hanya wali Allah saja yang tahu bahawa dia sebenarnya adalah wali Allah dari golongan wanita. 



Darjat Maimunah Sauda di sisi Allah diketahui apabila seorang wali Allah Syeikh Abdul Wahid bin Zaid memohon kepada Allah agar diperlihatkan pasangannya di syurga kelak.

Selama tiga malam berterusan dia berdoa kepada Allah dan pada malam ketiga dia mendengar suara :"Wahai Abdul Wahid! pasanganmu di syurga kelak adalah Maimunah Si Hitam. 

'Ada dimana dia?"tanya Abdul Wahid


"Dia di Kufah" 


Abdul Wahid segera berangkat ke Kufah da menuju ke tempat seperti mana yang diberitahu. Abdul Wahid bin Zaid bertanya kepada seseorang perihal Maimunah dan dia ingin berjumpa dengannya. Orang itu menyatakan Maimunah Si Hitam adalah seorang pengembala berhampiran perkuburan. 


Abdul Wahid segera ke tempat yang dimaksudkan di sana dia berjumpa dengan Maimunah Si Hitam sedang solat Di hadapannya ada sebatang tongkat dan di bajunya ada tulisan yang tertulis 

"Tidak boleh dijual beli". 

Anehnya kambing-kambing yang digembalakan oleh Maimunah bercampur baur dengan serigala. Kambing tidak merasa takut pada serigala dan serigala pula tidak mahu makan kambing tersebut. Apabila Maimunah mengetahui ada orang datang dia mempercepatkan solatnya. 


"Wahai anak si Zaid! Pulanglah perjanjian kita bukan di sini tetapi di akhirat kelak"kata Maimunah sebaik sahaja selesai solatnya. 

"Semoga Allah merahmatimu. Siapakah yang memberitahu engkau tentang aku?"

"Apakah engkau tidak tahu bahawa roh itu dipasang-pasangkan , mana yang akan berkawan rapat atau berjauhan antara satu sama lain"jawab Maimunah. 


"Wahai Maimunah berilah aku nasihat pinta Abdul Wahid. 


"Aneh betul. Engkau adalah orang yang memberi nasihat, mengapa engkau meminta nasihatku"kata Maimunah. "Tapi tak apalah. Aku telah mendengar bahawa tidak ada seorang hamba yang telah diberikan sesuatu nikmat dunia oleh Allah, kemudian meminta lagi yang kedua kecuali setelah Allah cabut kemanisan beribadah. Kemudian dia akan jauhkan dari Allah setelah sebelumnya dekat kepadaNya, dan digantikannya sifat berjinak-jinak menjadi kebencian. 


"Aku lihat kambing-kambing yang engkau gembala bercampur baur dengan  serigala. Anehnya serigala tidak makan kambing dan kambing tidak takut kepada serigala. Mengapa demikian?"tanya Abdul wahid. 


"Pergilah engkau dari sini. Aku memperbaiki hubungan aku dengan Allah dan Allah jualah yang menjinakkan antara kambing dengan serigala ini" jawab Maimunah

Tiada ulasan: