PROF DR. HAMKA (TOKOH AGAMA AGUNG INDONESIA)
Sekarang
mengertilah kita bahawasanya harta benda ada kebaikkan dan ada keburukannya. Di
dalam jenis harta itu ada ubat, ada racun. Tak berubah keadaannya dengan ular,
ada menaruh bisa dan ada menaruh ubat. Bagi orang yang ahli, ular itu dapat
ditangkapnya dan dikeluarkannya ubat yang terkandung di dalam badannya. Tetapi
bagi orang yang dungu, ular itu akan membelit dan menggigit badannya.
Supaya dapatlah kiranya manusia tersingkir dari bahaya harta, dan dapat
mengecap faedah harta, hendaklah diatur betul jalan masuk dan jalan keluarnya,
serta kemestian-kemestian yang perlu dicukupkan dengan harta.
Harga Harta Dan Martabat Harta
Tiga rukun yang perlu untuk hidup:
- Nafsiyah,
kebatinan.
- Badaniyah,
tubuh.
- Keperluan
dari luar (tempat tinggal, pakaian dan lain-lain).
Dinar dan
dirham, rupiah dan ringgit, termasuk keperluan luar dalam kehidupan. Ilmu
pengetahuan dan budi pekerti adalah membentuk batin. Kebatinan mempengaruhi
badan kasar, badan kasar memperhamba makanan dan minuman, minuman makanan
memperhambakan wang. Diri perlu kepada badan, badan perlu makan minum dan
pakaian, pakaian perlu dihasilkan dengan dengan wang. Makan dan minum ialah
untuk pengekalkan hidup dan menunggu ajal. Pada tubuh yang sihat, cukup makan
dan minum itu bergantung kesihatan jiwa (batin). Ingatlah pengaruh vitamin bagi
kesihatan tubuh dan kesihatan berfikir. Kalau diingat segala susun dan tertib
ini, insaflah kita akan kemuliaan diri (jiwa batin). Tahulah kita bahawa harta
benda adalah tingkat langkah yang pertama, dan kesempurnaan jiwa adalah tujuan
yang akhir. Maka harta benda, wang dan kekayaan yang dicari tidak lain ialah
untuk kesempurnaan jiwa, bukan untuk kesempurnaan harta itu sendiri. Tidaklah
kita mahu menghentikan himmah dan cita-cita sehingga harta itu saja.
Itulah sebab Allah swt berfirman:
:Sebenar-benarnya harta bendau dan anak-pinakmu, adalah fitnah".
Fitnah, sebab di sana kita bertemu jalan bersimpang dua naik atau jatuh.
Maka banyaklah orang yang berfitnah di tengah jalan di dalam mencapai
tujuannya, tidak lagi kesempurnaan jiwa yang dicarinya, tetapi kesempurnaan
bilangan harta. Hingga jiwanya kasar.
Jiwa boleh murni, tali kehidupan panjang, hujungnya hanya elmaut saja. Walaupun
tubuh hancur di kandung tanah tetapi lantaran harta yang banyak dan berfaedah,
anak turunan yang banyak dan berjasa, dipanjangkan Allah sebutannya:
"Dipanjangkan umurnya dengan harta dan turunan".
Kata Rasulullah saw kepada Amir bin Asy seketika dia baru memeluk agama Islam,
bahawa harta benda yang soleh, berguna sekali untuk lelaki yang soleh.
Kalau orang takut rugi, janganlah sampai lalai oleh harta. Kalau orang tidak
mahu jatuh darjat janganlah lalai oleh anak. Bukankah ini terbalik?
Bukan terbalik, tetapi hal yang sebenar-benarnya, sebab Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melalaikan akan kamu harta
bendamu, dan jangan anak-pinakmu daripada mengingat Tuhan. Barangsiapa yang
berbuat demikian itu, itulah orang yang rugi sekali". (Al-Munafiqun
9).
Ingat akan Tuhan (zikrullah) adalah suatu keuntungan yang tiada ternilai. Jika
orang lalai pada zikrullah lantaran anak dan harta, dia akan rugi. Hanya dapat
mengumpulkan harta, tetapi tak kenal kelazatan yang lebih daripada itu. Ramai
orang yang kurang hartanya, tetapi dia beruntung. Sebab tak putus dengan Tuhan.
Itulah sebabnya Tuhan menanyakan di dalam Quran, siapakah di antara kemu yang
suka berlaba perniagaannya dan beruntung jualannya?
Seorang yang hidup miskin, kalau datang orang mengatakan kepadanya, bahawa
sekarang terbuka satu pintu pencarian yang boleh membawa untung banyak, akan
segera dia datang ke sana, walaupun badan akan payah. Biar payah hari ini
katanya sebab nanti akan berbalas dengan untung berlipat-lipat ganda.
Demikianlah perhatian orang kepada harta benda. Sekarang terdapat suatu iklan
yang tidak pernah mengalami rugi, berutung terus. Iklan itu tertulis dalam
Quran.
Tuahan brefirman:
"Sukakah kamu Allah tunjukkan suatu perniagaan yang dapat melepaskan
kamu dari azab yang sakit?
"Perniagaan itu ialah percaya pada Tuhan dan RasulNya, serta sudi
berorbna pada jalan Allah dengan hartamu dan dirimu. Itulah yang sebaik-baik
bagi kamu jikalau kamu tahu". (As-Syaf: 10-11).
Berjuang meningkatkan iman, dengan harta dan jiwa, itulah perniagaan yang
beruntung terus, tak pernah mengenal rugi.
Tetapi kalau tiada tahu rahsia itu, orang enggan menempuhnya. Orang lebih suka
beroleh untung dengan cepat. Oleh sebab itu haruslah kita menyucikan batin,
sehingga nur ilmu yang dikatakan Tuhan itu dapat memancarkan ke dalam sanubari.
Sehingga kita dapat rasai sekarang zikrullah, iman dan kepercayaan, bukan
kelazatan yang kita rasai sekarang ini, yang membuat kita bagai katak di bawah
tempurung.
Kita sangka dunia inilah tempat kekayaan, di balik ini tidak ada lagi, sehingga
kita terikat di dalamnya, hati kita terhunjam ke sana, kita hidup bagai
menghasata kain sarung, berputar di sana ke sana juga. Pangkat tak dapat naik,
harta banyak, susah hati. Semasa miskin susah lantaran miskin, setelah kaya
susah lantaran kaya. Tak ubahnya orang yang memburu keduniaan dengan
pembangunan sebuah kapal menuju sebuah pelabuhan yang aman, bernama akhirat,
datang dari alam yang tak kenal.
Di tengah pelayaran itu, kapal berhenti pada sebuah pulau bernama dunia, di
situ dia beristirehat dan mencukupkan keperluan-keperluan kecil untuk bekal
menempuh pelabuhan 'bahagia raya' itu. Rumput dalam pulau itu indah-indah,
isinya dari pasir yang laksana pualam, tetapi belum pualam sejati, sebab pualam
sejati tak ada di pulau di tengah lautan hanyalah di tanah besar, jua. Nokhoda
kapal memberi izin segala penumpang turun ke bawah beristirehat, melihat-lihat,
tetapi jangan lalai bila datang panggilan hendak meneruskan pelayaran.
Sebahagian
orang mengikuti perintah nakhoda itu, turun ke daratan, mengambil
barang-baraang sekadar yang berguna, tidak membuang-buang tepo, setelah selesai
dia pun kembali ke kapal. Sebagahian lagi terpedaya dan terlambat naik,
sehingga tempat duduknya telah digantikan orang lain. Adapun sebahagian lagi
dan inilah yang terbesar, lalai dan lengah, terpedaya, lupa bahawa
perjalannannya masih jauh. Tertarik dia dengan keindahan yang ada di pulau itu.
Telah berkali-kali loceng berbunyi menyurh naik ke kapal, dia masih acuh tak
acuh. Tiba-tia datang masa dan waktunya, kapal membongkar sauhnya dan mereka
tertinggal dalam pulau itu. Mereka berjalan ke kiri dan ke kanan, barulah
mereka insaf bahawa yang didiaminya sekarang ialah pulau yang dilingkungi air
semata-mata. Mereka menyesal, padahal sesal tak berguna lagi. Kapal itu kian
jauh, waktunya mesti berjalan, tak dapat dipanggil kembali lagi.
Perumpamaan ini berasal dari Imam Ghazali.
Mereka menyesal, meraung, memekik, menjeritl menyeru-nyeru meminta dijemput kembali.
Percuma!
Ada yang berseru:
"Wahai mengapa saya tak jadi tanah saja dahulunya". (Naba':
40).
"Tidak menolong hartaku kepadaku, kekuasaanku pun telah membinasakan
diriku". (Al-Haqqah: 28-29).
Orang tidak
ada lagi akan jadi teman, kapal lain tak ada pula. Sesal tumbuh, sedar datang,
insaf terasa. Hari pun malamlah, maka ular-ular dan kala, lipan dan ulat-ulat
yang berbisa bangunlah dari sarangnya, pergi mengejar dan hendak
menggigitnya.Ular dan kala, lipan dan ulat yang berbisa datang, bertambah lama
bertambah banyak, mengancam jiwa raga sendiri.
Itulah sebabnya Saidina Ibrahim Khalilullah bermohon kepada Illahi, demikian
bunyinya:
"Ya Tuhanku, jauhkanlah kiranya daku dan turunan-turunanku daripada
penyembah berhala".
Kata
sebahagian ahli tafsir bukanlah berhala-hala biasa itu yang dimaksudkan di
sini. Kerana meskipun tak dimohonkan, namun menyembah berhala itu, telah jadi
pantang dari Nabi Ibrahim dan semua nabi-nabi. Seorang nabi pun tak ada yang
memohonkan terhindar dari menyembah berhala biasa, sebab yang demikian
menunjukkan kelemahan dan belum tetap keyakinan. Ahli tafsir berkata
bahawasanya 'ashnam' atau berhala di sini, ialah dinar dan dirham, rupiah dan
ringgit, yang bahayanya lebih besar dari berhala biasa.
Itulah sebabnya Nabi Ibrahim memohon terlepas dari iktannya. Beliau bersabda:
"Penyembah berhala biasa, lekas dinamai orang 'muysrik' dan 'kafir'
tetapi penyembah berhala wang, kerapkali disembah dan dituhankan orang pula.
Menjadi fakir musyrik yang tiak sedar".
Saidina Ali kerapkali munajat tengah malam seorang diri seraya berseru"
"Hai yang putih-putih (perak), pergilah perdayakan orang lain,
tinggalkan saya!".
"Hai yang putih-putih (perak), pergilah perdayakan orang lain,
tinggalkan saya".
Dengan terang dan nyata Nabi Muhammad saw mengatakan, bahawa orang yang
diperdayakan harta benda, adalah hamba, tegasnya menyembah akan harta.
"Celaka orang yang diperhamba dinar, celaka yang diperhamba dirham, tak
lepas lagi. Bila jatuh ke dalam cengkaman dinar dan dirham, tak sanggup lagi melepaskan
diri".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan