Catatan Popular

Rabu, 23 Disember 2020

TASAWWUF MODEN FASAL 24 : MEMERANGI HAWA NAFSU (BAB 3 BAHAGIA DAN UTAMA)

PROF DR. HAMKA (TOKOH AGAMA AGUNG INDONESIA)

Erti kata hawa ialah angin atau gelora. Dia pada tiap-tiap manusia. Dia hanya gelora, tidak berasal.


Di dalam perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbagi (tiga) bahagian:

1. Yang kalah dirinya oleh hawa sampai ditahan dan diperhamba oleh hawa itu sampai dijadikan hawa itu menjadi Tuhan.

"Adakah engkau lihat (Muhammad) orang yang mengambil hawanya menjadi Tuhannya?".

Tuhan ialah yang disembah dan diikuti perintahNya.

2. Peperangan antara keduanya berganti-ganti, kalah dan menang, jatuh dan tegak. Orang yang berperang berganti kalah dan menang inilah yang patut disebut Mujahid". Kalau dia mati di dalam perjuangan itu, matinya mati syahid. Kerana orang mati di dalam pertempuran perang dengan musuh lahir saja, musuh hawa itulah yang besar. Rasulullah saw, setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya.

"Kita ini kebali dari peperangan yang paling kecilm menuju peperangan yang lebih besar".

Setelah ditanya orang baginda menjawab peperangan dengan hawa nafsu, itulah perang yang paling besar.

Pernah pula orang bertanya kepada Rasulullah: Apakah perang yang paling utama ya Rasulullah? Baginda menjawab:

"Engkau perangi hawa nafsumu".

Sabda Rasulullah saw untuk mencukupkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:

"Bukanlah orang yang ggah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan". (HR: Abu Daud).

Darjat yang kedua ini darjat pertengahan, di atasnya ialah darjat Nabi-Nabi dan wali-wali*.

(* - Wali yang dimaksud di sini, ialah Waliur Rahman, yang disebut Tuhan dalam Quran yang telah taqarub kepada Allah dengan amal ibadatnya, bukan wali menurut setengah umat yang telah diperjualbelikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah perjalanan agama).

3. Orang yang dapat mengalahkan hawanya, sehingga ia yang memerintah hawa bukan hawayang memerintahnya, tidak boleh hawa mengutak-atikkannya, dia yang raja, dia yang kuasa, dia merdeka, tidak terpengaruh, tidak diperhamba hawa.

Rasulullah saw bersabda:

"Tidak seorang pun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun ada juga bersyaitan tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya itu sehingga dia saya kalahkan". (HR: Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahaman Salmi).

Umar bin Khattab juga mendapat darjat yang hampir meningkat ini kerana Rasulullah saw pernah bersabda kepada Umar:

"Demi Tuhan yan menguasa diriku di dalam tanganNya, tidaklah bertemu engkau dengan syaitan pada suatu jalan, melainkan menyingkirkan syaitan itu kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (HR: Muslim dan Saad bin Abi Waqasy).

Kalau manusia kurang hati-hati tergelincir dia, sankanya dia sanggup memerdekakan diri dari pengaruh syaitan, dia percaya akan dirinya, dia akan sanggup berjuang melawan syaitan atau melawan hawa, padahal dengan tidak diinsafinya dia telah terpengaruh oleh syaitan, dan hawa nafsu. Bahkan kadang-kadang dirinya telah jadi syaitan tanpa disedarinya, kerana yang diikutinya bukan perintah Tuhan yang tidak setuju dengan kehendak nafsunya diputarnya, didalihnya, dibajuinya dengan baju agama. Kadang-kadang orang yang lancar lidahnya berpidato, tidak gugup naik pentas sanggup memegang pimpinan kumpulan dan orang ramai, padahal dia menurutkan hawa nafsu. Apa saja tiupan yang dilakukannya kepada orang ramai, diberinya cap 'atas nama agama', demikian firman Allah, demikian 'titah Rasul' tidak boleh dilanggar, siapa melanggar berdosa. Padahal ayat dan hadis itu hanya diambilnya, penguatkan hawanya. Bukan hawanya yang ditaklukkannya, kepada Quran dan hadis.

Tuan bertanya:

"Apakah tandanya guru-guru agama, atau pengajar yang tidak dipengaruhi hawa nafsu?".

Tandanya ialah:

1. Dia mengajak orang lain bekerja dengan 'lil Lah' (kerana Allah), bukan supaya diikuti orang. Sebab kewajipannya menyampaikan dan yang memberi hidayah ialah berasal dari Allah.

2. Bukan menyeru untuk diri. Menyeru mengajak kembali kepada Tuhan.

3. Insaf bahawa dia hanya manusia, tidak kurang dan tidak lebih dari orang lain. Jika dia pintar, ada lagi yang lebih darinya.

Tanda-tandanya:

Jika dia sedang mengajar, memberi wa'az, atau sedang berpidato, ada lagi orang di tempat lain yang lebih baik atau lebih tinggi ilmunya, lebih disegani orang daripadanya atau sama, bagaimanakah perasaan hatinya? Bagaimanakah sikapnya?.

Kalau dia sukacita tau gembira bersyukur kepada Allah lantaran ada orang lain yang bekerja seperti pekerjaanya menyiarkan ilmu pengetahuan kepada umat, itulah sebahagian tanda bahawa ia telah dapat mengalahkan nafsu.

Jika sebaliknya, tidaklah lebih inggi tingkatnya orang ini dari manusia biasa yang berbeza hanya pekerjaanya. Yang setengah tukang dengar, dan dia tukang pidato, tetapi sama masih diperintah hawa nafsu. Bahkan kadang-kadang orang yang diberi pelajaran lebih dahulu faham daripada yang memberi.

Maka hal ini bukanlah buat menyelidiki orang lain. Tetapi menyelidiki diri kita sendiri. Bertambah tinggi martabat diri orang, bertambah banyaklah dia mengintai dirinya sendiri.

Saidina Abu Bakar Siddiq r.a. pernah berkata:

"Bunuh sajalah saya, kerana saya ini tidak lebih baik daripada".

Saidina Ali bin Abi Talib pernah dipuji orang bermuka-muka. Maka beliau pun marahlah sambil berkata:

"Saya lebih takut hakikat diriku".

Tiada ulasan: