PROF DR. HAMKA (TOKOH AGAMA AGUNG INDONESIA)
Di dalam
Qanaah seperti kita nyatakan di atas tersimpullah tawakal, iaitu menyerahkan
keputusan segala perkara, ikhtiar dan usaha kepada Tuhan semesta alam. Dia yang
kuat dan kuasa, kita lemah dan tak berdaya. Ramai orang yang telah mengertikan
tawakal. Sebab itu perlu kita kupas, menghilangkan keraguan.
Tidaklah keluar dari garis tawakal, jika kita berusaha menghindarkan diri dari
kemelaratan, baik yang menimpa diri, atau harta benda, anak turunan. Baik
kemelaratan yang akan datang, atau boleh jadi akan datang.
Yang mengenai diri sendiri, tidaklah bernama tawakal kalau kita tidur di bawah
pohon kayu yang lebat buahnya, seperti pohon durian. Kerana kalau buah itu
jatuh digoyang angin, kita ditimpanya, itu adalah sebab kesia-siaan kita.
Tidaklah boleh kita duduk lama atau tidur di tepi sungai yang banjir, atau di
bawah dinding yang hendak runtuh, atau bukit yang suka terbang (longsor).
Kalau bahaya yang mengancam itu akan datang dari sesama manusia, sekiranya ada
jalan sabar, atau jalan untuk mengelakkan diri, pilihlah lebih dahulu yang
pertama, itu sabar. Kalau tak dapat lagi, pilihlah yang kedua, ititu
mengelakkan diri. Kalau tak dapat juga, barulah menangkis. Kalau satu-satunya
jalan ialah menangkis, tidak juga ditangkis, tidaklah bernama tawakal lagi,
tetapi sia-sia.
Bila dicela dan dinihakan orang, jangan lekas naik darah, fikirkan dahulu,
kerana sebanyak hinaan, agak sebuah atau dua entah ada juga yang betul. Akuilah
dahulu bahawa diri manusia, tak luput dari salah, seorang sahabat ialah yang
berani berkata benar, bukan yang membenar-benarkan.
"Ambillah Dia (Allah) menjadikan wakil (tempat bertawakal) dan sabarlah
menanggungkan yang dikatakan orang". (Al-Muzzammil: 9-10).
Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa dengan itu.
Itulah yang mengenai kesakitan yang ditimpakan kepada manusia. Adapun kesabaran
atau tawakal menghadap ular yang hendak menggigit, binatang besar yang hendak
menerkam, kala yang mengejar kaki, anjing gila yang kehausan, maka jika sabar
juga menunngu, tidak berusaha menangkis, tidak bernama tawakal lagi, tetai
bernama sia-sia juga.
Tidaklah keluar dari garisan tawakal jika dikuncikan pintu lebih dahulu sebelum
keluar rumah, ditutupkan kandang ayam sebelum hari malam, dimasukkan kerbau ke
kandang sebelum hari senja. Kerana menurut Sunatullah, dikuncikan rumah dahulu
baru pencuri tertahan masuk, ditutupkan pintu kandang baru musang tak mencuri
ayam.
Demikianlah telah terjadi di zaman Rasulullah saw seorang dusun tidak mengikat
untanya sehingga unta itu lepas, kerana katanya bertawakal kepada Tuhan. Oleh
Rasulullah perbuatannya itu tiada disetujui, melainkan baginda berkata kepada
orang itu:
"Ikatlah dahulu untamu barulah bertawakal!".
Di dalam peperangan menghadapi musuh, diperintahkan orang Islam menggunakan
senjata yang lengkap, jangan hanya dengan sebilah lading atau golok hendak
berjuang menghadapi tank waja dan senapang mesin. Kerana menurut Sunatullah,
tidaklah sebilah lading atau golok akan menang menghadapi sepucuk senapang
mesin yang dapat memuntahkan peluru 500 butir dalam satu minit.
Ingatlah ketika Rasulullah saw meninggalkan negeri Makkah endak pergi ke
Madinah, bersembunyi di dalam gua di atas bukit Jabal Tsur ketika dikejar oleh
kafir Quraisy, berdua dengan sahabatnya Abu Bakar. Setelah bersembunyi dan
tidak kelihatan oleh musuh lagi, barulah dia berkata kepada sahabatnya itu!
"Jangan takut, Allah ada bersama kita".
Iaitu beserta mereka setelah mereka bersembunyi. Cuba kalau Rasulullah
menampakkan dirinya, padahal musuh sebanyak itu, tentu menurut Sunatullah dia
akan tertangkap atau binasa lantaran sia-sianya, dan Allah tidaklah bersertanya
lagi!
Orang yang menutup kandangnya, takut ayamnya ditangkap musang, orang yang
mengunci rumah takut pencuri akan masuk, orang yang mengikatkan untanya takut
akan dilarikan orang, mereka itulah 'mutawakkil', bertawakalyang sejati,
tawakal dalam teori dan praktik.
Memang diakui bahawa kunci pintu tak dapat menolak kadar, kunci kandang tak dapat
menangkis nasib, melainkan dengan izin Allah jua. Tetapi tidaklah boleh kita
terus saja lari kepada takdir, kalau ikhtiar belum sempurna.
Intisarinya segala pekerjaan ini haruslah diingat. Yakni ketika pintu
dikuncikan, kita akui bahawa tidak ada kekuasaan apa-apa pada kunci itu, dia
hanya semata-mata ikhtiar. Dengan hati tulus ikhlas kepad Ilahi, kita akan
memohon:
"Ya Ilahi, jika barang-barang yang ada dalam rumah ini, dengan
kekuasaan Engkau, dapat juga diambil orang, setelah dia saya kuncikan, ka saya
serahkanlah kepada Engkau,hilangnya dalam jalan Engkau, tinggalnya pun dalam
keredhaan Engkau. Segala redha menerima keputusan Engkau. Bukankah pintu ini
saya tutupkan lantaran hendak mengelakkan ketentuan Engkau, tetapi mengikut
sunnah yang telah engkau tentukan di dalam urusan sebab dan musabab. Maka
tidaklah ada tempat berlindung, melainkan hanya Engkau, ya Tuhanku! Di tanganMu
terpegang segala sebab dan musabab itu".
Serupa dengan itu tawakal kepada Allah di dalam perkara mengubati penyakit.
Berubat ketika sakit, tidak mengurangi tawakal. Junjungan kita Muhammad saw
menyuruh kita menjaga diri:
"Larilah dari penyakit kusta, seperti lari dari harimau yang buas!".
Perut adalah rumah penyakit, penjagaan adalah rumah ubat.
Di riwayatkan orang bahawa Saidina Umar Al-Khatab r.a. ketika menjadi khalifah,
berangkat ke negeri Syam, sampai ke sebuah kampung bernama Jabiyah dalam
wilayah Damaskus. Sampailah kepada beliau berita bahawa penyakit taun sedang
menjadi-jadi dalam negeri Syam. Telah beribu-ribu orang yang mati. Mendengar
khabar itu, terbahagi dualah pendapat sahabat-sahabat Rasulullah itu.
Setengahnya mengatakan lebih baiklah perjalanan ke Syam diundur untuk
menghindarkan bahaya. Setengahnya mengatakan lebih baik perjalanan diteruskan
juga kerana sakit dan senang hidup dan mati, semuanya di bawah kuasa Allah jua.
Kita bertawakal kepada Tuhan dan kita tidak mengelak dari QadarNya. Setelah
menjadi pertukaran fikiran itu, pergilah mereka meminta fikiran Saidina Umar.
Beliau berkata:
"Kita kembali tak usah menempuh wabak".
Orang yang menimbang lebih baik perjalanan diteruskan diketuai oleh Saidina Abu
Ubaidah, dia bertanya:
"Apakah kita boleh lari dari takdir Allah".
Saidina Umar menjawab:
"Memang kita lari dari takdir Allah, kepada takdir Allah".
Lalau beliau buat satu perumpamaan:
"Bagaimana pendapat tuan-tuan, kalau tuan-tuan mempunyai kambing ternak,
yang dihalaukan kepada dua buah lurah, yang sebuah banyak rumputnya dan yang
sebuah kering? Bukankah jika kambing itu digembalakan ke padang yang berumput
subur, juga di bawah kudrat Allah?".
Mereka menjawab: "Memang kedua-duanya di bawah kudrat Allah!".
"Tadi di mana kamu gembalakan?". Tanya beliau pula.
"Tentu di padang beruput subur!". Jawap mereka.
"Sungguhpun begitu kita tunggu Abdul Rahman bin Auf, boleh jadi dia
mempunyai pertimbangan yang lain". Kata beliau.
Khabarnya sebelu Abdur Rahman bin Auf tiba, beberapa orang telah berangkat
dahulu ke Syam, dengan izin Khalifah, kerana yakinnya kepada takdir juga.
Besoknya pagi pagi barulah Abdur Rahman bin Auf datang, ketika hal itu
disampaikan kepadanya, dia berkata:
Saya telah menerima dari Rasulullah suatu sabda mengenai hal ini, yang Amirul
Mukminin.
"Allahhu Akbar" ujar Umar kerana terlalu gembiranya.
Telah saya dengar Rasulullah bersabda:
"Apabila kamu mendengar khabar habawa wabak berjangkit di suatu negeri,
janganlah kamu datang ke negeri itu. Kalau kamu ada dalam negeri itu, janganlah
kamu keluar dari sana ke negeri lain".
Bukan main sukacitanya Saidina Umar apabila mendengar sabda Rasulullah yang
membenarkan pertimbangannya. Khabarnya juga Saidina Abu Ubaidah yang telah
berangkat lebih dahulu ke Syam telah meninggal dunia lantaran Taun Amwas yang
masyhur itu.
Di dini nya bahawa sahabat-sahabat Nabi saw kemudiannya telah sepakat bahawa
memelihara diri dari penyakit, juga termasuk tawakal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan