BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.
Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha
Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.
Abu
Hurairah telah menceritakan bahawa ia telah berjumpa syaitan orang mukmin dan
syaitan orang kafir, syaitan orang kafir gemuk-gedempul belaka manakala syaitan
orang mukmin kurus-kurus kering belaka dan rambut-rambutnya berdebu dan
bergerasing.
Maka
bertanyalah syaitan si kafir kepada syaitan si mukmin: “Mengapa engkau kurus?”
Lalu ia menjawab: “Kenapa aku tidak kurus, aku bersama orang (si mukmin),
bila ia hendak makan ia menyebut nama Allah maka jadilah aku lapar, bila ia
hendak minum ia menyebut nama Allah maka jadilah aku dahaga, bila ia hendak
memakai pakaian ia menyebut nama Allah maka jadilah aku bertelanjang, bila ia
menyikat rambut ia menyebut nama Allah, maka jadilah rambut kepalaku bergerasing
dan berdebu”, lalu syaitan si kafir itu menyahut dan berkata: “Aku adalah
bersama lelaki yang tidak berbuat itu semuanya, aku dapat menyertainya pada
makanannya bila ia makan dan pada minumannya bila ia minum dan pada pakaiannya
bila ia berhias, dan lain-lain lagi“.
Daripada Abdul Rahman bin Abi Laili, ia telah menceritakan bahawa syaitan telah
datang berjumpa Nabi s.a.w. dan di tangan syaitan itu ada sepotong penyuluh
api, maka ia berdiri di hadapan Nabi, sedang Nabi pada masa itu di dalam
sembahyang, Nabi pun membaca dan pohon berlindung kepada Allah daripadanya
tetapi syaitan itu tidak juga lari lalu datang Jibrail a.s. mengajar Nabi
dengan katanya:
Wahai Muhammad! Bacalah: Nabi pun turut membaca demikian maka padamlah api
tersebut dan syaitan itupun jatuh tersungkur.
Nabi
sendiri ada menceritakan bahawa pada suatu hari syaitan telah datang kepadaku,
Ialu bertengkar-tengkar ia dengan aku, maka akupun pegang halkumnya dan aku
katakan kepadanya: “Demi Tuhan yang membangkitkan aku dengan sebenar, aku tidak
akan melepasnya hingga aku rasa seolah-olah air lidah syaitan itu sejuk meleleh
keluar dalam tanganku, dan jikalau tidak kerana dakwah saudaraku Nabi Allah
Sulaiman a.s. nescaya tercampak rebah aku dalam masjid itu“.
Kerap kali berlaku manakala kita di dalam sembahyang datanglah kekacauan
syaitan menarik fikiran kita berfikir dengan berbagai macam perkara, misalnya
tadi aku telah pergi ke kedai, beijumpa si gadis comel itu, matanya mengenyit
padaku menandakan sesuatu, tetapi aku buat tahu tak tahu, alangkah menyesalnya.
Dan pada suatu ketika yang lain datang kekacauan pula dalam sembahyang yaitu
bahawa dirasa dirinya orang-orang baik di sisi Allah dan dirasa dirinya sudah
kena dengan kehendak ugama Allah dan dirasanya pula bahawa orang lain semuanya
syaitan-syaitan belaka.
Orang itu
orang ini hatinya belum tentu bersih, dan yang bersihnya aku dan orang lain
tidak boleh lawan dengan aku. Dan pada satu ketika yang lain pula syaitan
datang mengacau aku lagi: kalaulah aku jadi presiden negara ini barulah aman
negara ini, si anu itu dan si anu ini tidak pandai dan tidak cekap belaka,
tetapi kalau aku jadi ketua negara tahulah aku menjalankan kerjanya dan aku
memang mempunyai rancangan begini-begini hingga hal demikian membawa ia begitu
seronok dan rasa lazat di dalam sembahyang dan sehingga tidak disedari bahawa
sembahyangnya itu entah berapa rakaat, berapa rakaat yang sudah terbuat dan
berapa rakaat yang belum terbuat. Demikianlah macam-macam hal syaitan dan
bisikan-bisikannya datang mengacau dalam hati orang sembahyang.
Tadi telah kita bicarakan bahawa
kesucian hati tidak akan tercapai melainkan dengan dilaksanakan dua perkara
penting:
Pertama
mujahadah dan kedua wirid tariqat. Mujahadah ialah melawan godaan hawa nafsu
yaitu belajar mengasuh nafsu diri sendiri dengan cara beransur-ansur supaya
kita dapat menguasai dia.
Dan
hendaklah kita ketahui dan faham bahawa nafsu itu biasanya adalah jadi tali
barut bagi syaitan.
Oleh itu
adalah menjadi kewajipan kita yaitu hendaklah kita belajar mengenal dan mengecamnya
bahawa nafsu kita sekarang adakah dia sedang dihasut oleh syaitan atau tidak
Dan inilah yang penting dan perlu sekali kita mengenalnya, kemudian hendaklah
kita mujahadahkan dia dan kita lawankan dia, firman Allah:
Ertinya:”mereka yang bermujahadah pada jalan Kami (Allah)
nescaya Kami beri pertunjuk kepada mereka jalan-jalan Kami”.
Pendek
kata, dengan mujahadah jualah maka hati manusia tidak akan jadi makanan
syaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan