BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.
Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi. Kota
Bharu Kelantan.
Apabila
lama-kelamaan maka roh yang menumpang kenderaan badan kasar itu merasailah
bahawa alam kenyataan ini adalah tempat tujuannya yang sejati, malah ia lupa
bahawa alam ini adalah tempat dugaan dan pengujian yang sementara bagi mencari
bekal untuk belayar balik menuju ke alam baka yang satu lagi.
Maka
jadilah ia hidup menerkam mencari kepuasan hidup dunia dan menjamunya
betul-betul menurut kepuasan hawa nafsu yaitu kepuasan perut, kepuasan mata, kepuasan telinga, kepuasan faraj dan
lain-lain lagi. Sementara kepuasan untuk kebahagiaan roh tidak diperdulikan
langsung yaitu supaya rohnya disuci bersih untuk mencapai kelazatan ma’rifat
dengan Allah s.w.t. Yang Maha Agong. Malah ia lupa dan lalai dan tidak diambil
tahu langsung bahawa rohnya telah menghidapi berbagai penyakit dengan tenatnya
dan tidak pernah terlintas di hati hendak mencari doktor untuk mengubatnya,
tetapi ia akan bergaduh-gaduh mencari doktor apabila badan kasar diri sendiri
atau anak isterinya mengalami sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan