Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda : -
"Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung)
kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang
diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah
kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang
ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah
kerananya."
Hadits ini merupakan salah satu dari hadits-hadits yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata : Dalam hadits tentang niat ini mencakupi sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata : Hadits ini mencakupi tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadits ini merupakan sepertiga Islam.
Hadits ini merupakan salah satu dari hadits-hadits yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata : Dalam hadits tentang niat ini mencakupi sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata : Hadits ini mencakupi tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadits ini merupakan sepertiga Islam.
Hadits ini ada sebabnya, iaitu: ada seseorang yang berhijrah dari Mekkah ke
Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang bernama : “Ummu
Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal
dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang berhijrah kerana Ummu Qais).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini : kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
- untuk bezakan ibadat dengan adat.
- untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid'ah mungkarah : tidak thabit dalam
quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha' Syafie :
sunnat haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan
Allah), dan diberi pahala baginya makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi
nafkah - (hak anak/isteri), jima'@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi
hak).
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah : Tidak boleh
jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Contohnya: berdiri di
bawah panas matahari..(hadis nazar seorang lelaki). Perkara yang mubah sebagai
wasilah kepada ibadah. Mengambil ia sebagai tasyri' ilahi - yakin bahawa ianya
harus/ tidak melampau/ menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz'ie - tak
boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang
baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut
aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang
baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama
kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat
dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas
berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam
diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia
akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan,
maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan
maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan
pahala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan