Syaikh Ibnu Ata’illah berkata:
“BARANGSIAPA YANG CEMERLANG PERMULAANNYA,
MAKA CEMERLANG PULA PENGHABISANNYA”
Pengertian kata hikmah ini adalah seperti berikut:
1 Apabila sebelum kita mengerjakan amal ibadat,
hati kita kembali kepada Allah, yakni
kita beribadat itu atau kita beramal itu kerana Allah, bukan kerana lainnya,
maka insya Allah pada akhirnya kita akan sampai kepada Allah, iaitu ibadat dan
amal kita itu diterima Allah swt.
Apabila pada
permulaanya kita tidak menyimpang dari ketentuan-ketentuan yang telah
ditetapkan oleh Allah (agamanya), maka insya Allah kita akan mencapai hasilnya
dengan baik. Apabila pada permulaanya kita tidak berkisar dari jalan yang telah
dilalui oleh hamba-hamba Allah yang soleh sebelum kita, maka akan teranglah
jalan yang kita tuju di mana Allah akan membukakan hakikat sesustu yang kita
tuju itu.
Apabila pada
permulaany kita karamkan diri kita dalam kebesaran Allah yang mempunyai
sifaty-sifat yang Maha sempurna, maka yakinlah bahawa Allah akan menjadikan
kita sebagai KhalifahNya dalam erti diredhai olehNya.
Dan apabila dalam
permulaannya segala keinginan kita yang ada hubungannya dengam alam mayapada
ini kita jadiakan hal-hal yang tidak harus difikirkan kerana demi mendahaulukan
hak allah atas kita, maka insya Allah akan terbulah kemenangan terakhir atau
kebahagiaan, tuntutan dan petunjuk Allah secara langsung dan tanpa ada pendinding.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan