Menurut Kalam Hikmah ke 26 , Imam Ibnu Athaillah Askandary
"
DIANTARA TANDA KEJAYAAN DI AKHIR ADALAH KEMBALI KEPADA ALLAH DI PERMULAAN
"
Pelajaran yang dapat diambil dari hikmah ini :
Diantara doa yang sering kita panjatkan kepada Allah swt adalah meminta Nya agar mengakhiri hidup kita dengan husnul khotimah, menutup kehidupan kita dengan akhir yang baik ,namun sebahagian orang menyangka bahawa akhir yang baik dapat diraih dengan mudah disaat-sat terakhir sebelum datangnya kematian, ia merasa boleh kembali kepada Allah jika usia tua datang atau jika penyakit tenat mengujinya.
Kesudahan yang baik adalah hasil permulaan yang baik, permulaan yang baik adalah kembali kepada Allah dan mengembalikan segala urusan kepada Allah, permulaan yang baik adalah memperbaiki hubungan dengan Allah, menerapkan ajaran Allah didalam setiap sendi kehidupan kita, menyerahkan diri kita secara menyeluruh kepada Allah swt , menyakini bahawa diri ini tidak memileki daya dan upaya tanpa ada pertolongan dari Allah swt.
Ketika Imam Syafi`i r.a meninggal dunia,salah seorang cucu keturunan rasulullah saw, sayyidah Nafisah r.a mengucapkan sebuah pujian mengenang Imam : "semoga Allah merahmati Syafi`i ,dia adalah orang yang baik dalam berwudhu` ". sebuah pujian yang sangat sederhana namun mengandung makna yang sangat besar, wudhu` adalah lambang dari sebuah permulaan yang baik , wudhu`adalah lambang kesucian, wudhu` adalah kunci dari solat, dan solat adalah munajat dan penguat hubungan dengan Allah, solat adalah perjumpaan dengan Allah swt, pujian tersebut mengisyaratkan bahawa Imam Syafi`i telah mempersiapkan dirinya dengan baik untuk bertemu dengan Allah, akhir yang baik hanya akan didapatkan dengan permulaan yang baik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan