oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu
Telah diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah
Radhiyallahu‘Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnyabagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama
iaituseratus kurang satu, barangsiapa yang memeliharaNya dalamhati akan masuk
Syurga.”
PENJELASAN
HADITS 1
Hadits ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat
ImamBukhari Rahmatullah ‘Alaih di dalam himpunan kitabHaditsnya Sahih Bukhari
yang telah hamba petik dari KitabAt-Tauhid iaitu pada menerangkan tentang
Keesaan Zat AllahSubhanahu Wa Ta’ala.Beliau telah meriwayatkannya dari Abul
Yaman danbeliau telah meriwayatkan dari Shu’aib dan beliau telahmeriwayatkan
dari Abu Az-Zinad dan beliau telahmeriwayatkan dari Al-A’raj dan beliau
telahmeriwayatkannya dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu‘Anhu dan beliau
telah meriwayatkannya dari HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘AlaihiWasallam. Di dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telahmenyatakan bahawa bagi Zat Allah itu terdapat
sembilanpuluh sembilan Nama.Adapun yang dimaksudkan dengan sembilan
puluhsembilan itu adalah Nama-Nama Allah Yang Terbaik ataudisebut sebagai Al-Asmaa
Al-Husna. Memelihara nama-namatersebut di dalam hati bererti menghafalkannya
danmengamalkannya sebagai zikir dan doa. Nama-Nama Allahini mengandungi nilai
keberkatan yang amat besar keranaianya merupakan Nama-Nama bagi Zat Yang Maha
Esa, yangterhimpun padaNya segala sifat-sifat yang sempurna dan Diaadalah Maha
Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan.Nama-Nama Allah ini merangkumi Nama
ZatNya, NamaSifat-SifatNya dan Nama Af’alNya. Para ‘Alim ‘Ulamamenyatakan
bahawa Allah Ta’ala memiliki lebih 3000 Nama.Sesungguhnya hanya Allah sahaja
yang Maha Mengetahuiberapakah jumlah bilangan yang sebenar Nama-NamaNya.
Al-Asmaa Al-Husna yang dimaksudkan adalah
sepertiberikut:
Sembilan puluh sembilan Nama-Nama Allah YangTerbaik
itu ada dinyatakan dalam Kitab Sahih Tirmizi.Namun, dalam riwayat Hadhrat Imam
Tirmizi Rahmatullah‘Alaih tidak dinyatakan Nama Al-Ahad, seperti mana
yangmasyhur dari Al-Quran dan Al-Hadits adalah seperti berikut:
1.AR-RAHMAN Yang Maha Pengasih
2.AR-RAHIM Yang Maha Penyayang
3.AL-MALIK Yang Maha Raja
4. AL-QUDDUS Yang Maha Suci
5.AS-SALAM Yang Memberi Kesejahteraan
6.AL-MUKMIN Yang Memberi Keamanan
7.AL-MUHAIMIN Yang Maha Memelihara
8.AL-‘AZIZ Yang Maha Gagah
9.AL-JABBAR Yang Maha Perkasa
10.AL-MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki Kebesaran
11.AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta
12.AL-BARI Yang Mengadakan
13.AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan Rupabentuk
14.AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun
15.AL-QAHHAR Yang Maha Memaksa
16.AL-WAHHAB Yang Maha Memberi Kurnia
17.AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki
18.AL-FATTAH Yang Membuka Jalan Rahmat
19.AL-‘ALIM Yang Maha Mengetahui
20.AL-QABIDHZ Yang Menyempitkan
21.AL-BASIT Yang Melapangkan
22.AL-KHAFIDHZ Yang Merendahkan
23.AR-RAFI’ Yang Meninggikan Darjat
24.AL-MU’IZZ Yang Memuliakan
25.AL-MUDZILL Yang Menghinakan
26.AS-SAMI’ Yang Maha Mendengar
27.AL-BASIR Yang Maha Melihat
28.AL-HAKAM Yang Menetapkan Hukum
29.AL-‘ADL Yang Maha ‘Adil
30.AL-LATIF Yang Maha Halus
31.AL-KHABIR Yang Mengetahui Rahsia
32.AL-HALIM Yang Maha Penyantun
33.AL-‘AZIM Yang Maha Agung
34.AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun
35.ASY-SYAKUR Yang Menghargai
36.AL-‘ALIY Yang Maha Tinggi
37.AL-KABIR Yang Maha Besar
38.AL-HAFIZ Yang Maha Pemelihara
39.AL-MUQIT Yang Maha Mencukupkan
40.AL-HASIB Yang Maha Menghitung
41AL-JALIL Yang Maha Mulia
42.AL-KARIM Yang Memberikan Kemuliaan
43.AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi
44.AL-MUJIB Yang Menjawab Semua Permohonan
45.AL-WASI’ Yang Maha Luas Kekurniaan
46.AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana
47.AL-WADUD Yang Maha Pencinta
48. AL-MAJID Yang Maha Mulia
49.AL-BA’ITS Yang Maha Membangkitkan
50.ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan
51.AL-HAQQ Yang Maha Benar
52.AL-WAKIL Yang Maha Memelihara
53.AL-QAWIY Yang Maha Kuat
54.AL-MATIN Yang Maha Kukuh
55.AL-WALIY Yang Maha Melindungi
56.AL-HAMID Yang Maha Terpuji
57.AL-MUHSI Yang Maha Menghitung
58.AL-MUBDI Yang Maha Memulai
59.AL-MU’ID Yang Mengembalikan Kehidupan
60.AL-MUHYI Yang Maha Menghidupkan
61.AL-MUMIT Yang Maha Mematikan
62.AL-HAYY Yang Maha Hidup
63.AL-QAYYUM Yang Maha Berdiri Sendiri
64.AL-WAJID Yang Maha Menemukan
65.AL-MAJID Yang Maha Mulia
66.AL-WAHID Yang Satu
67.AL-AHAD Yang Maha Esa
68.AS-SAMAD Yang Menjadi TempatPergantungan Makhluk
69.AL-QADIR Yang Maha Menentukan
70.AL-MUQTADIR Yang Maha Berkuasa
71.AL-MUQADDIM Yang Maha Mendahulukan
72.AL-MUAKHKHIR Yang Maha Mengakhirkan
73.AL-AWWAL Yang Maha Awal
74.AL-AKHIR Yang Maha Akhir
75.AZ-ZAHIR Yang Maha Nyata
76.AL-BATIN Yang Maha Tersembunyi
77.AL-WALI Yang Maha Memerintah
78.AL-MUTA’ALI Yang Maha Memiliki Ketinggian
79.AL-BARR Yang Maha Memberi Kebaikan
80.AT-TAWWAB Yang Maha Menerima Taubat
81.AL-MUNTAQIM Yang Maha Penyiksa
82.AL-‘AFUW Yang Maha Pemaaf
83.AR-RAUF Yang Maha Pengasih
84.MALIKUL-MULK Raja Penguasa Segala Kerajaan
85.DZUL-JALALI WAL-IKRAM Yang Memiliki KebesaranDan
Kemuliaan
86.AL-MUQSIT Yang Maha Adil
87.AL-JAMI’ Yang Maha Menghimpunkan
88.AL-GHANIY Yang Maha Kaya
89.AL-MUGHNI Yang Memberikan Kekayaan
90.AL-MANI’ Yang Maha Mencegah
91.ADH-DHARR Yang Memberikan Kemudharatan
92.AN-NAFI’ Yang Memberikan Kemanafaatan
93.AN-NUR Yang Maha Bercahaya
94.AL-HADI Yang Memberikan Petunjuk
95.AL-BADI’ Yang Memulakan Penciptaan
96.AL-BAQI Yang Maha Kekal
97.AL-WARITS Yang Maha Mewarisi
98.AR-RASYID Yang Maha Pembimbing
99.AS-SABUR Yang Maha Sabar
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam
SurahTaha ayat 8:
8.
Dialah Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembahmelainkan Dia, Dia mempunyai
Al-Asmaa Al-Husna (Nama-Nama Yang Terbaik).
Dalam Surah Al-A’raf ayat 180, Allah Ta’ala
berfirman:
180.
Dan bagi Allah terdapat Al-Asmaa Al-Husna, makabermohonlah kepadaNya dengan
menyebut Al-Asmaa Al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang
dari kebenaran dalam menyebut Nama-NamaNya, nantimereka akan mendapat balasan
terhadap apa yang telahmereka kerjakan.
Kita telah diperintahkan untuk bermohon dan
menyeruAllah menerusi sebutan Nama-NamaNya yang terbaik ini.Dengan
memperbanyakkan sebutan Nama-Nama Allah iniakan meneguhkan keimanan kita. Ada
sebahagian manusiayang sering mencibir-cibirkan orang-orang yang seringmenyebut
Nama-Nama Allah menerusi amalan Zikrullah.Sesungguhnya mereka adalah golongan
yang menyimpangdari jalan yang benar serta lalai dari mengingati Allah
danhendaklah kita berusaha menjauhkan diri dari bergaul denganmereka
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman di
dalamKitab Suci Al-Quran pada Surah Al-Isra ayat 110 sepertiberikut:
110.
Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman,pilihlah dengan Nama yang
mana saja kamu hendakmenyeru, maka bagiNya Al-Asmaa Al-Husna (Nama-NamaYang
Terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramudalam sembahyangmu dan janganlah
pula kamumerendahkannya dan carilah jalan yang pertengahan diantara keduanya
itu.”
Ayat yang tersebut di atas jelas menyuruh kita
agarmenyeru Nama ZatNya iaitu Allah atau menyeru NamaSifatNya iaitu Ar-Rahman.
Terdapat banyak lagi Nama-NamaSifat bagi Allah dan Nama-NamaNya yang terbaik
adalahberjumlah sembilan puluh sembilan sepertimana yang telah dinyatakan di
dalam Hadits yang pertama ini. Dengan mana-mana sahaja Nama Allah dari himpunan
NamaNya yangterbaik itu diseru atau diucapkan atau ditulis atau dipeliharadalam
hati atau diulang-ulangi sebutannya, akanmendatangkan keberkatan dan kemuliaan
yang besar. Iniadalah kerana, walau dengan mana-mana sahaja Nama Allahitu
diseru, Ia tetap memaksudkan kepada ZatNya Yang Satu,Yang Maha Esa, tiada yang
bersekutu denganNya
Nama-NamaNya yang terbaik itu adalah
merupakanNama-Nama Allah yang terpilih dari ribuan bahkan mungkindari jutaan
Nama-Nama Allah yang hanya diketahui olehNya. Jika seluruh pohon dijadikan
pena, setiap daun-daunandijadikan kertas dan air tujuh lautan dijadikan tinta
dakwatuntuk menulis kalimat-kalimat Allah, nescaya tidak akandapat
mencukupi.Yang dimaksudkan dengan larangan membaca ayat Al-Quran dalam
sembahyang dengan terlalu keras atau terlaluperlahan adalah supaya kita memilih
cara yang lebihsederhana di antara kedua-dua cara tersebut. Menyeru Nama-nama Allah
tidak perlu dilakukan dengan ucapan suara yangkuat dan tidak juga dengan suara
yang terlalu rendah. Tidakperlu membaca dengan terlalu kuat dan nyaring
sehinggamendatangkan perasaan Riak dan ‘Ujub, tetapi cukuplahsekadar dapat
didengari oleh para Makmum.Yang paling diutamakan dalam menyebut Nama
Allahmahupun dalam pembacaan Al-Quran adalah keikhlasankerana jika tanpa
keikhlasan, maka segala amalan zikirnya ituakan menjadi sia-sia. Kita telah
disuruh menyeruNya dengannada suara yang sederhana kerana yang demikian itu
adalahlebih baik dan disukai Allah Ta’ala.Menyeru Nama-Nama Allah hendaklah
didahulukandengan sebutan “Ya” yang bermaksud kata seruan dandilenyapkan
sebutan “Al” sebagai menurut kaedah bahasaArab. Sebagai contohnya seperti:
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya
Quddus,Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir, Ya Wadud, Ya Karim, Ya Latif, Ya Hakim,
Ya Halim, Ya ‘Alim, Ya ‘Aliy, Ya ‘Azhim, Ya Haq, Ya Hayy, Ya Qayyum”
dan seterusnya.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam
Al-Quran Surah Al-Hasyr pada ayat 22 – 24:
22.
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dialah yang MahaPemurah lagi Maha Penyayang.
23.
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha
Sejahtera, Yang MengurniakanKeamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha
Perkasa,Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, MahaSuci Allah dari
apa yang mereka persekutukan.
24.
Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan,Yang Membentuk Rupa, Yang
mempunyai Nama-NamaYang Terbaik, bertasbih kepadanya apa yang ada di langitdan
di bumi dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi MahaBijaksana.
Dalam ayat ini dengan terang Allah Ta’ala
menjelaskantentang Sifat-Sifat DiriNya bahawa Dialah Allah Yang Satu,tiada
Tuhan yang berkuasa di langit mahupun di bumi,mahupun di antara langit dan bumi
melainkan hanya Allah.Dia sahaja yang Maha Mengetahui segala perkara yang
ghaib,yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera zahir manusiadan Dia juga
Maha Mengetahui segala perkara zahir yangdapat disaksikan, bahawa sesungguhnya
Allah itu adalahMaha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Berkuasa.
Untukmeningkatkan keimanan dan keruhanian diri, wajarlah kitamengamalkan Hadits
ini dengan menghafal dan memahamikesemua pengertian Nama-Nama Allah ini kerana
ianyaterbukti mengandungi fadhilat yang amat besar iaitu jaminanuntuk masuk ke
Syurga.
Setiap Nama-Nama Allah ini mengandungi khasiatyang
berlainan bersesuaian dengan makna yang terkandungdi dalam setiap Nama-Nama
tersebut. Sebagai contoh, untukmendapatkan limpahan kasih sayang dari Allah dan
darisesama makhluk, hendaklah seseorang itu melazimkanpenyebutan Nama Ar-Rahman
dan Ar-Rahim atau Al-Waduddan Al-Latif dengan menyeru
“Ya Rahman”, “Ya Rahim”, “YaWadud” dan“Ya Latif”
dengan sebanyak-banyaknya. Jikaseseorang yang
mahukan keselamatan dan kesejahteraan,maka dia hendaklah memperbanyakkan
menyebut Nama-Nama As-Salam, Al-Hafiz dengan menyeru “Ya Salam” dan “Ya Hafiz”
dengan sebanyak-banyaknya. Seseorang yanginginkan
kemurahan rezeki, maka dia hendaklahmemperbanyakkan menyebut Nama-Nama
Al-Wahhab danAr-Razzaq dengan menyeru “Ya Wahhab” dan “Ya Razzaq”.
Begitulah juga dengan Nama-Nama Allah yang lain
dapatdigunakan untuk menyeru DiriNya dengan Nama-Nama yangsesuai bagiNya
menurut sesuatu keperluan atau hajat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan