Menurut Kalam Hikmah ke 28 , Imam Ibnu Athaillah
Askandary
" Sesuatu yang
tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia hati,terungkap nyata dapat disaksikan
dalam realiti kehidupan"
Menurut Ibn ‘AtaiLlah zahir itu merupakan
cerminan kepada hal ehwal batin.Umpamanya seseorang yang batinnya mengenal
Allah akan mencetuskan kecintaan dan kerinduannya kepada Allah.Sebaliknya orang
yang jahil dan tidak mengenal Allah nescaya dia akan mengharapkan dan
bergantung kepada yang lain daripada Allah SWT.Berasaskan kenyataan tersebut
segala tindakan dan amalan yang zahir amat dipengaruhi dan ditentukan oleh
keadaan hati dan jiwa seseorang..Apabila keadaan hatinya dihiasi dengan sifat mahmudah
atau terpuji seperti sabar,berani,bijaksana dan redha maka akan
menyusul amalan-amalan yang sholeh mengiringinya.Sebaliknya apabila hati
seseorang itu dihiasi dengan sifat-sifat mazmumah atau tercela
seperti hasad,khianat,takabbur, ‘ujub dan riya`
maka akan menyusul selepasnya satu set perbuatan dan tindakan yang
memanefestasikan keadaan batin seseorang itu.
Justeru itu zahir itu dinisbahkan sebagai
tentera kepada yang batin.Jikalau khusyu’ hati seseorang maka
akan khusyu’ ( tenang dan tunduk ) juga segala
pancainderanya.Apabila hati itu dipenuhi dengan nur hidayah maka ia akan
melimpah ke seluruh anggota manusia dengan amalan-amalan mulia seperti membantu
orang-orang yang memerlukan bantuan,bersedekah,berdakwah dan menyebarkan ilmu
kepada manusia.
Sehubungan ini Allah SWT menggambarkan
keadaan hati orang-orang yang tidak beriman dan mensyirikkan Allah yang telah
mempengaruhi tindakan-indakan zahirnya.FirmanNya :
Maksudnya : Dan (diantara keburukan
orang-orang yang melakukan syirik):apabila disebut nama Allah
semata-mata,menjadi liarlah hati-hati orang-orang yang tidak beriman kepada
hari akhirat.Sebaliknya apabila disebut nama-nama yang mereka puja ang
lain daripada Allah,mereka dengan serta merta riang gembira. ( Surah
al-Zumar ayat 45 )
Rasulullah SAW sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Hasan al-Basri telah ditanya tentang konsep hati yang terbuka
atau berdada lapang,lantas Rasulullah SAW merujuk kepada firman Allah SWT
:
Maksudnya : Barangsiapa ang
dikehendaki Allah akan menunukinya,nescaya terbuka dadanya untuk menerima
Islam.Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk disesatkan nescaya sempitlah dadanya,seolah-olah
dia hendak naik mendaki ke langit.Demikianlah Allah menjadikan kejelikan itu
bagi orang-orang yang tidak beriman.( Surah al-An’am ayat 125 )
Sehubungan ini Rasulullah SAW menjelaskan
bahawa hati yang tenteram adalah apabila nur Ilahi telah dianugerahkan oleh
Allah ke dalam hati seseorang maka dadanya menjadi lapang dan cenderung
kepada kebenaran dan hatinya menolak kebatilan dan apa jua yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan