Lebih lanjut Syaikh Ibnu Ata’illah dalam hikmah ke 27 berkata:
“BARANGSIAPA YANG BIDAYAH NYA (AWAL
PERJALANANNYA) BERKILAU, MAKA BERKILAU PULA KESUDAHANNYA”
Jika seseorang
mengharungi perjalanan menuju Allah, lalu kita berharap pada masa depannya berhasil, apakah ukuran yang
dapat kita pakai untuk menentukan kesudahannya
Ukurannya adalah:
Permulaan yang terang menunjukkan kesudahan yang terang pula. Kalau begitu,
permulaan perjalanan harus disempurnakan dan itu merupakan petunjuk yang paling
jujur tentang kesudahan yang hendak dicapai oleh seseorang.
Kita tetap
bertanya: permulaan berkilau yang dapat kita pakai untuk manandai bahawa orang
tersebut akan terpuji?.
Berkilaunya permulaan adalah dengan jalan menghadap kepada
Allah secara menyeluruh, serta memberikan segala apa yang menjadi hak
perjalanan menuju Allah swt. Kita melihat kehidupan sahabat Rasulullah saw bahawa permulaan menghadapi
amal-amal Islam begitu kuat.
Diceritakan bahawa
Abu Bakar as siddiq melihat salah seorang abid (ahli ibadah) yang sedang solat
di masjid Rasulullah saw sambil menangis tersedu-sedu , lalu ia (Abu Bakar)
berkata: “
Demikan kami dahulu, kemudian hati kami
menjadi keras”
Hal yang penting
patut diberi perhatian ialah bahawa terangnya permulaan itu nampak dari
keteguhan tawajjuh (menghadap penuh khusuk) kepada Allah pada langkah awal,
baik dengan zikir, wirid-wirid, ilmu, menelaah, ziarah saudara-saudara,
berkhidmat kepada mereka, melakukan perjalanan menuju Allah dengan sempurna
iaitu jalan mentaati Syaikh-sayikh secara baik agar dapat meraih simpati dan
kasih sayang mereka, dan lain-lain. Barangsiapa dalam keadaan seperti ini, maka
permulaan perjalanannya begitu terang, dan dari sana pula kita dapat mengambil
petunjuk tentang kesudahnnya.
Namun ada pula
masalah yang sepatutya menjadi perhatian, memang awal perjalanan yang berkilau
ialah keteguhan dalam menghadap Allah dalam laksanakan hal-hal yang dituntut
untuk menempuh perjalanan menuju Allah.
Tetapi sehingga
menjadi radikal fanatik, maka ketika akan menimbulkan sesuatu yang merbahaya
kepada pelakunya. Ramai orang yang benar-benar terdorong untuk menghadap Allah,
sementara itu, mereka tidak memperhatikan apa yang menjadi hak kepada jasad,
keluarga, dan tetangganya serta tidak hiraukan kewajipan waktu. Orang seperti
ini minta berlindung kepada Allah kerana sudah menjadi terbalik.
Terang benderangnya
permulaan ialah dikau menghadap Allah dengan sebenar-benarnya dan melaksanakan
apa yang menjadi hak perjalanan menuju Allah dengan sesungguhnya.
Namun pada waktu
yang sama hendaknya tidak bertentangan dengan hal-hal lain yang juga dituntut
dari mu. Misalnya, jika sesorang menghadap Allah secara menyeluruh dengan
menjalani lapar dan tidak tidur, hingga ia mencapai tingkatan yang menyebabkan
badannya sakit, maka ini suatu kesalahan. Ini
bukanlah cara menghadap yang benar, kerana ada hak lain yang diabaikan.
Hadis Nabi saw:
“ Sesungguhnya badan mu punya hak atas
diri mu” (Riwayat Bukhari dll)
Contoh lain
misalnya ada orang-orang yang menghadap Allah , namun pada masa yang sama ia
mengabaikan hak ibunya, abaikan hak bapanya, porak perandakan hak tetangga,
masa bodoh hak makhluk dan tidak peduli dengan berbagai kewajipan yang lain.
Hadis Qudsi
mengatakan:
“ Dan hamba Ku tidaklah mendekatkan diri
kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku
fardhukan kepadanya, dan ia terus menerus mendekatkan diri kepada Ku dengan
berbagai-bagai amalan nafilah (sunnat), hingga Aku mencintainya (Riwayat
Bukhari)
Kita harus hitung
supaya berbagai amalan sunnat yang kita lakukan ini tidak bertentangan dengan yang wajib. Sebagai
contoh, jika aku sedang lakukan wirid, lalu tiba-tiba ada seseorang yang lemas,
maka haruskah aku meninggalkan wirid lalu menolongnya atau harus meneruskan
wirid? Nah, tidak, aku harus menolongnya!. Maka tidak benar jika yang nafilah
atau amalan sunnat mengalahkan yang fardhu, bahkan sebahagian dari hal-hal yang
fardhu digabung agar dapat melaksanakan fardhu-fardhu lainnya.
Sebagaimana halnya
kita harus menyempurnakan bidayah (permulaan) agar menjadi berkilau, maka tidak
benar jika kekuatan bidayah bertentangan dengan hal yang fardhu.
Syaikh Ibnu Ata’illah
mengingatkan agar kita kembali kepada Allah pada permulaan, dan ia mengajarkan
kepada kita bahawa, seseorang jika permulaannya berkilau maka berkilau pula
kesudahannya.
Seolah-olah ia
mengatakan:” Bagaimana caranya agar kita dapat
mengetahui berkailaunya permulaan itu”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan