Aisyah bin Abu Bakar dikurniakan kemuliaan semasa hidup
dan selepas meninggal dunia. Dia bukan sahaja menjadi isteri Rasullulah saw di
dunia tetapi di akhirat. Ketika wahyu turun kepada Rasullulah saw jibrail
membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan diakhirat
sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis daripada Aisyah,
"Jibrail datang membawa gambarnya pada sepotong sutera
hijau kepada Nabi saw , kemudian berkata, ini adalah isterimu di dunia dan
akhirat."
(HR At-Tarmizi)
Dia menjadi penyebab turunnya firman Allah swt yang
menerangkan kesuciannya dan membebaskannya daripada fitnah orang munafik pada
peristiwa Hadithul Ifki.
Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi saw diutus
menjadi rasul. Semasa dia bermain-main dengan lincah dan ketika dinikahi
Rasullulah saw usianya belum genap 10 tahun.
Dalam sebahagian besar riwayat disebutkan bahawa
Rasullulah saw membiarkannya bermain-main bersama teman-temannya. Dua tahun
setelah Siti Khadijah wafat , wahyu turun kepada Rasullulah saw untuk menikahi
Aisyah Rasullulah saw berkata kepada Aisyah :
"Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam
berturut-turut. Malaikat datang menemui dalam membawa gambarmu pada selembar
sutera dengan berkata,"Ini adalah isterimu." Ketika aku membuka
tabirnya wajahmu kelihatan. Kemudian aku berkata kepadanya,"Jika ini benar
daripada Allah swt nescaya akan terlaksana."
Mendengar khabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat gembira.
Tambahan pula Rasullulah saw bersetuju menikahi puteri mereka,Aisyah. Baginda
datang ke rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang diberkati itu.
Setelah pertunangan selesai , Rasullulah saw berhijrah ke Madinah bersama para
sahabat sementara isteri baginda ditinggalkan di Mekkah . Setelah Baginda
meninggalkan Madinah Baginda mengutus seseorang untuk menjemput mereka termasuk
Aisyah.
Dengan izin Allah swt, Rasullulah saw menikahi Aisyah
dengan mas kahwin 500 dirham. Aisyah tinggal di bilik yang bersebelahan dengan
Masjid Nabawi. Banyak wahyu diturunkan di bilik itu sehinggakan bilik itu
disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu.
Kisah
Rasullulah SAW dengan Aisyah
Dalam hati Rasullulah saw kedudukan Aisyah sungguh
istimewa dan tidak dialami oleh isteri-isteri baginda yang lain. Dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan:
"Cinta pertama yang terjadi dalam islam adalah cinta
Rasullulah saw kepada Aisyah ra"
Dalam riwayat at-Tarmizi dinyatakan ada seseorang yang
menghina Aisyah di hadapan Ammar bin Yasir sehinggakan Ammar berkata kepadanya
:
"Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti isteri
Rasullulah saw yang tercinta."
Walaupun isteri-isteri Rasullulah saw mempunyai perasaan
cemburu yang kuat kepada Aisyah , mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah .
Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata :"Demi Allah swt dia
adalah manusia yang paling Baginda cintai selain ayahnya (Abu Bakar). "
Antara isteri-isteri Rasullulah saw , Saudah bin Zumah
sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah sehinggakan dia merelakan seluruh
malam bahagiannya untuk Aisyah. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa Aisyah
sangat memerhatikan sesuatu yang menjadikan Rasullulah saw rela. Dia menjaga
agar jangan sampai baginda berasa sesuatu yang tidak menyenangkan daripadanya.
Salah satu cara membuatkan baginda rela ialah Aisyah sentiasa memakai pakaian
yang cantik dan selalu berhias untuk Rasullulah saw.
Rasullulah saw meminta izin kepada isteri-isterinya untuk
beristirehat di rumah Aisyah selama Baginda sakit sehinggalah Baginda wafat.
Dalam hal ini, Aisyah berkata :"Ia merupakan kenikmatan bagiku kerana
Rasullulah saw wafat dipangkuanku."
Bagi Aisyah , Rasullulah saw tinggal di biliknya
sepanjang Baginda sakit yang mana merupakan penghormatan buat dirinya menjaga
Baginda sehingga ke akhir hayat. Rasullulah saw dimakamkan di bilik Aisyah di
tempat yang sama Baginda wafat.
Aisyah pernah bermimpi melihat tiga bulan jatuh dalam
biliknya. Ketika dia memberitahu hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar
berkata:"Jika yang kamu lihat itu benar maka dirumahmu akan dimakamkan
tiga orang yang paling mulia di muka bumi."
Ketika Rasullulah saw wafat , Abu Bakar berkata
:"Baginda berkata,"Baginda adalah orang yang paling mulia antara
ketiga-tiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dimakamkan di rumah
Aisyah.
Selepas Rasullulah saw wafat, Aisyah sentiasa berhadapan
dengan dugaan yang sangat besar . Namun, dia menghadapi semua dugaan dengan itu
dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap takdir Allah swt dan selalu
berdiam diri di dalam rumah semata-mata taat kepada Allah swt.
Rumah Aisyah sentiasa dikunjungi orang ramai daripada
segenap penjuru untuk menimba ilmu untuk menziarahi makam Nabi saw. Ketika
isteri-isteri Nabi saw hendak mengutus Usman menghadap Khalifah Abu Bakar untuk
menanyakan harta pusaka peninggalan Nabi saw yang merupakan bahagian mereka,
Aisyah justeru berkata:"Bukankah Rasullulah saw berkata:"Kami para
Nabi tidak meninggalkan harta pusaka Apa
yang kami tinggalkan itu adalah sedekah."
Dalam menetapkan hukum, Aisyah kerap menemui wanita yang
melanggar syariat islam. Dalam Tabaqat Ibnu Saad mengatakan bahawa Hafsah binti
Abdirrahman menemui Ummu Mukminin Aisyah ra. Ketika itu Hafsah memakai tudung
nipis. Aisyah menarik tudung wanita tersebut sepantas kilat dan menggantikannya
dengan tudung tebal.
Aisyah tidak pernah mengambil ringan tentang hukum
kecuali jika sudah jelas dalilnya daripada al-Quran dan sunnah. Aisyah
merupakan orang yang paling dekat dengan Rasullulah saw sehingga dia dapat
menyaksikan banyak wahyu yang turun kepada Baginda. Aisyah juga berpeluang
untuk terus bertanya kepada Rasullulah saw jika menemui sesuatu perkara yang
tidak difahami tentang sesuatu ayat. Dengan itu, Aisyah memperolehi ilmu dengan
cepat daripada Rasullulah saw.
Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis-hadis
Nabi saw sehingga para ahli hadis menempatkan dia pada urutan kelima daripada
para menghafal hadis setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu
Abbas.
Dalam hidupnya yang penuh jihad Aisyah meninggal pada
usia 66 tahun, dalam bulan ramadan tahun ke 58 Hijrah dan dimakamkan di Baqi.
Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan , kezuhudan, tawaduk dan pengabadian
sepenuhnya kepada Rasullulah saw .
Dia juga selalu beribadah serta sentiasa melaksanakan solat
malam.
Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah
sehinggakan dalam rumahnya tidak ada wang 1 dirham atau 1 dinar pun yang
tinggal.
Rasullulah saw pernah bersabda:
"Jagalah diri kamu daripada api neraka walaupun hanya
dengan sebiji kurma."
"Aisyah merupakan orang yang paling dekat dengan
Rasullulah saw sehingga dia dapat menyaksikan banyak wahyu yang turun kepada
Baginda."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan