Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali
hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu
hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya,
dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan
duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang
selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut
dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan
duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah
dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia
bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah
apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
|
Sufi, Tasawwuf, Tauhid, Hakikat, Iman, Ihsan, Tariqat, Waliyullah, Makrifat, Maqam, Hal, Iblis, Risalah Sufi, Aql, Qalbu, Ruh, Nafs, Kematian, Ajaran sufi, Tokoh sufi, Tokoh Tariqat, Malaikat, Para sahabat, Dialog Rohani, Kitab Hikam, Hadis Arbain, Kasyaf, Hijab, Nur Muhammad, Wahdatul Wujud, Makrifat, Akhlak Rasulullah, Metafizik, Kitab Taswwuf, Akhir Zaman , Novel Hakikat, Basmalah, Syahadatain, Tafsir Al Quran, Buku Tasawwuf, Adab Sufi, Karamah, Qadha dan Qadar,
Catatan Popular
-
Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri da...
-
Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:- 1. Makrifat diri yang...
-
MEMPERSEMBAHKAN KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH Bismillah Hirrohman Nir Rohim. ~ Adapun syariat itu ...
-
Adapun kemudian daripada itu, yakni daripada memuji Allah dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW, maka inilah suatu kitab yang sud...
-
ILMU DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU. Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa pengarangnya tetapi ada disebutkan sebagai ILMU D...
Sabtu, 21 Januari 2017
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan