Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan
Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di
kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia
bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca
akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai
dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah
membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an
itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun
orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan
di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal
amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan