Kisah ini diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq.
Pada suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar
untuk membeli gandum kerana gandum di rumahnya telah kehabisan. Isterinya
memberi wang sebanyak 2 dirham. Atha' mengambil karung guni dan berjalan menuju
ke pasar. Di dalam perjalanan dia ternampak seorang hamba sahaya sedang menangis.
Orang ramai yang lalu lalang di situ tidak memperdulikan akan hamba tersebut.
Oleh kerana kasihan melihat keadaan hamba tersebut Atha' menghampiri hamba yang
sedang menangis lalu bertanya "Kenapakah kamu menangis ditepi jalan
ini?". Hamba itu memberitahu "Aku diberi wang sebanyak 2 dirham oleh
tuanku supaya membeli barang keperluan di pasar", sambungnya lagi
"Apabila tiba di sini aku dapati wangku sudah tidak." hamba tadi
sambil menangis lebih kuat lagi dan berkata "Mungkin wang itu tercicir
semasa dalam perjalanan ke mari".
Atha' menanya lagi "Kenapa kamu tidak pulang saja
dan memberitahu tuanmu tentang kehilangan wang tersebut?." Sambil menangis
hamba tadi menjawab "Jika aku pulang dan memberitahu tentang kehilangan
tersebut, tentulah aku dimarahi dan dipukul dengan teruknya". Atha' merasa
hiba diatas penjelasan hamba itu lalu berkata "Ambil wang ini dan belilah
barang-barang yang di pesan oleh tuanmu". Hamba tadi mengambil wang itu
dan mengucapkan terima kasih kepada Atha' dan beredar dari situ menuju ke pasar
untuk membeli barang-barang yang di pesan oleh tuanya.
Setelah hamba tadi beredar dari situ Atha' berkata
dalam hatinya "Bagaimanakah aku hendak membeli gandum yang di pesan oleh
isteriku sedangkan wang 2 dirham telahku berikan kepada hamba tadi".
"Dari mana aku hendak mencari wang sebanyak itu" sambungnya lagi.
Untuk menenangkan fikirannya Atha' menuju ke sebuah masjid yang berhampiran
untuk menunaikan solat sunat. Atha' berada di dalam masjid agak lama, sehingga
ia sempat bersolat Asar di situ sambil berdoa supaya Allah memberikan sesuatu
rezeki kepadanya.
Setelah selesai solat Asar, Atha' menuju ke rumah
kawannya kerana ia takut dimarahi oleh isterinya kerana pulang tanpa membawa
gandum yang di pesanya. Pada mulanya Atha' ingin menceritakan dan meminta
bantuan daripada kawannya tetapi apabila tiba dirumah kawanya, ia tidak
tergamak untuk memberitahu hajatnya. Apabila kawannya melihat Atha' membawa
karung kosong, lalu kawanya bertanya " Apa tu, karung kosong?" jawab
Atha' "Ya" "Kalau begitu isilah habuk kayu ini dan bawalah
pulang untuk di jadikan bahan bakar" kata kawannya. Atha' tanpa bacakap
apa-apa mengisi karung guni dengan habuk kayu yang diberikan oleh kawannya dan
terus pulang ke rumahnya.
Apabila tiba dirumahnya Atha' meletakkan guni yang
berisi habuk kayu tadi di rumahnya dan beredar dari situ dengan senyap-senyap
kerana takut isterinya meleter di sebabkan karung tersebut di isi dengan habuk
kayu. Atha' menuju ke masjid, lama juga ia berada di sana sehingga hampir larut
malam barulah dia pulang. Sesampainya di rumah dia tercium bau harum roti yang
sedang dibakar. Atha' kemudiannya masuk ke dapur dan melihat isterinya sedang
membakar roti lalu berkata "Harumnya baru roti ini" jawab isterinya
"Memanglan kerana gandum ini dari kualiti yang baik". Atha' bertanya
lagi "Dari mana kamu dapat tepungnya" "Dari mana lagi, dari
karung yang awak bawa baliklah" jawab isterinya.
Atha' kehairanan lalu
berkata di dalam hatinya "Dari mana datangnya gandum itu sedangkan karung
tadi berisi dengan habuk kayu, ajaib sungguh!". Atha' bertanya kepada
isterinya "Mana karungnya biar aku lihat?" Isterinya menghulurkan
karung tadi dan dilihatnya "Memang benar, karung tadi yang berisi habuk
kayu telah bertukar menjadi gandum yang berkualiti baik" kata Atha' di dalam
hatinya.. Atha' hanya mampu memandang sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu
dari mana datangnya gandum tersebut. Begitulah jika kita berserah dan kembali
kepada qudrat dan iradat Allah tidak ada yang mustahil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan