Syeikh Sariy Saqaty r.a adalah seorang alim dan ulamak
yang abrar.
Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang
datang dari merata pelusuk. Salah seorang daripada muridnya adalah seorang wanita
yang solihah, jujur dan sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah. Wanita ini mempunyai seorang anak yang
bernama Muhammad. Anaknya telah diserahkan kepada seorang guru untuk
mempelajari ilmu-ilmu agama dan mengaji Al-Quraan.
Pada suatu hari guru agama ini pergi ke tepi sungai
Dajlah bersama-sama anak wanita tadi untuk megambil angin sambil
bersiar-siar. Ketika guru itu duduk
sambil berehat, anak wanita tadi
bermain-main di tebing sungai dan tidak di sedari bahawa anak itu telah terun
ke dalam sungai itu. Setelah di sedari oleh guru itu dan belum sempat guru itu
untuk menarik anak itu ke darat, tiba-tiba anak itu tenggelam ke dalam sungai.
Dengan perasaan cemas guru itu mencari-cari anak itu tetapi tidak berjumpa.
Setelah puas mencari guru itu tidak dapat berbuat apa-apa dan beliau berfikir
mungkin anak itu telah mati dan di bawa arus.
Guru tersebut merasa kesal di atas perbuatannya kerana
mengajak anak tersebut bersiar di tepi sungai. Fikirannya buntu tidak dapat
memikirkan bagaimana untuk memeberi tahu emaknya tentang kehilangan anak
tersebut, dia takut dimarahi oleh wanita itu di atas kecuaiannya. Dengan perasaan yang tidak menentu itu,
tiba-tiba ia teringat tentang syeikh Sariy seorang ulamak tempat ibunya
mengaji, mungkin syeikh tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Tanpa membuang masa guru itu terus kerumah
Syeikh Sariy untuk memohon bantuannya menyelasaikan masalah kehilangan anak
kepada wanita, muridnya.
Setibanya di sana Guru itu menceritakan kepada Syeikh
Sariy tentang kehilangan anak kepada wanita itu, dia memohon supaya mencari
jalan bagaimana untuk memberi tahu ibunya tentang kehilangan anaknya. Syeikh Sariy mengajak kawannya Al-Junid yang
kebetulan berada disitu untuk pergi ke rumah wanita itu dan sama-sama membantu supaya
wanita itu tidak mengamuk atau memaki hamun guru itu diatas kecuaian yang
menyebabkan anaknya tenggelam di dalam sungai.
Apabila tiba di rumahnya Syeikh Sariy dan Al-Junid
mengajarnya tentang kesabaran yang perlu dihadapi kerana ia adalah dugaan Allah,
jika sesuatu musibah yang menimpanya ia adalah takdir Allah semata-mata. Wanita
itu kehairanan tentang tingkah laku Syeikh Sariy dan kawannya Al Junid. Wanita
itu berkata kepada Syeikh Sariy "Apakah sebenarnya yang berlaku? sehingga
tuan-tuan menceritakan tentang perkara yang telah saya ketahui". Syeikh Sariy berterus terang dan menceritakan
tentang kehilangan anaknya yang telah tenggelam ke dalam sungai semasa anaknya
bermain-main bersama-sama gurunya di tebing sungai Dajlah.
Mendengar keterangan tersebut wanita itu berkata dengan
perasanan tenang "Insya Allah, Tuhan tidak akan membuat sedemikian kepada
aku". Wanita itu mengajak mereka supaya menunjukkan tempat kehilangan
anaknya. Mereka menuju ke tebing sungai
dan apabila sampai di sana guru itu menunjukkan tempat anaknya tenggelam.
Kata wanita itu "Apakah kamu pasti
bahawa anakku hilang di sini" Jawab guru itu "Benar di sinilah dia
tenggelam dan saya tidak sempat untuk mememegang tangannya ketika ia
tenggelam". Lalu wanita itu menyeru nama anaknya "Hai anakku
Muhamammad" beberapa kali, tidak lama kemudian anaknya menjawab "Ibu,
Saya ada disini". wanita itu terus turun kedalam sungai lalu menghulurkan
tangannya ke dalam air dan menarik keluar anaknya. Syeikh Sariy, Aljunid dan Gurunya
hanya terpegun melihat keajaipan yang berlaku di hadapan matanya. Syeikh Sariy
berkata "jika kita memberi tahu kepada orang, tentu mereka tidak
percaya". Jawab Aljunid "Benar kata tuan, keajaipan tidak diperolehi
oleh semua orang, kecuali mereka yang benar-benar takwa dan patuh kepada Allah
, maka Allah akan mengurniakan kelebihan kepada mereka".
Wanita tadi memeluk anaknya dangan penuh kegembiraan.
Mereka terus beredar dari situ untuk pulang kerumahnya dan tinggallah Syeikh
Sariy, Aljunaid dan Guru di situ.
mereka berbincang- bincang tentang keramat
yang diberikan Allah kepada wanita itu.
Syeikh Sariy berkata "Wanita itu
telah mendapat alamat bahawa anaknya masih hidup semasa ia berkata bahawa Allah
tidak akan membuat sedemikian kepadanya" Mereka bertiga pun beredar dari
situ dengan membawa kenangan yang tidak dapat di lupakan dan mereka bersyukur
kepada Allah diatas kebesaran dan kekuasaanNya dan segala yang berlaku diatas muka bumi ini
adalah di atas ketentuanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan