Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi
pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu
subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca
apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh
masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli
kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang
pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli
kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,
gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua
ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang
sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera
menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?” tanya Salih Al Mazy.
“Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang
dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?” tanya pemuda itu.
“Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu ?” tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran,bacaan Ratib-Ratib
dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia
bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat
apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.
lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat sifat ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari
alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa
ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai
nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :”Wahai Salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam
perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat
dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.”
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap
dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini. “Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.
Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa
wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah
untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.”
Salih Al Maizy mengambil wang itu Lalu disedekahkannya
kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al
Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang
dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat bercahaya dan gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata
: “Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi.
“Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al
Maizy.
“Ya, Tahu.”
“Apa tandanya?”
“Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata
“Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.” Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari
ibunya.
Semoga kisah ini bermanfaat untuk semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan