Catatan Popular

Isnin, 5 Ogos 2013

HIKAM ATHA’ILLAH KE 25 SYARAH UST SUFI : PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH, JALAN PENYELESAIAN

Menurut Kalam Hikmah ke 25 , Imam Ibn Athaillah Askandary menuturkan:

“ Tidak akan terhenti tuntutan selagi anda mengharapkannya daripada Tuhanmu, demikian juga tidak akan mudah sesuatu harapan untuk tercapai andainya anda bergantung dengan diri sendiri.”


Terdapat tiga syarat untuk kita sebagai hamba Allah menyerahkan diri dan bergantung harap dengan Allah SWT :-
  • Penyerahan diri demi apa yang dicita-citakan
  • Bertawakkal kepada Allah dalam menghasilkan apa yang diharap-harapkan agar ia selaras dengan keredhaan Allah
Sebagaimana wasiat Luqman al-Hakim kepada murid-muridnya :
 Dan bertitiktolak daripada keimanan kepada Allah ‘Azza Wajalla wujudnya tawakkal kepada Allah,lantaran itu tawakkal kepada Allah pula membawa natijah cinta Allah ke atas hambaNya.Sesungguhnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah adalah berpunca daripada pertunjuk Allah.Dan dengan pertunjuk Allah itu mensejajarkan hamba Allah itu dengan keredhaan Allah.Apabila dia berada dalam keadaan sejajar dengan keredhaan Allah semestinya hamba Allah itu dikurniakan pula dengan kemuliaan dari Allah SWT

Tetap pendirian dalam melaksanakan titah perintah Allah
Perkara kedua yang perlu diingatkan di sini bahawa jangan terlalu bergantung kepada keupayaan akal dan fizikal kita sebagai hamba Allah yang kerdil dihadapan kebesaran kekuasaanNya.Apabila kita terlalu meyakini usaha sendiri akan membawa tiga implikasi ;
i           Kita terlalu ghairah untuk mengejar apa yang dicita-citakan tanpa mengingati pertolongan Allah.
ii           Kita meyakini usaha hamba memberi bekas serta kurang tawakkal kepada Allah.
iii          Tanpa taqwa dan istiqamah akan menjerumuskan seseorang itu mengikut runtunan nafsu yang menggelincirkan dia daripada jalan Allah.
 Sehubungan ini Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada Abdullah bin Abbas r.a. dengan sabdanya : 

Apabila anda ingin memohon sesuatu maka mohonlah kepada Allah.Apabila anda ingin meminta pertolongan maka mintalah ia kepada Allah.Ketahuilah seandainya segala makhluk bersusah payah untuk menolong anda dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah untuk anda,pasti mereka tidak akan sanggup berbuat demikian.Dan seandainya segala makhluk ingin memudaratkan anda dengan sesuatu yang ditulis Allah akan menimpa anda,pasti mereka juga tidak akan berupaya berbuat demikian.Segala lembaran catitan telah tersurat dan segala pena telah ketandusan.

Amir Abdullah al-Sufi telah menyatakan apabila ku baca tiga ayat suci al-Quran ini maka semua permasalahan yang ku hadapi terungkai dan jiwaku menjadi damai,firman Allah SWT :

 Seandainya Allah menimpakan kemudaratan ke atas anda,tiada yang dapat menghalangnya selain Dia.Dan seandainya Allah hendak mengurniakan kebaikan ke atas anda,tiada pula yang dapat menghalang kurniaanNya.Dia menganugerahkan kebaikan ke atas siapa sahaja yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya.Dan Dia Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih.( Surah Yunus ayat 107 )

 Hendaklah kamu semua ingat kepadaKu supaya Aku juga sentiasa mengenangNu.Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari ni’matKu. ( Surah al-Baqarah ayat 152 )

 Tidak ada sesuatu yang merayap di bumi melainkan rezekinya ditetapkan oleh Allah dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanannya.Segala yang tersebut itu termaktub di dalam kitab yang nyata.( Surah Hud ayat 6 )

Tiada ulasan: