1. Benar
Sikap berlaku benar yang dilahirkan oleh
akhlak yang mulia merangkumi kebenaran seseorang mu'min dalam cita-citanya,
dalam percakapan dan perbuatannya. Kesan-kesan akhlak al-sidq ini menguasai dan
memimpin akhlak-akhlak mulia yang lain, malah menempatkan kesemuanya di satu
peringkat kemuliaan yang tinggi.
Di antara kesan al-sidq ialah:
i. Benar dalam Ikhlas
kepada Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Barangsiapa yang mengharapkan untuk
menemui Tuhannya, maka hendaklah ber'amat dengan 'amalan yang soleh dan
janganlah is mempersekutukan sesiapa dalam menyembah Tuhannya. "(Al-Kahf: 110)
Benar dalam ikhlas bererti seseorang
mu'min itu menunjukkan segala perhatiannya kepada Allah semata-mata dalam
segala 'amalan. perbuatan, gerak-gerinya, sama ada yang zahir mahupun yang
batin. Dia tidak mengharapkan sesuatu terhadap apa yang dilakukannya melainkan
kepada dan kerana Allah. Dia mengendali dan mengurus diri dan hatinya dengan
pemikiran dan 'ilmunya, memeliharanya dengan baik dan tidak menginginkan pujian
atau penghargaan orang lain dan tidak merasa bangga dengan amalannya apabila
diketahui oleh orang lain. Jika sebarang perasaan riya' terlintas dalam hatinya
segera dia membentenginya dengan penuh perasaan kesal
Dia tidak pernah merasa tenang dan gembira
apabila mendapat pujian orang. Akan tetapi jika dipuji orang, dia segera memuji
Allah yang telah menutup kejahatannya kepada orang itu, kerana Allah memberinya
taufiq dengan menunjukkan kepadanya kebaikan sehingga terlihat oleh orang
ramai. Dalam masa yang sama dia semestinya pula merasa bimbang terhadap
perbuatannya yang salah yang ditutup oleh Allah daripada pandangan orang ramai,
sedangkan kesemua kesalahannnya tidak pula tersembunyi daripada pengetahuan
Allah. Oleh itu, benar dalam ikhlas bererti dia hendaklah secara bertenzsan
meneliti baik-baik dirinya kerana kalau-kalau batinnya akan menjadi lebih buruk
daripada zahirnya.
Mu'min yang benar dalam ikhlas kepada
Allah sentiasa menyedari hakikat bahawa kezaliman daripada sudut akhlak ialah
apabila batin seseorang itu lebih buruk daripada zahirnya, sedangkan keadilan
pula ialah apabila batin seseorang itu sepadan dengan zahirnya. Adapun batin
yang lebih balk daripada zahir, maka itu adalah seutama-utama kedudukan yang
mesti dicapai oleh seseorang mu'min.
ii. Benar dalam Cinta
Kepada Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan orang-orang yang beriman sangat kuat cintanya
terhadap Allah" (Al-Baqarah: 165)
Allah berfirman menyatakan bahawa salah
satu syarat cinta kepada Allah ialah dengan menurut perintah Rasul-Nya. Firman
Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai
Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosa
kamu." (Ali-'Imran: 31)
Mu'min yang benar dalam cintanya
kepada Allah ialah mu'min yang melebihkan cinta terhadap Allah dalam segala
urusan atas dirinya dan atas kehendak hawa nafsunya. Dia sentiasa mendahulukan
perintah Allah dalam segala urusan daripada perintah dirinya sendiri.
Mu'min yang benar dalam cintanya kepada
Allah akan menjadikan zikrullah di dalam hati dan dengan lisan sebagai suatu
kefarduan ke atas dirinya. Dia akan menjauhkan diri daripada alpa dan lalai
serta beristighfar banyak-banyak daripadanya. Demikian pula dengan
anggota-anggota badannya, semuanya itu ditugaskan untuk berkhidmat kepada Allah
sematamata.
Mu'min yang benar dalam cintanya kepada
Allah ialah mu'min yang mencintai Allah ketika menerima ni'mat-ni'mat daripadaNya
dan ketika terhalang dari ni'mat-ni'mat-Nya. Sedang cintanya pula adalah cinta
yang sungguh mengesan hati, sama ada Allah mengurniakan ni'mat atau Allah
menahan ni'mat tersebut, sama ada Allah mengujinya dengan berbagai-bagai
bencana ataupun Allah memeliharanya dalam keadaan sihat dan selamat. Dalam apa
keadaan sekalipun cintanya terhadap Allah sentiasa menetapi hatinya dan terus
berkembang, semakin hari semakin bertambah.
iii. Benar dalam Takut dan Taqwa kepada Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan kepada Aku hendaknya kamu takut" (Al-Baqarah: 40)
"Jangan kamu takut kepada manusia, tetapi takutilah Aku." (Al-Ma'idah: 44)
"Dan kepada Aku hendaknya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 41)
Mu'min yang benar dalam cintanya kepada
Allah takut jika Allah tidak mencintainya lantaran kerana banyak-nya dosa-dosa
dan kesalahannya. Demikian juga mu'min yang benar dalam takut kepada Allah
ialah seorang mu'min yang tenang hatinya kerana takut kepada Allah. Ketenangan
ini adalah kerana keyakinannya bahawa Allah sentiasa melihat gerak gerinya sama
ada yang zahir mahupun yang batin. Dengan yang demikian perasaan bimbang
terhadap balasan Allah akan melebihi perasaan takut terhadap celaan manusia.
Dia akan merasa kecil halangan-halangan manusia dalam melaksanakan perintah
Allah. Sebaliknya alam pandangannya tiada sesuatupun yang lebih penting selain
Allah.
iv. Benar dalam Wara'
kepada Allah
Mu'min yang benar dalam wara' kepada Allah
ialah mu'min yang mengeluarkan dirinya daripada segala rupa syubhat serta
meninggalkan segala yang mengelirukan kepada sesuatu yang jelas dalam semua
perkara.
Sabda RasuluLlah s. a.w
"Seseorang hamba itu belum boleh dikira bertaqwa sehingga is bersedia
meninggalkan perkara-perkara yang diharuskan kerana takut-takut ia tidak
diharuskan." (Ibn Majah, Tarmidhi)Mu'min yang benar dalain wara'nya kepada Allah ialah seorang mu'min yang meninggalkan apa yang meragukan kepada yang tiada meragukan, memilih yang halal dan baik daripada barangbarang yang ditemuinya serta melipat-gandakan usahanya dalam mencari sesuatu yang bersih dan halal.
v. Benar dalam Tawakkal kepada Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
Hendaklah kamu bertawakkal kepada
Allah kiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman." (Al-Ma'
idah: 23)
Benar dalam tawakkal bererti mempercayakan diri sepenuhnya kepada
Allah, bergantung dan berlapang dada kepada-Nya serta merasa aman terhadap
segala yang telah dijamin oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Benar dalam
tawakkal juga bererti membebaskan hati daripada sebarang kerunsingan yang
berkaitan dengan urusan dunia kerana tugas manusia hanyalah berusaha
bersungguh-sungguh tetapi hasilnya adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah.
Ini bererti seseorang mu'min yang benar dalam bertawakkal mesti benar-benar
meyakini bahawa segala urusan dunia dan akhirat adalah milik Allah. Allah
sahaja yang menguruskan segala-galanya, tiada yang lain daripada Allah yang
menyampaikan sesuatu dan tiada pula seorang pun yang dapat menahannya. Mu'min
yang benar dalam tawakkalnya kepada Allah akan sentiasa membebaskan hatinya
daripada perasaan takut, bimbang dan cemas kepada sesuatu selain Allah.
Sebaliknya hanya kepada Allah sahajalah ditunjukkan kepercayaannya,
keyakinannya dan harapannya. Tersemat teguh di dalam hatinya bahawa pertolongan
Allah itu sangat luas dan pasti sampai kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki-Nya
Firman Allah yang mafhumnya: "Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertawakkal." (AIi-'Imran: 159)
vi. Benar dalam Haya' kepada Allah
Sabda RasuluLlah s.a.w yang mafhumnya:
"Bersifat haya'lah kepada Allah dengan sebenar benar haya'. Siapa yang bersifat haya' kepada Allah dengan sebenar benar haya', maka hendaklah is memelihara fikiran dan hawa nafsunya, memelihara perut dan makanannya. Hendaklah is sentiasa ingatkan kubur dan hancur luluh di dalam kubur. Dan siapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia tinggalkan segala perhiasanperhiasan hidup di dunia (yang melalaikan)." (Tarmidhi)
Benar dalam haya' bererti menjaga diri daripada semua larangan Allah kerana meyakini bahawa pandangan Allah sentiasa tertuju kepada kita. Seorang mu'min yang benar dalam haya' kepada Allah ialah mu'min yang menyedari hakikat bahawa terlalu banyak kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah kepadanya sedangkan dia terlalu kerap lalai dan cuai untuk mensyukuri ni'mat Allah.
vii. Benar dalam Mensyukuri Ni'mat Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sekiranya kamu mahu mengira ni'mat ni'mat Allah tentu karnu tidak sanggup mengiranya. " (Ibrahim: 34)
Mu'min yang benar dalam mensyukuri ni'mat Allah ialah seorang mu'min yang benar benar sedar daripada kecuaiannya terhadap perintah perintah Allah serta menyedari bahawa terlalu banyak ni'mat ni'mat Allah yang telah dikurniakan kepadanya. Lantaran itu, dia akan sentiasa mensyukuri ni'mat ni'mat Allah dengan hatinya, lisannya dan anggotanya.
Bersyukur dengan hati ialah meyakini bahawa semua ni'mat itu datangnya daripada Allah dan tidak daripada selain Nya. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan pujian dan menyebut nyebut kebaikan Allah. Adapun bersyukur dengan anggota ialah tidak menggunakan satu pun daripada anggota-anggota badan untuk melakukan maksiat, tetapi sebaliknya sentiasa menggunakan seluruh anggota badan untuk melakukan 'ibadah dan kebaikan.
Mu'min yang benar dalam bersyukur kepada Allah ialah mu'min yang melalukan 'amal bukan untuk tujuan utamanya menjauhi 'azab Allah ataupun untuk memasuki syurganya, tetapi dia ber'amal kerana menunjukkan kesyukurannya semata mata kepada Allah. Malah mu'min tersebut merasakan bahawa bersyukur di atas ni'mat ni'mat Allah adalah sebagai suatu ni'mat daripada ni'mat-ni'mat Allah. Perbuatan tersebut dirasakan olehnya sebagai syukur di atas syukur.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Bersyukurlah wahai keluarga Daud sebagai tanda kesyukuran." (Saba': 13)
viii. Benar dalam Zuhud kepada Allah
Firman Allah yang mafhumnya:
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang iuput daripada kamu dan supaya kamu jangan tertalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepadamu.. " (Al Hadid: 23)
Seorang mu'min yang benar dalam berzuhud kepada Allah ialah orang yang tidak pernah mencela kemewahan dunia dan tidak pula memujinya. Bila kemewahan dunia datang tidaklah dia terlalu bergembira, dan apabila kemewahan dunia meninggalkannya tidaklah pula dia berdukacita.
ix. Benar dalam Reda Terhadap Allah
Jika sempurna pada diri seorang mu'min sifat sifat zuhud, tawakkal, cinta kepada Allah, yakin dan haya', maka ketika itu telah benarlah dia dalam reda kepada Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Allah telah reda kepada mereka, dan mereka juga reda kepada Nya, dan Allah telah menyediakan bagi mereka syurga syurga yang mengaiir di dalamnya sungaisungai, mereka kekal di dalamnya buat selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah: 100)
"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai. Masuklah dalam golongan hambahamba Ku, dan masuklah ke dalam syurga Ku" (Al-Fajr: 27-30)
x. Benar dalam Bertaubat kepada Allah
Sifat benar yang merangkumi segala sifat sifat kebenaran ialah benar dalam bertaubat kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman. Bertaubatlah kamu ke pada Allah dengan taubat sebenar benar taubat. " (At Tahrim: 8)
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orangorang yang beriman agar kamu beroleh kemenangan." (At Taubah: 117)
Mu'min yang benar di dalam taubatnya ialah seorang mu'min yang menyesali kelalaiannya dan kemudian ber'azam untuk tidak mengulangi kesalahannya serta memohon keampunan daripada Allah. Mu'min yang benar dalam taubatnya juga ialah seorang mu'min yang sentiasa merasa takut dan bimbang jika taubatnya tidak dilakukan dengan benar benar ikhlas dan penuh keinsafan, lantaran itu dia sentiasa bertaubat di atas taubat yang dilakukannya kerana takut taubat yang mula mula itu tidak dilakukan secara benar benar ikhlas.
2. Sabar
Sabar menurut bahasa ialah menahan dan mencegah. Sementara menurut istilah syara' ialah terdiri daripada tiga perkara, iaitu sabar dalam keta'atan, sabar daripada maksiat dan sabar dalam menghadapi kesukaran. Sabar dalam pengertian ini jika dilaksanakan dapat memimpin seseorang mu'min dalam perkara perkara berikut:
i. Sabar dalam Melaksanaan Kewajipan
Mu'min yang sabar pada dasarnya adalah seorang mu'min yang sentiasa bersabar dalam menunaikan perintah perintah yang telah difardukan Allah ke atasnya. Dalam apa apa keadaan sekalipun dia tetap menunaikan segala perkara yang diwajibkan ke atasnya. Sifat sabarnya dalam memikul kewajipan kewajipan alDin menjadikan dia seorang yang berterusan menunaikan perkaraperkara fardu ini sama ada dalam keadaan senang atau susah, kaya atau miskin, sihat atau sakit dan dalam keadaan aman atau sengketa.
ii. Sabar Terhadap Semua Larangan Allah
Sabar terhadap semua larangan Allah pula bererti menahan hawa nafsu daripada segala perbuatan yang diingini oleh hawa nafsu tersebut dan segala perkara yang tidak diredai oleh Allah. Bersabar terhadap larangan larangan Allah juga bererti bersungguh sungguh melawan pujukan pujukan syaitan yang sentiasa menggoda agar melakukan maksiat.
iii. Sabar dalam Mengerjakan 'Amal 'amal Sunat
Sabar dalam mengerjakan 'amalan 'amalan sunat bererti seseorang mu'min itu bersabar dalam melakukan 'amalan 'amalan yang boleh membawanya bertaqarrub kepada Allah. la tetap mengerjakan segala 'amalan 'amalan sunat seperti qiyamullail, puasa sunat, tilawah al gur'an, zikrullah dan seumpamanya tanpa jemu jemu. Bersabar dalam sudut ini juga bererti dia sentiasa menambahkan 'amalan 'amalan sunatnya agar dia semakin dekat kepada Allah.
iv. Sabar dalam Menerima Kebenaran
Sabar menerima kebenaran bererti sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dengan cara mempelajarinya daripada orangorang yang ber'ilmu ataupun kitab kitab yang mereka tulis. Sabar dalam menerima kebenaran juga bermakna seseorang mu'min itu sentiasa bersikap berlapang dada untuk menerima teguran dan nasihat terhadap dirinya, tidak merasa pahit terhadap kebenaran walaupun dia menyentuh persoalan peribadi diri.
v. Sabar dalam Menphadai Ujian dan Kesulitan
Mu'min yang benar dengan pegangannya terhadap Islam wajib bersabar menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan kesulitan di jalan Allah. Dia mesti meninggalkan rasa keluh kesah di dalam hatinya. Tetapi sebaliknya hendaklah dia hanya mengadu kepada Allah di dalam segala urusannya.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hanya aku mengadukan urusan dan dukacitaku ini kepada Allah" (Yusuf 86)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan