Catatan Popular

Jumaat, 2 Ogos 2013

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 16 (BAH 1) : KEDUDUKAN IMAN DENGAN SUMBER YANG SHAHIH



Al-Qur'an dan al-Sunnah menjelaskan pengertian 'aqidah dan keimanan kepada manusia. Tanpa al-Qur'an manusia tidak akan mengenal apakah erti iman dan tanpa sunnah pula manusia tidak dapat menanggapi penghayatan terhadap segala tuntutan-tuntutan iman. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (al­gur'an) dan tidak pula mengetahui iman itu tetapi Kami menjadikan al-Qur'an itu cahaya yang Kami beri hidayah dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di kalangan hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi hidayah kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, ingatlah bahaLUa kepada Allah kembali semua urusan." (Al-Syura: 52-53)
Pengertian iman yang sebenar adalah iman yang ditakrifkan oleh al-Qur'an dan sunnah. Tuntutan-tuntutan iman yang sebenar pula adalah sebagaimana yang dituntut oleh al-gur'an dan sunnah. Iman yang terbit dari sumber yang sahib adalah iman yang menuntut para mu'min untuk melaksanakan 'ibadah, menegakkan syari'at dan menyempumakan akhlak yang mulia sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan generasi para sahabat yang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Tidak ada sebarang penambahan serta tidak ada sesuatu pengecualian terhadapnya.
Allah tetap terus memerintahkan Rasul-Nya yang telah mencapai peringkat kesempumaan iman dan bersih dari sebarang dosa dengan firman Allah yang mafhumnya:
"Dan ber'abdilah kepada Tuhanmu sampai kepada yang diyakini (ajalmu)." (Al-Hijr: 99)

Tiada ulasan: