Menurut
Kalam Hikmah ke 25 , Imam Ibn Athaillah Askandary :
“ Tidak akan terhenti tuntutan selagi anda mengharapkannya daripada
Tuhanmu,demikian juga tidak akan mudah sesuatu harapan untuk tercapai andainya
anda bergantung dengan diri sendiri.”
Terdapat
tiga syarat untuk kita sebagai hamba Allah menyerahkan diri dan bergantung
harap dengan Allah SWT :-
- Penyerahan diri demi apa yang dicita-citakan
- Bertawakkal kepada Allah dalam menghasilkan apa yang diharap-harapkan agar ia selaras dengan keredhaan Allah
Sebagaimana
wasiat Luqman al-Hakim kepada murid-muridnya :
Dan
bertitiktolak daripada keimanan kepada Allah ‘Azza Wajalla wujudnya tawakkal
kepada Allah,lantaran itu tawakkal kepada Allah pula membawa natijah cinta
Allah ke atas hambaNya.Sesungguhnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
adalah berpunca daripada pertunjuk Allah.Dan dengan pertunjuk Allah itu
mensejajarkan hamba Allah itu dengan keredhaan Allah.Apabila dia berada dalam
keadaan sejajar dengan keredhaan Allah semestinya hamba Allah itu dikurniakan pula
dengan kemuliaan dari Allah SWT. ( Abu Thalib al-Makki,Qutub
al-Qulub Fi Mu’amat il-Mahbub Wa Wasfi Tariq al-Murid Ila Maqam al-Tauhid,
Tetap
pendirian dalam melaksanakan titah perintah Allah
Perkara
kedua yang perlu diingatkan di sini bahawa jangan terlalu bergantung kepada
keupayaan akal dan fizikal kita sebagai hamba Allah yang kerdil dihadapan
kebesaran kekuasaanNya.Apabila kita terlalu meyakini usaha sendiri akan membawa
tiga implikasi ;
i
Kita terlalu ghairah untuk mengejar apa yang dicita-citakan tanpa mengingati
pertolongan Allah.
ii
Kita meyakini usaha hamba memberi bekas serta kurang tawakkal kepada Allah.
iii
Tanpa taqwa dan istiqamah akan menjerumuskan seseorang itu mengikut runtunan
nafsu yang menggelincirkan dia daripada jalan Allah.
Sehubungan
ini Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada Abdullah bin Abbas r.a. dengan sabdanya
:
Apabila anda
ingin memohon sesuatu maka mohonlah kepada Allah.Apabila anda ingin meminta
pertolongan maka mintalah ia kepada Allah.Ketahuilah seandainya segala makhluk
bersusah payah untuk menolong anda dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah
untuk anda,pasti mereka tidak akan sanggup berbuat demikian.Dan seandainya
segala makhluk ingin memudaratkan anda dengan sesuatu yang ditulis Allah akan
menimpa anda,pasti mereka juga tidak akan berupaya berbuat demikian.Segala
lembaran catitan telah tersurat dan segala pena telah ketandusan.
Amir Abdullah al-Sufi telah
menyatakan apabila ku baca tiga ayat suci al-Quran ini maka semua permasalahan
yang ku hadapi terungkai dan jiwaku menjadi damai,firman Allah SWT :
Seandainya
Allah menimpakan kemudaratan ke atas anda,tiada yang dapat menghalangnya selain
Dia.Dan seandainya Allah hendak mengurniakan kebaikan ke atas anda,tiada pula
yang dapat menghalang kurniaanNya.Dia menganugerahkan kebaikan ke atas siapa
sahaja yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya.Dan Dia Maha Pengampun
Lagi Maha Pengasih.( Surah Yunus ayat 107 )
Hendaklah
kamu semua ingat kepadaKu supaya Aku juga sentiasa mengenangNu.Dan bersyukurlah
kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari ni’matKu. ( Surah al-Baqarah
ayat 152 )
Tidak ada sesuatu yang merayap di bumi melainkan
rezekinya ditetapkan oleh Allah dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat
penyimpanannya.Segala yang tersebut itu termaktub di dalam kitab yang nyata.( Surah Hud ayat 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan