Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (30) Perempuan



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

155 Soal: Bagaimanakah sifat sebaik-baik perempuan?
Jawab:Sebaik-baik perempuan itu ada empat tanda. Pertama, memelihara harta suaminya dengan cermat. Kedua, memelihara dirinya daripada melakukan ma'siat serta ada agama. Ketiga, manis mulut dan mukanya kepada suaminya. Keempat, banyak sabar kepada suaminya serta bersungguh-sungguh. Sabda Nabi Salla Allah 'alaihi wa sallam kepada anaknya Siti Fatimah: "Hai anakku Fatimah, bermula syurga engkau dan neraka engkau itu suami engkau itulah. Sesiapa baik perangainya kepada suaminya, syurgalah tempatnya. Sesiapa buruk perangai kepada suaminya, nerakalah tempatnya" (Hadith ini tidak dapat dikesan).
 
156Soal: Mana perempuan yang celaka?Jawab: Perempuan celaka itu ada empat tanda: Pertama, jahat perangai serta khianat akan harta suaminya. (Perempuan seperti ini jangan sekali-kali buat isteri) Kedua, berbuat ma'siat di belakang suaminya. Ketiga, keji lidahnya dan masam mukanya. Keempat, banyak cemburu kepada suaminya, sedangkan wajib cemburu itu pada orang lelaki, walaupun perempuan itu salih sekalipun tiada diterima amalnya, sekalipun ibadatnya mengerjakan haji

Tiada ulasan: