Catatan Popular

Rabu, 28 Ogos 2013

SEJERNIH-JERNIH MAKRIFAT TOK KENALI : ERTI PERKATAAN ZAT ALLAH

NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Erti atau makna pekataan “zat” itu, adalah bermaksud “suatu perkara yang tiada iktibar” “ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat. Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu, bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.

Adapun pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi mengambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat. Ingat itu……………………………..

Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula tersalah erti. Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat!. Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya. Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti. Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar).

Sekali lagi saya perkatakan d isini bahawa, perkataan zat itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti “TIDAK ADA IKTIBAR!…………………… daripada hj shaari

Tiada ulasan: