Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (23) Sifat-sifat terpuji dan terkeji



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa tanda orang dikasihi Allah?
Jawab: Orang yang dikasihi Allah itu iaitu orang yang dikasihi oleh sekalian manusia.
  1. Soal: Apa tanda orang yang dibenci Allah?
    Jawab. Ialah orang yang dibenci oleh kebanyakan manusia.
  1. Soal: Apa tanda orang isi syurga?
    Jawab:Alamat orang isi syurga ialah orang yang murah tangannya berbuat kebajikan kepada manusia.
    Tangannya memberi sedekah kepada fakir miskin serta manis mulut dan mukanya.
  1. Soal: Apa tanda orang isi neraka?Jawab:Tanda orang isi neraka ialah orang yang bakhil kedekut tangannya kepada berbuat baik menolong berbuat kebaikan sesma manusia, dan bakhil tangannya kepada bersedekah kepada fakir miskin kerana sayang kepada hartanya, masam mukanya dan keji lidahnya walau alim sekalipun.
  1. Soal: Mana celaka manusia?
    Jawab: Celaka manusia itu atas tiga perkara: Pertama, banyak malas berbuat kerja.
    Kedua, tiada cermat. Ketiga, berkelahi sesama manusia


  1. Soal. Berapa tuah manusia?
    Jawab:Tuah manusia itu tiga perkara: Pertama, banyak rajin membuat kerja kebaikan. Kedua, cermat. Ketiga, pandai mentadbir.
  1. Soal: Orang yang ulama' itu berapa perkara?
    Jawab: Orang ulama' itu atas dua perkara?
    Pertama ulama' dunia, dan kedua ulama' akhirat.
  1. Soal: Mana rupa ulama' dunia dan ulama' akhirat?
    Jawab: Mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan mengetahui rukun yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya, hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya, dan mengetahui hukum antara perbantahan segala manusia, serta kasih akan dunia dan kemulian hadhirnya. Manakala ulama' akhirat laitu tiada suka akan kemuliaan dunia dan kemegahannya serta mengamalkan ilmunya. Banyak takut akan Allah Ta'la. Banyak suka akan ilmu batin ya'ni ilmu tasawuf. Benci kepada pekerjaan ma'siat. Membenci segala sifat mazmumah yang dicela oleh Syara' seperti ria', sum'ah, 'ujub, takabbur, hasad, dan sebagainya daripada sifat yang dicela oleh Syara'. Engkau tuntutlah ilmunya dan jikalau kepada bangsa Habsyi sekalipun dapat berkat ilmunya hadith (?) Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam Ertinya, Aku bukan daripada dajal terlebih takut atas kamu daripada dajal. Maka dikata orang siapa ianya Ralullah, kemudian berkata Rasulullah ulama' jahat. 'Ulama jahat itu tiada mengamalkan ilmunya, dan suka ziarah raja-raja dan sultan. Jangan engkau percaya akan dia. Janganlah engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan la 'nat Allah tiada berkat ilmunya kepada engkau kerana engkau jahat sangka kepada guru jahat perangai, guru inilah sebabnya. Janganlah menuntut ilmu kepadanya. Hendaklah tuntut ilmu kepada guru yang mursyid yang baik perangainya, lagi banyak kasih kepada orang menuntut ilmu. Lagi jangan ada guru itu tama' kepada dunia. Lagi jangan banyak marah. Lagi manis muka dan manis mulut kepada muridnya dan tiada tama' kepada harta engkau. Maka tuntutlah ilmunya.

Tiada ulasan: