Al-Khulq di segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut
istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan
berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu
dikatakan baik atau buruk.
Istilah akhlak adalah adalah satu istilah yang bersifat rabbani
kerana ia bersumber daripada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang
agong." (Al-Qalam: 4)
Istilah dan pengertian akhlak dalam sistem Islam berbeza dan
tidak boleh disamakan dengan sistem-sistem yang lain.
Akhlak Islam terdiri dari tiga teras utama
iaitu:
1. Ikhlas
Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka sembahlah Allah dalarn keadaan ikhlas kepada-Nya. Ketahuilah
bahawa al-Din yang bersih itu kepunyaan Allah." (Al-Zumar: 2-3)
"Serulah Allah dengan tulus ikhlas kepada-Nya." (Al-Mu'min: 14)
"Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan menyembah Allah dengan
tulus ikhlas kepada-Nya. "(Al-Zumar: 14)
2. Benar al-Sidq
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang
beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang
yang benar." (At-Taubah: 119)
"Sekiranya
mereka berlaku benar terhadap Allah adalah itu lebih baik bagi mereka." (Muhammad: 21)
"Kerana Allah akan menanyakan orang-orang yang benar
tentang kebenaran mereka. " (Al-Ahzab: 8)
Firman Allah yang mafhumnya
"Hai
orang-orang yang beriman. Sabarlah dan cukuplah dengan kesabaran." (Ali-'Imran: 200)
"Dan
sekiranya kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang
yang bersabar."(An-Nahl:
126)
"Dan
bersabarlah terhadap perintah Allah, kerana sesungguhnya kamu dalarn
pemerhatian Kami. "
(At-Tur: 48)
"Bersabarlah
kamu, sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar. " (Al-Anfal: 46)
Ketiga-tiga teras akhlak ini juga menjadi teras kepada 'amal para
mu'min. Setiap satunya memberi pengertian yang berlainan tetapi ketiga-tiganya
bersatu di dalam semua akhlak dan 'amal para mu'min. Sedangkan 'amalan dan
akhlak tidak akan sempurna melainkan dengan ketiga-tiganya sekali gus.
Sekiranya ketiga-tiga teras tadi tidak ada dalam mana-mana akhlak dan 'amal,
maka akan rosaklah akhlak dan 'amal itu dan tidak sempurnalah jadinya.
Selain daripada itu pula, ketiga-tiga
teras tadi tidak akan sempurna melainkan dengan yang satu menguatkan yang lain.
Apabila salah satu di antara teras-teras tadi lemah, maka akan lemah jugalah
yang lainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan