Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (18) Melihat Allah dan mengutuk dunia mengajak hidup zuhud



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui


Soal: Mengapa kita tidak boleh melihat Allah dalam dunia tetapi boleh melihat-Nya di akhirat sedangkan Dia terlebih hampir dari urat tengkok?


Jawab: Tiada dapat dilihat Allah dalam dunia kerana sangat hampir-Nya, dan kerana dunia ini sangat hina pada sisi Allah Ta'ala. Mulia dengan hina tiada boleh bercampur. Seperti firman Allah (bukan ayat Qur'an): Hai insan! Aku jadikan dunia ini tempat mencari bekalan akhirat. Tiada Aku jadikan tempat mencari kemuliaan dan kemegahan. Tiada Aku jadikan tempat mencari harta dan kemuliaan. Sesiapa berkebesaran dalam dunia, Aku kecilkannya dalam akhirat seperti semut yang kecil. Sesiapa mulia dalam dunia, Aku hinakan dalam akhirat. Kemuliaan dunia dengan kemuliaan di akhirat tiada boleh bersua. Aku jadikan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara hambaku yang mu'min. Sesiapa dari hambaku yang mengambil kemuliaan dunia, tiada baginya kemuliaan akhirat.

Tiada ulasan: