Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (26) Sembahyang


Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Mana yang dinamai sembahyang; pada Syara'?
    Jawab: Pada Syara' ialah ertinya, Dengan beberapa perkata.an dan beberapa perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat tertentu.
  1. Soal: Mana yang dinamai niat?
    Jawab: Yang dinamai niat itu iaitu ertinya, Mengerjakan sesuatu hal keadaan dipesertakan dengan perbuatan.
  1. Soal: Mana tampat niat?
    Jawab: Tempat niat itu dalam hati iaitu Bahawasanya niat itu dalam hati dengan tiada suara dan tiada huruf.


132. Soal: Mana rupa niat dan bagaimana bunyinya dalam hati tatakala kita mengatakan
Jawab:Niat kita kata dalam hati tatakala kita mengata aku sembahayangkan fardhu zuhur, atau fardhu asar, atau fardhu maghrib umpamanya dalam huruf yang lapan, inilah yang dinamai niat 'urfiyah.

133. Soal: Apa kata kamu pada niat itu tiada huruf tiada suara, sekarang aku dengar ada hurufnya "Aku sembahayang fardhu zuhur" ialah banyak hurufnya, sedangkan engkau kata tiada huruf?
Jawab:Adapun perkataan hati itu tiada dinamai huruf. Yang bernama huruf itu ialah yang keluar daripada mulut lidah rongkongan bibir dan gigi, sedangkan hati tiada mulut tiada lidah tiada rongkongan tiada bibir dan gigi. Maka inilah sebab tiada dinamai huruf.

134. Soal: Mana yang dinami syarat?
Jawab:Yang dinamai syarat itu barang yang terhenti atas sah sembahyang.

135. Soal: Apa beza di antara syarat dan rukun?
Jawab:Syarat itu dahulu daripada sembahayang dengan tiada berputus-putus hingga akhir amal seperti bersuci. Manakala rukun itu dalam sembahayang dengan berputus-putus seperti ruku' dan sujud.

136. Soal: Apa sebab tiada takbir intiqalat (berpindah) pada tatakala bangkit daripada ruku' dengan mengata hingga akhirnya?
Jawab: Kerana hadith daripada Abu Bakar Siddiq. Sabdanya Abu Bakar tiada aku meluputkan sembahayang berjama'ah dengan Rasulullah dan pada suatu hari ta'khir (lewat) aku datang ke masjid Rasulullah hendak sembahayang. Maka aku dapati Rasulullah dalam ruku'. Pada ketika itu datang Jibril pada waktu ruku' Rasulullah, maka mengata Jibril hingga akhirnya. Maka bangkit Rasulullah dan mengata Rasulullah hingga akhirnya. Maka itulah sebabnya mengapa tiada mengata Rasulullah dahulunya.


  1. Soal: Apa sebab sujud dua kali tiada lainnya?
Jawab: Sebab sujud itu dua kali kerana sujud itu terlebih khusyu' dan kerana syukur, dan kerana tatakala Rasulullah mi'raj ke langit, dan segala mala'ikat muliakan Rasulullah, dan bangkit segala mala'ikat yang sujud daripada sujudnya kemudian kembali sujud pula.
  1. Soal: Apa beza di antara Juma'at dengan jama'ah?
    Jawab: Sembahayang Juma'at itu wajib berkaum-kaum pada rak'at pertama, sedangkan sembahyang berjama'ah tiada wajib berkaum-kaum pada rak'at pertama.
  1. Soal: Sembahyang jama'ah itu sunatkah atau fardhu?
Jawab: Sembahyang jama'ah itu fardhu kifayah. Manakala Juma'at itu fardhu ain ke atas lelaki 'akil baligh.
  1. Soal: Apa kata kamu seorang yang salih dan puasa sepanjang masa dan beramal pada tiap-tiap malam dengan tiada tidur tetapi tiada sembahyang berjama'ah dan sembahayang Juma'at?
    Jawab: Adalah Sahabat Rasulullah bertanya akan hal yang demikian itu, jawab Rasulullah orang itu isi neraka.
    (Hadith ini tiada dapat dikesan).
  1. Soal: Apa hukum orang yang meninggalkan sembahyang berjama'ah dengan ketiadaan uzur serta hampir masjid berjama'ah?
    Jawab: Rasulullah tiada sekali diterima (menerima?) amalnya kerana meringankan Syara'. (Bukan Rasulullah yang menerima amal, tetapi Allah). Berjama'ah dalam rumah itu tiada lepas daripada dosa fardhu kifayah. Hanya tempat berjama'ah seperti masjid atau tempat yang disediakan untuk berjama'ah yang tiada malu atau keberatan orang masuk tempat itu, lagi tempat yang zahir (syi'ar) Islam.

Tiada ulasan: