Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (27) Sembahyang mayat



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
 
142 Soal: Apa kelakuan menyembahyangkan mayat, adakah perbezaan mayat lelaki dengan mayat perempuan?
Jawab: Ada hukum dalam kitab fiqh: Kepala mayat perempuan sebelah
kanan imam, dan kepala mayat lelaki sebelah kiri imam. Inilah perbezaannya.

 1  143. Soal. Apa sebab kepala mayat perempuan itu sebelah kanan imam, dan kepala mayat lelaki sebelah kiri imam?
Jawab: lmam berdiri berbetulan pinggang mayat perempuan. Jadilah tubuh mayat itu banyak sebelah kanan imam, iaitu mesti banyak pula dosa mayat sebelah kanan imam. Dengan sebab itu diharapkan akan limpah pahala selama yang wajib (?). Mudah-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu. Adapun mayat lelaki itu berdiri imam berbetulan mayat itu iaitu panjang tubuh mayat itu kanan imam. Maka banyaklah dosa sebelah kanan imam kerana panjang tubuhnya. Dengan sebab itu diharap akan lempah pahala selama yang wajib( ? ). Muda-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu.

1 144. Soal: Apa hukumnya pada mayat kanak-kanak antara kafir dengan Islam. Ya'ni perempuan Islam duduk sama orang kafir kemudian dapat anak antara keduanya. Kemudian mati sebelum baligh dan berakal. Adakah wajib disembahayangkan atau tiada?
Jawab: Disembahyangkan itu wajib kerana anak zina itu mengambil bangsa kepada ibu, lagipun kerana hendak menguatkan agama Islam atas agama kafir.


Tiada ulasan: